Welcome..

Monday, January 20, 2025

GOOGLE TAK RESTU PINDAH URL BLOG BAHARU

GOGGLE TAK RESTU PINDAH URL BLOG BAHARU | Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera kepada semua pembaca blog ini.. Sudah lama saya tidak bersiaran dari blog ini sejak notis memaklumkan blog telah berpindah ke url blog baharu iaitu thegoodlifegoalz.blogspot.com pada 16.11.2024 lalu. Sekarang notis tersebut terpaksa saya batalkan.. Mengapa? Inilah cerita dia..

The Good Life Goals

Al-kisah blog ladyinredplanner.blogspot.com ini tiba-tiba mengalami masalah ruang komen hilang. Kononnya, alang-alang edit template baharu, saya juga ambil keputusan untuk tukar sekali url blog untuk mengatasi masalah itu. Sepanjang penglibatan saya dalam dunia blogging, tak pernah lagi saya tukar url blog dengan memindahkan blog lama ke url baru menggunakan kaedah import blog. Bila mencuba kaedah ini buat pertama kali memang satu pelajaran dan pengajaran - lesson learnt!

Kisah bermula pada awal bulan Ogos 2024 saya telah menukar url blog ladyinredplanner ini ke url baharu iaitu thegoodlifegoalz. Walaupun import blog content 'dihalalkan' oleh Google tapi sebenarnya Google 'tak restu'..

Lepas import content, bermula episod masalah timbul satu persatu. Permulaan import blog content url blog baharu telah disekat. Saya telah dihukum oleh Google dengan tidak menyiarkan semua content dari blog lama dalam blog baharu. 

Your  appeal is being reviewed

Sekatan bermula bulan Ogos 2024, setelah merayu beberapa kali barulah rayuan saya diluluskan oleh Google. Saya ingat setakat itu sahaja halangan yang perlu saya tempuh demi menghasilkan url blog baru.. Rupa-rupanya ada lagi halangan lain perlu saya lalui..

Your appeal was approved

Kemudian saya berdepan dengan masalah index / daftar url blog baru ke enjin carian seperti Yahoo, Bing dan Google.. Alasan yang Google beri, pages yang ingin didaftar / index adalah pages berulang.. Semenjak itu I have received tone of messages di email berkaitan permohonan saya yang ditolak hingga sekarang..

New reason preventing your pages from being indexed

Permohonan dibuat seawal bulan Ogos 2024..

New reason preventing your pages from being indexed

Hingga bulan Disember 2024 masih lagi belum diluluskan..

New reason preventing your pages from being indexed

Akhirnya hari ini saya putus asa.. Lagi pun bila saya mengenangkan sebenarnya banyak perkara perlu saya korbankan jika saya teruskan hasrat tukar url blog baharu. Maka saya ambil keputusan untuk stay di blog ini sahaja dengan mengekalkan blog Lady In Red Planner.. Mungkin ada hikmah di sebalik kejadian ini, salah satu darinya, ramai rakan bloggers lama yang kini tidak aktif di blog telah menjadi Followers dari awal penubuhan blog ini, jadi melalui blog ini saya tidak akan kehilangan jejak blog mereka.. 

Okay, to all rakan bloggers.. I need your support untuk beri semangat kepada saya.. Lately I feel down dengan keputusan yang telah diambil sebelum ini... Agak terkilan sebenarnya tapi mengenangkan cerita-cerita yang ingin diabadikan di blog, so saya bangkit.. Tapi kalau tak cuba saya tak tahu, belajar dari kesilapan. 

By the way, thank you kepada mereka yang selalu kunjung singgah di blog baharu.. I really appreciate  it! Thanks a million.. Setakat ini sahaja perkongsian saya kali ini. Sehingga kita berjumpa lagi di post akan datang. Thank you for reading & have a great day everyone!


Regards,


3 comments:

  1. Banyaknya halangan dia ye. Kalau I pun boleh give up jika mcm tu LZ.
    Skg ni ada kes pulak blogger.com tgh tetapkan limit 200 blog je kita boleh follow. Hai mcm2 hal. 😅😅

    ReplyDelete
  2. lady in red planner ni lebih sinonim dgn LZ.. sbb lama dh follow... nama tu dh melekat dh.. hehehe

    ReplyDelete
  3. linda nie tak berapa faham sangat blog nie...kikiki..memang menulis suka2 je..yang linda tahu, linda memang guna yang baru, sebab yang lama dah tak boleh recover..
    apa2 pun tetap semangat, sebab nama ladyinredplanner nie memang linda dah lama kenal dari blog lama lagi, lebih 10tahun dah...dan gembira, sebab masih ada lagi bila linda decide nak bermula dengan blog baru.
    ganbate ne

    ReplyDelete

Leave your friendly messages here ^_~
Feel free to visit my blog again..
Thank you very much!