Welcome..

Thursday, January 30, 2025

Pengalaman Berdepan Situasi Terminal Lucidity

PENGALAMAN BERDEPAN SITUASI TERMINAL LUCIDITY | Al-kisah saya masih ingat lagi ketika nenek saya nazak bermula jam 11.00 malam hingga lebih kurang pukul 4.30 pagi. Nafas nenek pendek, tersekat-sekat turun naik.. Keadaan nenek resah, sesekali nenek minta diurut pada bahagian anggota badannya bersilih-ganti. Ketika itu seluruh ahli keluarga sedia berada di sekelilingnya tidak keruan - panik dan sedih sudah pasti. Demam panas menjadi asbab nenek sakit dan badannya lemah. Namun, bila azan Subuh mula berkumandang, nenek sudah pulih - malah boleh duduk membetulkan postur badannya di katil, tidak nazak, boleh berinteraksi dengan orang di sekeliling. Lebih mengejutkan, nenek minta nasi goreng untuk sarapan pagi.


"Sesungguhnya kami adalah kepunyaan Allah dan kepada Allah jualah kami kembali."

Apabila kami melihat keadaan nenek sudah kembali normal, maka kami mula beredar dan hanya memantau nenek dari jauh.. Lebih kurang pukul 8.00 pagi, keadaan nenek kembali nazak, tak lama nenek menghembuskan nafasnya yang terakhir tanpa sesiapa di sisi menemaninya. Keadaan nenek sebelum meninggal membuatkan saya tertanya-tanya, apakah fenomena itu? 

Akhirnya saya mendapat jawapan tanpa sengaja semasa satu video lalu di feed TikTok saya.. Keadaan di mana seseorang  yang sedang nazak tiba-tiba menjadi normal seketika, boleh bercakap dan ceria sebelum menghembuskan nafas terakhir disebut terminal lucidity. Inilah jawapan yang saya cari selama ini.

Bila saya mula mencari terminology ini, saya meluaskan pencarian lagi.. Hasil pembacaan saya, terminal lucidity dijelaskan seperti berikut:

1. Proses Biologi Sebelum Kematian

Sebelum meninggal dunia, badan memalui fasa "active dying", di mana berlaku perubahan kompleks dalam kimia otak dan badan. Perubahan ini mungkin mencetuskan peningkatan aktiviti neuron buat sementara waktu, menyebabkan individu menjadi sedar dan boleh berinteraksi sebelum tenaga mereka merosot sepenuhnya.

2. Lonjakan Neurotransmitter

Sebelum kematian, otak mungkin mengalami lonjakan neurotransmitter seperti dopamin dan endorfin, yang boleh memberikan ilusi kesedaran dan tenaga secara  tiba-tiba. Ini mungkin menyebabkan seseorang kelihatan lebih bertenaga, bercakap dengan jelas atau menunjukkan tingkah laku yang tidak dijangka.

3. Kesan Hipoksia (kekurangan oksigen)

Apabila tubuh mula kekurangan oksigen, otak mungkin mengalami tindak balas terakhir untuk mengimbangi situasi tersebut. Ini boleh menghasilkan kesedaran yang tiba-tiba sebelum tubuh menyerah kepada kekurangan oksigen sepenuhnya.

4. Faktor Rohani & Psikologi

Dari sudut spiritual, ramai percaya bahawa terminal lucidity adalah saat perpisahan yang diberikan oleh Allah s.w.t, di mana individu diberikan peluang terakhir untuk berkomunikasi dengan orang tersayang. Secara psikologi, minda seseorang mungkin cuba mengumpulkan tenaga akhir untuk berinteraksi dengan keluarga sebagai tanda perpisahan, wallahualam.

Walau bagaimanapun, fenomena ini masih belum difahami sepenuhnya dari segi kajian perubatan, itulah keajaiban dan kuasa Allah s.w.t. Itulah kenangan terakhir bersama arwah nenek. Semoga roh Allahyarhamah dicucuri rahmat dan diletakkan bersama para solihin, aaminn yra..

Sebelum berakhir post ini, saya ingin bertanya pernahkah ada di antara pembaca berdepan dengan situasi begini? Jika ada pengalaman atau sebaliknya, sila tinggalkan pendapat atau cerita anda di ruang komen di bawah.. Setakat ini sahaja perkongsian saya kali ini. Sehingga kita berjumpa lagi di post akan datang. Thank you for reading & have a great day everyone!



Regards,


4 comments:

  1. Oh baru tahu termanya tu. Ye lah bagi peluang untuk bercakap dengan yang tersayang dulu sebelum pergi. Perpisahan yang menyedihkan.... :(

    ReplyDelete
    Replies
    1. Exactly, menjadi kenangan terakhir kami..

      Delete
  2. tu terma sainsnya..akak pernah alami situasi bila MiL menghabiskan nafas terakhirnya..kenangan yang tidak mungkin akan dilupakan

    ReplyDelete
  3. Belum pernah lagi berada di sisi seseorang yg nazak sehingga hembusan nafas terakhir.. tak tau macam mana keadaan tu..

    ReplyDelete

Leave your friendly messages here ^_~
Feel free to visit my blog again..
Thank you very much!