Welcome..

Thursday, January 30, 2025

Pengalaman Berdepan Situasi Terminal Lucidity

PENGALAMAN BERDEPAN SITUASI TERMINAL LUCIDITY | Al-kisah saya masih ingat lagi ketika nenek saya nazak bermula jam 11.00 malam hingga lebih kurang pukul 4.30 pagi. Nafas nenek pendek, tersekat-sekat turun naik.. Keadaan nenek resah, sesekali nenek minta diurut pada bahagian anggota badannya bersilih-ganti. Ketika itu seluruh ahli keluarga sedia berada di sekelilingnya tidak keruan - panik dan sedih sudah pasti. Demam panas menjadi asbab nenek sakit dan badannya lemah. Namun, bila azan Subuh mula berkumandang, nenek sudah pulih - malah boleh duduk membetulkan postur badannya di katil, tidak nazak, boleh berinteraksi dengan orang di sekeliling. Lebih mengejutkan, nenek minta nasi goreng untuk sarapan pagi.


"Sesungguhnya kami adalah kepunyaan Allah dan kepada Allah jualah kami kembali."

Apabila kami melihat keadaan nenek sudah kembali normal, maka kami mula beredar dan hanya memantau nenek dari jauh.. Lebih kurang pukul 8.00 pagi, keadaan nenek kembali nazak, tak lama nenek menghembuskan nafasnya yang terakhir tanpa sesiapa di sisi menemaninya. Keadaan nenek sebelum meninggal membuatkan saya tertanya-tanya, apakah fenomena itu? 

Akhirnya saya mendapat jawapan tanpa sengaja semasa satu video lalu di feed TikTok saya.. Keadaan di mana seseorang  yang sedang nazak tiba-tiba menjadi normal seketika, boleh bercakap dan ceria sebelum menghembuskan nafas terakhir disebut terminal lucidity. Inilah jawapan yang saya cari selama ini.

Bila saya mula mencari terminology ini, saya meluaskan pencarian lagi.. Hasil pembacaan saya, terminal lucidity dijelaskan seperti berikut:

1. Proses Biologi Sebelum Kematian

Sebelum meninggal dunia, badan memalui fasa "active dying", di mana berlaku perubahan kompleks dalam kimia otak dan badan. Perubahan ini mungkin mencetuskan peningkatan aktiviti neuron buat sementara waktu, menyebabkan individu menjadi sedar dan boleh berinteraksi sebelum tenaga mereka merosot sepenuhnya.

2. Lonjakan Neurotransmitter

Sebelum kematian, otak mungkin mengalami lonjakan neurotransmitter seperti dopamin dan endorfin, yang boleh memberikan ilusi kesedaran dan tenaga secara  tiba-tiba. Ini mungkin menyebabkan seseorang kelihatan lebih bertenaga, bercakap dengan jelas atau menunjukkan tingkah laku yang tidak dijangka.

3. Kesan Hipoksia (kekurangan oksigen)

Apabila tubuh mula kekurangan oksigen, otak mungkin mengalami tindak balas terakhir untuk mengimbangi situasi tersebut. Ini boleh menghasilkan kesedaran yang tiba-tiba sebelum tubuh menyerah kepada kekurangan oksigen sepenuhnya.

4. Faktor Rohani & Psikologi

Dari sudut spiritual, ramai percaya bahawa terminal lucidity adalah saat perpisahan yang diberikan oleh Allah s.w.t, di mana individu diberikan peluang terakhir untuk berkomunikasi dengan orang tersayang. Secara psikologi, minda seseorang mungkin cuba mengumpulkan tenaga akhir untuk berinteraksi dengan keluarga sebagai tanda perpisahan, wallahualam.

Walau bagaimanapun, fenomena ini masih belum difahami sepenuhnya dari segi kajian perubatan, itulah keajaiban dan kuasa Allah s.w.t. Itulah kenangan terakhir bersama arwah nenek. Semoga roh Allahyarhamah dicucuri rahmat dan diletakkan bersama para solihin, aaminn yra..

Sebelum berakhir post ini, saya ingin bertanya pernahkah ada di antara pembaca berdepan dengan situasi begini? Jika ada pengalaman atau sebaliknya, sila tinggalkan pendapat atau cerita anda di ruang komen di bawah.. Setakat ini sahaja perkongsian saya kali ini. Sehingga kita berjumpa lagi di post akan datang. Thank you for reading & have a great day everyone!



Regards,


Sunday, January 26, 2025

Cousin's Wedding, So Happy For You!

COUSIN'S WEDDING, SO HAPPY FOR YOU! | Last Saturday we attended my cousin's wedding, Farah Umairah or Angah panggilan among family members. Wedding was held at Dewan Jamuan Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam. It was a sweet wedding, meriah dengan sanak-saudara, sepupu semua dapat hadir. Ini first time datang sini - selalu dapat wedding invitation tapi tak pernah pergi atas sebab-sebab tertentu. Kali ni alhamdulillah dapat sama-sama memeriahkan majlis. 

We were so excited, especially wedding saudara yang close. Saya sendiri lama sangat tak jumpa Angah and her family. Last dapat khabar si Angah berhijrah ke Klang Valley bila start her Program Asasi Sains di Universiti Malaya. Cepat sangat masa berlalu, sedar tak sedar Angah dah kahwin. 

Sharing her happy moment here:

Tahniah Angah dan pasangan

Makanan semua sedap, ramai tetamu hadir dan majlis meriah.. Overall semua tetamu happy walaupun kebanyakan datang dari jauh.. 

The table - caramel latte selepas makan
Ucapan untuk kedua mempelai

Dewan majlis terletak berhadapan Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah.. Ruang dewan luas, selesa terutama parking space pun banyak..

The Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Mosque

Sebelum bertolak pulang ke Seremban, dropped my niece ke campus semula. Culik dia sekejap during her study week semata-mata ke wedding Angah. 

Universiti Malaya Kuala Lumpur

Walau pun cuti sekolah sudah bermula tapi traffic was okay, semuanya selamat, alhamdulillah. Okay, setakat ini sahaja perkongsian saya kali ini. Sehingga kita berjumpa lagi di post akan datang. Thank you for reading & have a great day everyone!


Regards,


Monday, January 20, 2025

GOOGLE TAK RESTU PINDAH URL BLOG BAHARU

GOGGLE TAK RESTU PINDAH URL BLOG BAHARU | Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera kepada semua pembaca blog ini.. Sudah lama saya tidak bersiaran dari blog ini sejak notis memaklumkan blog telah berpindah ke url blog baharu iaitu thegoodlifegoalz.blogspot.com pada 16.11.2024 lalu. Sekarang notis tersebut terpaksa saya batalkan.. Mengapa? Inilah cerita dia..

The Good Life Goals

Al-kisah blog ladyinredplanner.blogspot.com ini tiba-tiba mengalami masalah ruang komen hilang. Kononnya, alang-alang edit template baharu, saya juga ambil keputusan untuk tukar sekali url blog untuk mengatasi masalah itu. Sepanjang penglibatan saya dalam dunia blogging, tak pernah lagi saya tukar url blog dengan memindahkan blog lama ke url baru menggunakan kaedah import blog. Bila mencuba kaedah ini buat pertama kali memang satu pelajaran dan pengajaran - lesson learnt!

Kisah bermula pada awal bulan Ogos 2024 saya telah menukar url blog ladyinredplanner ini ke url baharu iaitu thegoodlifegoalz. Walaupun import blog content 'dihalalkan' oleh Google tapi sebenarnya Google 'tak restu'..

Lepas import content, bermula episod masalah timbul satu persatu. Permulaan import blog content url blog baharu telah disekat. Saya telah dihukum oleh Google dengan tidak menyiarkan semua content dari blog lama dalam blog baharu. 

Your  appeal is being reviewed

Sekatan bermula bulan Ogos 2024, setelah merayu beberapa kali barulah rayuan saya diluluskan oleh Google. Saya ingat setakat itu sahaja halangan yang perlu saya tempuh demi menghasilkan url blog baru.. Rupa-rupanya ada lagi halangan lain perlu saya lalui..

Your appeal was approved

Kemudian saya berdepan dengan masalah index / daftar url blog baru ke enjin carian seperti Yahoo, Bing dan Google.. Alasan yang Google beri, pages yang ingin didaftar / index adalah pages berulang.. Semenjak itu I have received tone of messages di email berkaitan permohonan saya yang ditolak hingga sekarang..

New reason preventing your pages from being indexed

Permohonan dibuat seawal bulan Ogos 2024..

New reason preventing your pages from being indexed

Hingga bulan Disember 2024 masih lagi belum diluluskan..

New reason preventing your pages from being indexed

Akhirnya hari ini saya putus asa.. Lagi pun bila saya mengenangkan sebenarnya banyak perkara perlu saya korbankan jika saya teruskan hasrat tukar url blog baharu. Maka saya ambil keputusan untuk stay di blog ini sahaja dengan mengekalkan blog Lady In Red Planner.. Mungkin ada hikmah di sebalik kejadian ini, salah satu darinya, ramai rakan bloggers lama yang kini tidak aktif di blog telah menjadi Followers dari awal penubuhan blog ini, jadi melalui blog ini saya tidak akan kehilangan jejak blog mereka.. 

Okay, to all rakan bloggers.. I need your support untuk beri semangat kepada saya.. Lately I feel down dengan keputusan yang telah diambil sebelum ini... Agak terkilan sebenarnya tapi mengenangkan cerita-cerita yang ingin diabadikan di blog, so saya bangkit.. Tapi kalau tak cuba saya tak tahu, belajar dari kesilapan. 

By the way, thank you kepada mereka yang selalu kunjung singgah di blog baharu.. I really appreciate  it! Thanks a million.. Setakat ini sahaja perkongsian saya kali ini. Sehingga kita berjumpa lagi di post akan datang. Thank you for reading & have a great day everyone!


Regards,