Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera kepada semua pembaca blog ini.. Hujung minggu hampir ke penghujung, cepat sungguh masa berlalu.. Minggu lepas pecah rekod.. Pecah rekod sebab hampir seminggu saya tidak membuat post dan masih belum diberi kesempatan untuk membalas komen-komen pembaca dalam post lalu.. In shaa Allah saya akan cuba balas dalam masa terdekat..
Minggu lepas adalah minggu yang sangat sibuk.. Sibuk dengan tugasan hakiki di pejabat.. Mental dan fizikal letih I tell you.. Bila ada kes untuk dibicarakan secara tak langsung banyak persediaan perlu dibuat.. Setiap kes yang difailkan tidak mengira berapa jumlah tuntutan, semua harus ditangani dengan serius.. Matlamat saya, kes mesti berjaya.. Apa yang memenatkan bila berdepan dengan karenah manusia, ianya tak semudah yang disangka.. Tak mampu diungkap dengan kata-kata, namun berbaloi apabila segala usaha, penat lelah semua diakhiri dengan pengakhiran yang baik.. Terima kasih kepada rakan-rakan yang dipanggil sebagai saksi, mereka telah memberikan kerjasama yang sangat baik.. Lepas office hour terima mesej dari bos : "Good job for R..... M......'s case today. Tahniah!".. I just replied : "Alhamdulillah.."
Busy me.. Masih banyak fail menanti.. |
Dalam kesibukan, sedikit masa perlu diperuntukkan untuk menyambut birthday Kak Nora, salah seorang #ganglunch. Birthday Kak Nora jatuh pada 19 April 2018 lalu..
Happy Birthday to you.. |
Kami sambut di Kenny Rogers Roasters, AEON Seremban 2 during lunch hour.. Pesanan menu di Kenny Rogers Roasters sangat terhad jadi saya setia dengan menu biasa..
Related post : Makan di Kenny Rogers Roasters
Kenny Rogers Roasters |
Kenny Rogers Roasters guna menu baru sekarang, bukan lagi menu tebal seperti album gambar.. Bila cetak menu baru maka harga pun baru.. Ada beberapa menu kegemaran terdapat sticker - "not available", tak tahu untuk tempoh sementara atau selamanya..
Berikut adalah makanan yang kami pesan.. Menu biasa apabila ke Kenny Rogers Roasters :
Kenny Rogers Roasters ice cream & meals |
Setiap
seorang ordered menu yang sama cuma kami tambah aiskrim sebab dessert
untuk birthday girl yang akhirnya kami kongsi bersama, ambil berkat
orang yang diraikan gituuuu..
Sambutan birthday Kak Nora lewat sehari sebab pada hari tersebut Kak Nora cuti.. Tahun ini kami sepakat bagi Kak Nora set perfume dari Elianto sebagai tanda ingatan..
Related post : Elianto make-up haul
Elianto perfumes |
Dalam group #ganglunch, Kak Nora paling senior.. Bawah pula gambar kami #ganglunch.. Kami gelar #ganglunch sebab inilah ahli tetap bila keluar lunch. Saya sama department dengan Pn. Yan dan Mrs. A manakala Kak Nora, Yus dan Naddy lain department.. Kami berkumpul bila waktu lunch sahaja.. Dari sinilah timbul #ganglunch and we have WhatsApp group too ;-)
#ganglunch - Atas kiri : Kak Nora, Pn. Yan, Naddy | Bawah kiri : Yus, LZ, Mrs. A |
ISTILAH BEST FRIEND / FRIENDSHIP PADA SAYA
Apabila
sebut best friend atau friendship, pada saya ianya membawa maksud yang sangat bermakna.. Making a friend and maintaining a friendship are two different things. Prinsip saya apabila berkawan bukan untuk sementara atau sehari dua tetapi kalau boleh selama-lamanya, friends for a lifetime.. Kawan juga bukan 'ada makna' tetapi ikhlas dari hati, seperti quote di bawah :
"We have three types of friends in life : Friends for a reason, friends for a season and friends for a lifetime." - Manakah satu anda?
Sesiapa
kenal saya tentu tahu, saya jenis tak suka orang mengungkit masa
silam saya sebab ianya bukan sesuatu yang indah untuk dikenang.. Don't
ever use someone's past against them. Mengapa saya tak suka? Secara
logic, saya dah berubah dari buruk kepada lebih baik, so kenapa cuba
cabar
saya untuk ulangi zaman kurang matang dan berperangai buruk yang telah
lama saya tinggalkan? It's hurt okay bila orang cuba 'mengingatkan' saya
kepada zaman itu.. Mengungkit masa silam seseorang bukanlah gurauan ianya seolah mempersendakan.. Be careful who you share your weaknesses with, some people can't wait for the opportunity to use them against you.
Lagi satu
perselisihan faham bukanlah sesuatu yang perlu dibanggakan atau memori
indah untuk dikenang.. Saya hulur kemaafan bukan untuk
diperlekehkan. Saya juga ada ego tapi saya tak tunjuk. If I treated you, the way you treated me, you definitely would hate me.. Matlamat saya hanya perdamaian dengan mengenepikan ego. Saya berusaha buang jauh dan padam dari ingatan. Tolong jangan ungkit lagi. Bila diungkit sedikit sebanyak menyakitkan hati serta menganggu emosi, a real friend wouldn't do that.
Overall, respect people's feelings. Even if it doesn't mean anything to you, it could mean everything to me. A tongue has no bones but it can break a heart, remember that...
Persahabatan juga memerlukan kepercayaan, pengorbanan, give and take, berkongsi segala susah dan senang bukan hanya ada ketika senang.. Sometimes we expect more from others because we would be willing to do that much for them. Some friends are only around when they want something from you but are never there when you need something from them.. Kawan begini memang tak akan kekal lama..
Bestfriend |
Alhamdulillah, saya dikelilingi dengan rakan-rakan yang baik dan memahami tak kira lama atau baru.. Boleh saya katakan semua sahabat saya kekal sehingga kini even dah 20 tahun tak jumpa.. Kami masih keep in touch dan jika memulakan sesuatu conversation seolah-olah baru semalam jumpa padahal dah bertahun lama tak bersua muka. Itulah keistimewaan sahabat yang memang 100% kenal isi hati masing-masing.. Semoga persahabatan yang dibina berkekalan selama-lamanya, in shaaa Allah..
Okay, begitu cerita saya sepanjang minggu lalu dan pendapat saya tentang persahabatan.. Saya percaya masing-masing ada pendapat berbeza.. So jangan segan silu untuk menyatakan pendapat pembaca mengenai persahabatan sebenar di ruangan komen di bawah..
Thanks for reading.. Sehingga kita bertemu lagi di lain entri..
Sekian, wasalam..
Byeeee..
Regards,
I am LZ
24 Comments:
happy belated birthday kak nora :)
Thanks Atie 💕, sis on behalf Kak Nora 😉
happy bilated birthday kak nora. tapi dessert aiskrim tu sedap tau.
mek pun same ad gang lunch. ad whatsapp group too. and memang daripada lain department and berkumpul time lunch je. sahabat ni yg boleh menegur kita dengan baik. yang tidak annoying. rasa ok dan terbuka bila bersama dia. kalau asyik nk kne jaga hati, susah le.
Alhamdulillah..moga ukhuwah ini berterusan...moga ganglunch sentiasa dirahmati...amin.
U such a good friend. I used to have a bunch of friends yg konon bestfriend. Bila time birthday zhi, sorang pun tak wish. I nekad tak kawan dh sbb benda yg simple mcm tu pun diorang tak boleh buat apa guna jadi kawan. haha .. so emo zhi.
friendship biasanya bermula for a reason, lasted a season or two tapi kalau ngam boleh sampai lifetime.
Hana pilih friends for a lifetime! hehe ^^ btw,Happy Belated Birthday kak Nora :)
happy belated kak nora! semoga sentiasa dimurahkan rezeki dan diberkatiNya
Happy bezday utk #ganglunch moga sentiasa dlm limpahan rahmat allah.
Tahniah juga utk tugasan yg berjaya tu LZ...
Perangai dan tingkah manusia mmg macam macamkan LZ , yg penting saling menghormati supaya friendship terus utuh terjalin
kawan for the lifetime ye. sometimes susah nak buat cam ni.
all the best to u.
Thank you cik kaella, LZ on behalf Kak Nora, hehehe
Aiskrim KRR sedap 😋..
Setuju dengan mek, kalau kita rasa selesa bercerita apa sahaja dengan kawan maksudnya Kita serasi dengannya.. boleh terus jadi gang..
Aminnnn..
Semoga ukhuwah kita di alam maya ni juga kekal selamanya PC..
Terima kasih PC..
It's okay Zhi, kawan di alam maya begini pun best.. It's not easy to declare as a best friend kena tempuh susah senang dulu.. True friends are hard to find, remember that..
Exactly Sal, kena hadapi pelbagai rintangan, suka duka bersama..
Me too, thanks Hana 💕
Aminnnn
Thanks dear anies, LZ on behalf Kak Nora okay 😊
Indeed Kak Nom, kena banyak bersabar..
Thank you so much for your wishes 💕..
Exactly AE, bukan mudah dapat kawan for the lifetime tapi ada kawan jenis ini..
Thanks Azian 💕..
Happy belated birthday buat kawan LZ.. Sha doakan semoga persahabatan yang terjalin antara LZ dan sahabat kekal hingga ke syurga..
Happy birthday kawan kak LZ..semoga persahabatan korang kekal hingga ke jannah ye.
...اَÙ…ِين ÙŠَا رَبَّ الْعَالَÙ…ِÙŠْÙ†
Terima kasih banyak Sha, semoga persahabatan alam maya kita juga berkekalan..
...اَÙ…ِين ÙŠَا رَبَّ الْعَالَÙ…ِÙŠْÙ†
Terima Kasih Rabia..
Post a Comment
Leave your friendly messages here ^_~
Feel free to visit my blog again..
Thank you very much!