AL-FATIHAH

AL-FATIHAH | Salam Jumaat dan Selamat Sejahtera kepada semua pembaca blog ini.. Ketika rakyat Malaysia masih berkabung berikutan kemangkatan Sultan Kedah pada 11.09.2017 lalu, semalam kita dikejutkan dengan berita kebakaran sebuah Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah di Datuk Keramat, Kuala Lumpur yang mengorbankan lebih 20 nyawa. Hari ini masih suram, hujan membasahi bumi pagi ini seakan merasai pemergian ahli-ahli syurga itu..


Pagi semalam saya sangat sibuk di pejabat hanya sempat mendengar office mate bercerita tentang 'kekejaman' manusia yang menviralkan gambar keadaan mayat anak-anak tahfiz tersebut tapi dia tidak pasti di mana kebakaran itu berlaku.. Saya pun tak sempat bertanya lanjut..

Jadi malam tadi saya menonton Buletin Utama semata-mata untuk mengetahui cerita lanjut tragedi ini.. Tak terasa airmata mengalir tanpa dipaksa, sedu-sedan... Dalam redha terasa sedih yang amat sangat melihat tragedi ini tambahan pula apabila bomba menerangkan lokasi mayat-mayat yang dijumpai dan melihat waris-waris mangsa.. 

Tragedi 14.09.2017 Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah di Datuk Keramat, Kuala Lumpur
Tak mahu cerita panjang kerana umum telah mengetahui cerita lanjut mengenai tragedi menyayat hati ini.. Justeru, marilah kita sama-sama sedekahkan al-fatihah..
Jangan lupa juga doa dan bacaan surah Yassin terutama apabila selesai setiap solat fardhu nanti..
Hanya doa yang mampu dikirimkan.. Semoga roh mereka dicucuri rahmat.. 
Sesungguhnya Allah lebih mengetahui hikmah di sebalik kejadian yang berlaku..

Sehingga kita bertemu lagi di lain entri..
Sekian, wasalam..


Nota kaki :

Dalam keadaan sedih, terasa kecewa dan marah apabila melihat wartawan siaran mengajukan soalan  kepada saksi yang membantu menyelamatkan mangsa kebakaran : Apa perasaan pakcik?

What the answer you'd expect to the stupid question? Kau tak faham ker bagaimana situasi ketika itu? Adakah kau sedang membuat liputan di majlis tari-menari, makan malam, majlis konvokesyen, majlis pengebumian etc. 

Abis tu kenapa tanya soalan bodoh begitu?!!!  Apakah semata-mata kau nak tengok pakcik tu menangis depan kau biar nampak 'real'?  - اَسْتَغْفِرُ اَللّهَ الْعَظِیْمَ.. I'm sorry to say that..

Morale of the story wahai wartawan, sediakan soalan relevan. Jangan ajukan soalan yang boleh menganggu emosi dan sensitiviti sekeliling.. Di manakah etika kewartawanan anda?


Regards,

23 Comments:

moga ahli keluarga mangsa semuanya diberi ketabahan. ameen

Alfatihah...bila tgk video masa terbakar dan dgr suara2 menjerit tu Allahhhhhh xdpt terbyg sakit... menangis non stop semlm

Liez pun dgr soalan tu... what the hell tanya soalan yg mmg sah2 perasaan waktu tu sedih teramat sgt... xfhm la dgn reporter ni...geram betul rs..

bukan senang kerja reporter. sorry on behalf of us working in journalism :)

al-fatihah untuk anak-anak syurga

Al-fatihah...sedih sangat mengenangkan anak2 kecil meninggal dlm suasana mcm tu...faktor keselamatan tidak dihiraukan..

Allahuakhbar, saya tak sekuat Liez.. Memang x akan buka video tu.. Takut terngiang2 dan terbayang2 sepanjang hayat..

Al-Fatihah..

Maaf Sal bukan menuding jari kepada semua tapi hanya terkilan dengan soalan itu.. Nampak wartawan yg itu tidak bersedia dgn soalan yg lebih bernas..

Al-Fatihah..

Ya nohas. sediah tak terkata.. Banyak ikhtibar yg boleh diambil dari kejadian ini.. Mana ada kekurangan perlu diperbaiki..

Al-fatihah buat mangsa..Semoga semua yg terlibat kuat & tabah menghadapi ujian ni...Amin

Betul apa yg ni3za nyatakan..
Aminnnn...

Masa PC duduk KL..kawasan itu kerap kami lalu lalang Kak LZ...jadi bila semalam keluar berita,,tergamam..terus terbayang-bayang.Sedihnya..kalau kita ni sedih aparah lagi keluarga mangsa...hormatilah emosi mereka...hargailah jasad anak-anak yang terkorban itu dengan sebaik-baiknya dan selayaknya..

Al-fatihah, semoga mereka ditempatkan di tempat orang orang beriman

Wartawan pun beragak lah nak tanya kan. adoi. apapun moga keluarga mangsa tabah dan sabar menghadapi kehilangan. Al fatihah

Sedih sangat kes ni 😭😭
Aah perasan jugak wartawan main terjah je soalan tak fikir perasaan keluarga mangsa..
Ada yang bertanya dgn tidak beradab pada mangsa yang terselamat

Alfatihah.
Buat pegajaran kepada kita semua.
Allah ambil anak2 syurga dan tinggalkan anak2 dadah.

Sis tak pernah lalu tempat ni tapi rasa sedih teramat sangat sebab terbayang anak2 tahfiz melambai2 tangan minta tolong..

Apatah lagi PC yg personally tahu lokasi pusat tahfiz ni kannn.. Betul PC, hormatlah mereka yang terlibat.. 😭

Aminnnn..
Semoga dimakhbulkan Norliza..

Itulah maksud saya HH..
Al-Fatihah..

Aminnnn..
Semoga ada hikmah disebaliknya..

Aminnnn..
Semoga roh mereka dirahmatiNya selalu..

Memang sedih Tn. NA..
Semoga roh mereka dicucuri rahmat..
Aminnn..

Post a Comment

Leave your friendly messages here ^_~
Feel free to visit my blog again..
Thank you very much!

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More