Wednesday, July 19, 2017

,
SEKITAR MAJLIS PERASMIAN & SAMBUTAN HARI RAYA AIDILFITRI DI PEJABAT PUUN, NS | Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera kepada semua pembaca blog ini.. Semalam saya dan officmate yang berkenaan telah memenuhi undangan dari Pejabat Penasihat Undang-Undang Negeri ("PUUN"), Negeri Sembilan. Majlis ini merupakan Majlis Perasmian Bangunan Pejabat Penasihat Undang-Undang Negeri merangkap sambutan Hari Raya Aidilfitri 2017.

 

Majlis dihadiri oleh VVIP iaitu YAB Menteri Besar Negeri Sembilan serta isteri dan Peguam Negara iaitu YBhg. Tan Sri Dato' Sri Haji Mohamed Apandi bin Haji Ali serta isteri selain Pegawai-Pegawai Tinggi Kerajaan yang berkaitan di Seremban dan Putrajaya.

YBhg. Tan Sri Dato' Sri Haji Mohamed Apandi bin Haji Ali
YAB Menteri Besar Negeri Sembilan
 

Majlis dimulakan dengan ucapan dari YAB Menteri Besar Negeri Sembilan dan diikuti oleh ucapan dari YBhg. Peguam Negara.
 
 

Setelah selesai ucapan rasmi, maka majlis menandatangani plak perasmian oleh YBhg. Peguam Negara disaksikan oleh YAB Menteri Besar Negeri Sembilan. 

 

 

Beginilah bentuk plak yang telah ditandatangani dan dengan ini secara rasminya Pejabat PUUN, Negeri Sembilan selamat dirasmikan...


Plak perasmian Bangunan Pejabat Penasihat Undang-Undang Negeri, Negeri Sembilan
Setelah itu para tetamu dijamu dengan jamuan Hari Raya Aidilfitri di perkarangan bangunan pejabat tersebut. 


Tiada apa juadah yang menarik selain kuih-muih, nasi, lauk-pauk, rendang, lemang, sate, cendol dan sebagainya...

Lemang, rendang dan kuih talam
Nasi berlauk lemak daging salai, ayam goreng kunyit dan sayur lodeh
Cendol dari Haji Shariff Cendol Seremban
Sate daging lembu dan ayam
Sepanjang tetamu menjamu selera, kami dihiburkan dengan nyanyian lagu Hari Raya diiringi caklempong dan tarian dari Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negeri, Negeri Sembilan.

 

Photo credit to artist @ Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negeri,Negeri Sembilan
Majlis bersurai lebih kurang pukul 2.30 petang setelah tetamu VVIP beredar dari perkarangan bangunan Pejabat PUUN, Negeri Sembilan. Setelah majlis bersurai saya mengambil kesempatan untuk bergambar dan beramah mesra dengan kenalan dan rakan-rakan dalam bidang yang sama terdiri daripada Pegawai Pendakwaraya dan kakitangan Mahkamah. Maaf bagi menjaga privacy gambar mereka tidak boleh didedahkan di sini.

Begitulah serba-sedikit cerita sekitar Majlis Perasmian & Sambutan Hari Raya Aidilfitri di Pejabat PUUN, Negeri Sembilan yang ingin diabadikan di sini.

Semasa majlis lensa kamera phone saya merakam gambar lelaki ini yang turut sama bukan untuk memberi ceramah tetapi dijemput sebagai tetamu bagi memeriahkan majlis, hehehe
Maka berakhirlah entri ini..




Sehingga kita bertemu lagi di lain entri..
Sekian, wasalam..


Regards,


Tuesday, July 18, 2017

,
BISKUT RAYA TRADISIONAL | Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera kepada semua pembaca blog ini.. Hari ini sudah masuk 24 Syawal 1438, masih lagi dalam mood raya.. Hujung minggu lalu jadual saya terlalu padat namun saya sempat mencuri masa memenuhi undangan rumah terbuka di rumah adik ipar di Nilai dan jiran sebelah yang kedua-duanya dibuat pada sebelah malam.. Sepanjang Hari Raya iaitu semasa berkunjung ke rumah saudara-mara dan jiran, saya lihat bermacam-macam jenis biskut raya dihidangkan. Kebanyakkan biskut modern, berwarna-warni dan tiada apa yang unik dari segi rasa.. Saya kira semua rasa hampir sama..Kelihatan kurang dihidangkan biskut raya tradisional.

Jadi entri kali ini saya ingin bertukar pendapat tentang citarasa pembaca mengenai biskut raya traditional. Idea untuk membuat entri ini timbul apabila saya terjumpa beberapa biskut tradisional yang hampir pupus antaranya kuih tart gunting seperti di bawah yang sungguh unik dan pada saya kini sukar didapati.

Kuih tart gunting
Rasa kuih tart ni rangup manakala inti jem nanas sangat terasa dan paling penting tak terlalu manis. Sedap!

Biskut semperit
 Biskut semperit salah satu biskut tradisional yang selalu kita dengar.. Rasa biskut semperit lemak seperti ada sedikit susu tepung..  Saya kurang menggemari rasa sebegitu.

Biskut makmur
One of my favorite biskut raya iaitu biskut makmur.. Saya suka inti kacang dalam biskut ini. Biskut makmur rasa sedikit minyak sapi, lemak dan ada rasa susu tepung. Isi kacang dan gula castor menjadikan biskut makmur tak cepat muak apabila dimakan. Sesuai dengan citarasa saya..

Biskut sarang semut
Saya tak pasti jika biskut ini antara biskut raya tradisional atau sebaliknya.. Tapi saya kurang gemar sebab rasa lemak, tepung, butter dan telur agak kuat. Nampak cantik dengan hiasan coklat rice..
 
Biskut Kacang Cina
Biskut di atas dinamakan Biskut Kacang Cina.. Mungkin boleh dikategori sebagai biskut raya modern tetapi saya letak juga dalam entri ini apabila rasa biskut ini sama seperti biskut mazola tapi manis selain warna yang berbeza..

Biskut mazola
Saya suka biskut mazola sebab diperbuat daripada kacang tanah dan rasa sedikit masin. Berbeza dengan biskut kacang cina berwarna putih di atas. Apa sahaja biskut berasaskan kacang tanah memang kegemaran saya..

Kuih tart gunting
Terdapat pelbagai jenis kuih tart (bukan biskut tart or kuih tart?) seperti tart bentuk bulat inti di tengah dan tart gulung (gambar di bawah) selain daripada tart gunting seperti di atas. 

Tart gulung
Saya lebih gemar kuih tart gunting berbanding jenis kuih tart yang lain. Paling penting inti jem nenas kuih tart tersebut mesti kurang manis, baru best!
 
Okay, begitulah cerita tentang Biskut Raya Tradisional.. Selain daripada apa yang saya kongsi di atas, ada tak biskut raya tradisional lain yang tidak disebutkan di sini? Bagaimana pula dengan pembaca.. Apakah biskut raya tradisional yang menjadi kegemaran? Jom kongsi kita tukar-tukar cerita..




Sehingga kita bertemu lagi di lain entry..
Sekian, wasalam..


Regards,


Monday, July 17, 2017

,
SEGMEN : FOLLOW ME! by Naseha Syahira | Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera kepada pembaca semua.. Entri kali ini saya ingin join segmen yang dianjurkan oleh blogger bernama Naseha Syahira. Objective utama segmen ini adalah untuk menambah Followers dan meningkatkan traffic blog anda. Menarik juga, siapa tak mahu tambah Followers kann.. jadi apa kata kita sama-sama join segmen ini..

segmen-follow-me-by-naseha-syahira
Sila click banner di atas untuk terma dan syarat selanjutnya
Syarat-syarat penyertaan sangat mudah seperti berikut:

  1. Follow this blog: Naseha Syahira ( WAJIB)
  2. Follow these Instagram: @littlewardrobe.co (WAJIB) and @nasehasyahira (OPTIONAL)
  3. Like this Facebook page: littlewardrobe.co (OPTIONAL)
  4. Post an entry about this segment --> TITLE: Segmen: Follow Me! by Naseha Syahira 
  5. Copy and Paste the banner in the post. Don't forget to backlink it to http://nasihattermasyhur.blogspot.my/2017/06/segmen-follow-me-by-naseha-syahira.html
  6. Leave your entry link and your blog ID in the comment blog post ini..
Sila pastikan peserta mengikut setiap arahan yang dinyatakan, no exceptional kata Naseha Syahira.

Betapa simple dan mudah untuk mengikuti segmen ini.. 


Sehingga kita bertemu lagi di lain entri..
Sekian, wasalam..


Regards,

Friday, July 14, 2017

,
DUGAAN HIDUP | Salam Jumaat. Setiap insan di dunia ini tidak dapat lari dari dugaan atau ujian hidup. Dugaan hidup yang dihadapi merupakan satu ujian untuk menentukan keimanan dan ketakwaan kita kepada Allah s.w.t. Ujian ini tanda Allah sayang kepada kita. 

Dalam era kehidupan yang pantas berlalu, pelbagai ujian dan dugaan kita hadapi silih berganti. Setiap insan diuji dengan cara berbeza-beza mengikut tahap kemampuan masing-masing.


Kekuatan iman, ketabahan dan kesabaran adalah antara doa yang perlu kita pohon kepadaNya setiap hari. Ramai insan telah pergi meninggalkan kita. Ada di kalangan kita tak mampu bertahan apabila berhadapan dengan ujian hidup dan akhirnya tewas.

“Barang siapa yang dikehendaki Allah menjadi orang yang baik maka dia akan diberi-Nya cubaan.” (H.R.Bukhari)

Justeru, kita tidak mengetahui bagaimana ujian dan pengakhiran hidup kita.

 

Untuk pengetahuan tahun ini saya telah diuji dengan satu dugaan yang pada mulanya saya rasa tak  mampu lakukan. Kisah tersebut pernah saya ceritakan di sini. Syukur alhamdulillah ianya telah berakhir dan sehingga kini saya masih tak percaya bahawa saya mampu hadapinya. Terasa seperti satu keajaiban.

Kerana sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan.” - (Q.S. Alam Nasyrah 94: 5- 6)

Semoga perkongsian ini dapat dimanfaatkan bersama.. 
Sehingga kita bertemu lagi di lain entri..
Sekian, wasalam..





Regards,

Follow Us @ladyinredplanner