Monday, June 17, 2019

,
Salam Aidilfitri & Selamat Sejahtera semua..
Alhamdulillah pada Syawal ke-9 (13 Jun 2019) lalu, Kelab Sosial & Reaksi (KSR) syarikat telah menganjurkan Sambutan Hari Raya yang diadakan di Laman Puteh Seremban 2.

Aturcara majlis
Majlis bermula pada jam 12.30 tengah hari hingga 4.00 petang.. Majlis disambut dengan sederhana tetapi meriah..


Susunatur meja di Laman Puteh
Pukul 12.45 tengah hari kami turun dari office menuju ke Laman Puteh. Laman Puteh terletak di belakang office sahaja, just walking distance.. 


Gang semeja
Aturcara majlis dimulakan dengan bacaan doa dan ucapan seterusnya acara kemuncak iaitu jamuan Hari Raya.. Jom layan gambar.. biar gambar sahaja yang berbicara, hehehe..


Ahli KSR & para tetamu
Konsep masih lagi seperti sebelum ini iaitu gerai / kiosk, hanya VVIP sahaja makan berhidang.. Kelihatan para tetamu mula mengambil juadah masing-masing di setiap gerai..


Kuih-muih
Laksa dan laksam
Lemang, ketupat palas & rendang
Cendol Songkok Tinggi
Nasi briyani ayam
Kambing bakar
Minuman
Alhamdulillah dengan rezeki pada hari itu.. Saya tak makan banyak, sekadar memenuhi perut yang kosong dengan nasi briyani ayam, kuih-muih dan cendol.


A plate full of my favorite, nasi briyani
Mouth-watering : kuih, lemang dan ketupat palas
Pukul 1.50 tengah hari saya harus meninggalkan majlis kerana sudah sampai masa mengambil anak pulang dari sekolah.. Saya langsung tak dapat ambil gambar di photo booth, sedih tau..
Okaylah setakat ini sahaja perkongsian saya tentang Sambutan Hari Raya 2019 anjuran KSR. Semoga KSR terus cemerlang dan maju jaya.. Terima kasih diucapkan kepada EXCO dan AJK KSR yang bertungkus-lumus menjayakan majlis ini..





Thank you for reading.. Sehingga kita bertemu lagi di lain entry..
Sekian, wasalam..


Regards,


Loading...

Saturday, June 15, 2019

,
Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera..

Hari ini tiada plan ke mana-mana, menghabiskan masa hujung minggu di rumah. Al-kisah awal Mei lalu, anak saya berhasrat untuk menjadi YouTuber.. Masalahnya saya tak tahu bab edit dan create video. Walaupun begitu saya tetap create YouTube account untuknya. Saya beri dia peluang untuk buat video dan masukkan dalam platform YouTube tersebut..

Saya fikir daripada buat video (mengambil masa dan memerlukan skill editing) apa kata saya create blog untuk dia.. Jadi beberapa hari ini saya sibuk membuat blog untuk anak. Maka terhasillah Redza Channelz.

 Redza Channelz
Redza Channelz
Saya harap cara ini dapat membantu dia memperbaiki penulisannya  memandangkan penulisan karangannya sangat lemah. Bukan sekadar blog tetapi ditambah platform social media untuk dia menjana dan berhubung dengan followers di mana setiap posting akan saya pantau.. Saya berikan dia kebebasan untuk berkongsi minat dan menulis apa sahaja yang dia suka. Selepas itu saya akan edit struktur ayat dan bahasa yang digunakan sebelum publish.

 Redza Channelz
Journal
Untuk pengetahuan, selama ini saya ada sediakan satu journal khas. Dia akan menulis setiap moment penting untuk diabadikan dalam journal tersebut sebagai kenangan.. Secara tak langsung ianya membantu dia memperbaiki mutu karangan dan penggunaan ayat dalam setiap gaya penulisannya.

 Redza Channelz
Journal harian
Apabila difikirkan semula, saya rasa ada baiknya saya ajar dia untuk guna pc, update setiap moment yang ingin dikongsi bukan hanya setakat menulis dalam journal tulisan tangan. Lagi pun di sekolah ada matapelajaran Teknologi Maklumat & Komunikasi (TMK). Subject TMK menekankan para pelajar supaya mahir menggunakan komputer.


Begitulah kisahnya, ketika ini saya sibuk create blog untuknya yang diberi nama Redza Channelz. Bermula bulan June ini setiap moment akan ditulis dalam journal tulisan tangan kemudian akan ditaip dalam blog. Ianya seperti serampang 2 mata.. Hasil daripada menulis di blog saya dapati dia suka kerana boleh berkongsi cerita dan dapat berinteraksi dengan pembaca.

Okay, setakat ini sahaja perkongsian saya kali ini.. Segala pendapat dan cadangan boleh kongsi di ruangan komen.. Sekiranya ada antara pembaca yang ingin menjadi follower blog dan social media Redza Channelz amatlah dialu-alukan..

Thank you for reading!
Sehingga kita bertemu lagi di lain entry..
Sekian, wasalam..


Regards,


Loading...

Monday, June 10, 2019

,
Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua!!!! Alhamdulillah hari ini 6 Syawal 1440 bersamaan raya ke-6.. Ada antara kita yang sudah bekerja tetapi saya masih lagi bercuti memandangkan cuti sekolah belum berakhir.. Khabarnya jalan jem melampau semalam? Begitulah seperti kebiasaan cuti perayaan bila semua balik ke kampung atau menuju destinasi masing-masing serentak.. Sejak raya ke-3 lagi saya dah balik ke Seremban untuk mengelakkan jem.

Hari ini saya ingin bekongsi journal Hari Raya Aidilfitri 2019 yang sangat simple..

Selamat Hari Raya Aidilfitri dari Lady in Red Planner
Hari Raya Pertama

Seawal pukul 4.00 pagi saya bangun menyiapkan segala pakaian dan barang-barang yang akan dibawa ke kampung.  Lemang dan rendang serta kuih-muih pun dah ready. Kena sediakan lebih awal untuk elak tertinggal, tapi walau dah ready awal tetap ada juga barang yang tertinggal, camne tu?

Kami bertolak ke kampung di Muar, Johor selepas solat Hari Raya. My husband teringin solat di Masjid Sheikh Haji Ahmad memandangkan tahun ini merupakan tahun pertama masjid ini mula beroperasi sejak dirasmikan awal tahun ini.

Oh ya setakat ini kami tak ada masalah bergaduh balik ke rumah siapa terlebih dahulu sebab rumah ibubapa saya dengan rumah mertua hanya selang 2 buah rumah sahaja.. So boleh balik hari berulang ikut suka, hehehe

Masjid Sheikh Haji Ahmad, Bandar Sri Sendayan
Masjid Sheikh Haji Ahmad, Bandar Sri Sendayan

Lebih kurang pukul 11.30 pagi tiba di kampung. Raya tahun ni saya ke rumah mertua terlebih dahulu. Saya bawa lemang, rendang dan brownies sebagai buah tangan.

Selepas bermaaf-maafan dan sesi bergambar selesai, saya memulakan perjalanan berkunjung ke rumah makcik kedua-dua belah pihak memandangkan datuk dan nenek sudah lama meninggal dunia. Rumah terakhir pada hari raya pertama ialah rumah saya. Dalam pukul 4.30 petang saya sampai di rumah ibubapa saya.


Hari Raya Kedua

Sudah menjadi tradisi masyarakat di kampung saya mengadakan marhaban iaitu kumpulan masyarakat berkunjung dari rumah ke rumah dengan membaca doa serta memohon keberkatan ke atas seisi rumah tersebut di samping memuji kebesaran Allah swt dan Rasulullah saw.

Marhaban di kampung saya diadakan pada Hari Raya Kedua dan majoriti akan mengambil bahagian tak kiralah tinggal di taman perumahan atau kawasan kampung. Lazimnya ahli keluarga lelaki akan menyertai kumpulan marhaban. Tahun ini rumah ibubapa saya merupakan rumah pertama kunjungan kumpulan marhaban. Kami menyediakan karipap daging dan keladi goreng untuk menjamu kumpulan marhaban ini.

Pagi hari raya kedua hujan turun agak lebat dan berhenti-henti namun ianya tak membantutkan kumpulan marhaban ini menghabiskan kunjungan mereka sebanyak lebih kurang 35 buah rumah setiap satu kumpulan.

Malam hari pula saya bersama ipar-duai sebelah suami berhari raya di sekitar bandar Muar.

Hari Raya Ketiga

Setelah bersarapan sekitar jam 10.00 pagi saya berkemas untuk pulang ke Seremban.
Begituah rutin Hari Raya saya setiap tahun, sama seperti tahun-tahun sebelum cuma usia sahaja berubah..

Bagaimana pun dengan Hari Raya anda? Balik kampung di mana? Setiap kali saya browse Facebook dan Instagram nampak kemeriahan masing-masing menyambut Hari Raya.. Fesyen baju raya tak boleh kata, macam-macam warna tapi yang pasti semua nampak cantik dan gembira..

Sebut tentang baju raya tahun ini saya mengenakan warna biru gelap.. Saya rasa raya tahun ini banyak warna purple dan dark blue selain hijau gelap.. Setuju tak? Apa pula warna baju raya anda?

So jangan lupa kongsi cerita di ruang komen.. Di kesempatan ini juga saya ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua pembaca blog ini. Maaf Zahir & Batin andai ada salah dan silap..

Okay, setakat ini sahaja perkongsian saya. Thank you for reading..



Sehingga kita bertemu lagi di lain entry..
Sekian, wasalam..


Regards,


Loading...

Saturday, June 01, 2019

,
Selamat hujung minggu diucapkan kepada semua pembaca blog ini.. Hari ni saya rasa tak berapa sihat sebab masuk angin mungkin berpunca dari mee kuning yang saya makan ketika berbuka semalam.. Bila masuk angin sakit kepala yang amat sangat.. Inilah masalah orang yang sensitif dan mudah masuk angin dan naik angin, oops! Haraplah dapat bertahan hingga sampai waktu berbuka nanti..

Okay straight to the point, tadi sambil berehat melayan sakit kepala sempat lagi browsing Facebook tetiba melintas soalan ini di newsfeed saya..


Ketika anda mendengar takbir Raya pertama kalinya berkumandang, siapakah orangnya yang akan berada di dalam ingatan anda pada saat itu dan yang mampu membuatkan anda terasa begitu amat sedih sekali?

Saya pasti akan teringat datuk, nenek, abang dan adik lelaki yang telah pergi meninggalkan kami.. Jelas terbayang waktu kecil ketika kami menyambut Hari Raya Aidilfitri bersama-sama. Masih lagi sedih dan bila rindu saya akan sedekahkan surah Al-Fatihah kepada mereka.. Nama mereka tak pernah sesekali saya lupa dalam setiap doa saya.

Itu kenangan saya, bagaimana pula dengan anda? Tentu ada kenangan yang mengusik perasaan setiap kali Raya menjelang.. Jangan lupa kongsi di ruang komen..

Kepada mereka yang telah memulakan perjalanan ke kampung halaman, saya doakan semoga selamat sampai ke destinasi yang dituju dengan selamat..


Sehingga kita bertemu lagi di lain entry..
Sekian, wasalam..


Regards,


Loading...

Follow Us @ladyinredplanner