BARU KU TAHU ADA TAMAN HOBBIT DI PUTRAJAYA | Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera kepada pembaca blog ini.. Alhamdulillah for another day of life.. and alhamdulillah kerana saya diberi 'kekuatan' untuk membuka laptop dan menulis blog post pada hari ini..
It's been a while since I wrote a story on this blog, my last post was on 16 May 2025, can you imagine sudah berapa lama.. Lately penat yang amat sangat. Bila mentally exhausted secara tak langsung fizikal pun sama ikut penat. Ingatlah tukar template blog semangat berkobar-kobar, ternyata tak juga berkesan.. Kalau dah penat cerita semua entah ke mana, hurrrmmmmm...
Okay cerita kali ini saya terpanggil untuk berkongsi tentang Taman Hobbit di Putrajaya yang secara tak sengaja saya dapat tahu bila ada video TikTok lalu di fyp..
Taman Hobbit di Putrajaya |
Puaslah mencari mana letaknya kampung makhluk kerdil atau Taman Hobbit ni. Setahu saya Hobbit Village di Waikato, New Zealand, tak tahu pula ada di Putrajaya. Maka pencarian pun dilakukan..
Rumah Hobbit |
Putrajaya takde la besar sangat sampai saya outdated dengan persekitarannya.. Akhirnya ku temui di mana letaknya Taman Hobbit. Lokasi di Persisiran Tasik, Presint 2, Putrajaya. Betul-betul berdepan dengan tangga menaiki Monumen Alaf Baru.. Padahal pernah naik monumen ni sampai bergetar kepala lulut. Kalau tahu ketika itu maka ku terus singgah di sini.
Cerita saya pernah kongsi di post ini : Monumen Alaf Baru.
Hijau dengan pokok merimbun |
Taman Hobbit ini diilhamkan oleh Perbadanan Putrajaya, of course lah sebab lokasi pun di Putrajaya.. Dirasmikan pada 22 Ogos 2024 oleh YBhg. Dato' Seri Dr. Wan Azizah Dr. Wan Ismail sempena Festival Floria Diraya Putrajaya 2024. Taman Hobbit ini merupakan Project Placemaking Local Agenda 21 Putrajaya.
Bila berada di sini rasa healing betul.. Tenang dan nyaman dengan pokok merimbun. Walaupun kawasan tak luas tapi bersih. Ada tempat duduk boleh minum kopi sambil menghayati keindahan tasik Putrajaya yang terletak bersebelahan Taman Hobbit ini.
Platform untuk berdansa atau picnic? |
Inilah antara persekitaran di Taman Hobbit.. Walau pun rumah hanya sebuah tetapi hiasan taman ini agak menarik dan terasa memanggil-manggil untuk disinggah..
Kehijauan pokok dan kerusi rehat |
Telaga dan buaian Hobbit |
Decoration unik mirip perkampungan Hobbit tapi versi musim panas..
Close-up buaian Hobbit |
Close-up telaga Hobbit |
Pokok tinggi menapis cahaya matahari |
Sesuai bergambar ala-ala Hindustan |
Cendawan hiasan |
Selain tarikan rumah Hobbit, telaga dan buaian, terdapat cendawan hiasan dan tempat duduk kayu ala rumah kampung.
Taman Hobbit Putrajaya |
Plak penghargaan |
Puas hati akhirnya jumpa juga lokasi yang dicari. Cukup sebagai lokasi baru mengisi hujung mingguku. Begitulah cerita pencarian Taman Hobbit di Putrajaya. Keterujaan menonton filem Lord of the Rings membawaku ke sini.. Siapa belum pernah datang bolehlah singgah apabila ke Putrajaya, menarik juga..
Setakat ini sahaja perkongsian saya kali ini.
Sehingga kita berjumpa lagi di post akan datang.
Thank you for reading & have a great day everyone!
Regards,
Linda pernah dengar Taman Hobbit nie.. Tp tulah, belum sampai lagi.. Hihihi
ReplyDeleteBest duduk santai di sini kalau tak ramai pengunjung lagi best, ada privacy boleh puas bergambar.. Ada peluang nanti Linda sampai juga di sini :-)
DeleteMenarik juga tempatnya, suka tempat yang sunyi dan semula jadi ni.
ReplyDelete