JANGANLAH BERSEDIH

JANGANLAH BERSEDIH | Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera kepada semua pembaca blog ini.. Untuk pengetahuan pembaca, sepanjang bulan September ini jadual saya penuh dan sangat sibuk dengan urusan kerja dan keluarga.. Ada hal penting yang melibatkan keluarga perlu diselesaikan.. Maka emosi bercampur-baur dengan kerisauan, kebimbangan, serabut, mentally exhausted dan bermacam-macam lagi perasaan tak best perlu ditempuhi.. Terasa tak berpijak di bumi yang nyata.. Tambahan pula masih terkesan dengan tragedi tragis yang menimpa Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiah, Datuk Keramat yang masih berlegar-legar di fikiran..


Dalam keadaan 'jiwa kacau' saya terdengar lagu Innallaha Ma'ana berkumandangan di radio selesai azan Asar ketika dalam perjalanan dari Muar ke Seremban tempoh hari.. Itulah kali pertama saya dengar lagu ini dan dari bait-bait lirik ianya terus menusuk kalbu dan sangat sesuai dengan keadaan saya ketika ini.. sungguh tenang hati apabila mendengarnya..

Medina - Innallaha Ma'ana
Jom hayati dan nilai sendiri mesej yang disampaikan dalam lagu ini :

 

Di saat kau merasa sendiri 
Dan kau merasa ada sesuatu yang hilang 
Kau merasa lelah dan merasa lemah
Cemas dan gelisah menghantuimu

Segera kau dekatkan diri pada Allah
Adukan semua masalahmu Kepada-Nya
Berdo'alah pada-Nya 
Jangan putus asa dengan Rahmat-Nya
Hanya Allah yang dapat menolongmu

Innallaha Ma'ana 
Janganlah kau takut
Berlindunglah kepada Allah Yang Kuasa
Innallaha Ma'ana 
Janganlah bersedih
Tersenyumlah dan sambut hari esok yang indah

(Ummi Pipik)
Segera kau dekatkan diri pada Allah
Adukan semua masalahmu Kepada-Nya
Berdo'alah pada-Nya 
Jangan putus asa dengan Rahmat-Nya
Hanya Allah yang dapat menolongmu

Innallaha Ma'ana 
Janganlah kau takut
Berlindunglah kepada Allah Yang Kuasa
Innallaha Ma'ana 
Janganlah bersedih
Tersenyumlah dan sambut hari esok yang indah

Innallaha Ma'ana 
Janganlah kau takut
Berlindunglah kepada Allah Yang Kuasa
Innallaha Ma'ana 
Janganlah bersedih
Tersenyumlah Dan sambut hari esok yang indah


Oleh itu, "janganlah bersedih.. Tersenyumlah dan sambut hari esok yang indah.." 
Setiap yang berlaku ada hikmah disebaliknya.. Percaya pada qada' dan qadar..
Doa saya semoga kita dipermudahkan segala urusan dan sentiasa berada di bawah lindunganNya.. Aminnn..

Itu sahaja.. 
Sekian, wasalam..


Regards,


19 Comments:

Belum pernah dengar lagu ni
tapi pakcik pernah beli dan baca sebuah buku 'Jangan Bersedih".
Lupa nama penulisnya.

Tak pernah dengar lagi lagu ni...

Ha'ah pakcik WP, buku tajuk La Tahzan, Janganlah bersedih.. Saya ada buku tu..

First time sis dengar terus suka Flavnesz.. Memang kena dengan situasi sis skrg...

Panjang umur...hari esok ada untuk kita lalui...biar berat...sesak jiwa dan minda...langkah digagah juga..

Aminnnn..
Begitulah yang diharapkan PC..
In shaa Allah..

Oh, baru dengar lagu ni. Lepas baca ni terus ke youtube untuk dengar lagu ni. Ya Allah, sungguh syahdu dan mendalam kalau dihayati dengan liriknya sekali.

Sangat best kannn Najah..
Berulang kali sis dengar, tenang rasa hati..

semoga Allah permudahkan urusan LZ ye..biasalah kita manusia ada masanya kita akan rasa down sangat. sy pernah melaluinya. Allah adalah sebaik-baik tempat mengadu

Belum pernah dengar lagi lagu ni.
La Tahzan LZ

Aminnnn..
Terima kasih Sal kerana memahami.. 💕

Thanks Mrs. A..
Kalau sudi Mrs. A boleh click link tajuk lagu dlm entri ini yg akan terus ke YouTube..

Memang betul... husnuzon dgn Allah, redho dgn apa yg berlaku. Tp ada kalanya rasa takut jugak LZ, sebab tak terkena pada batang hidung sendiri. Mampukah kita menghadapinya?

first time dngar lagu ni.. sesungguhnya Allah sntiasa ada dgn kita..

Ana tak pernah dgr lagi lagu ni. Nak cari lah. Lirik dia pun dah menusuk ke jiwa.

In shaa Allah Mak Nom, Allah duga hambaNya mengikut kemampuan diri masing-masing.. Allah tahu kekurangan & kekuatan kita..

Semoga kita dipermudahkan urusan & dijauhkan dari malapetaka yang tidak diingini.. Aminnnn

Best lagu ni Busyra.. Kena dengan jiwa dan raga sis.. 😊
In shaa Allah Busyra semoga kita sentiasa dilindungiNya..

Ana click tajuk lagu ni dalam post entri LZ, sis dah link terus ke YouTube..

Thanks Ana.. 💕

Post a Comment

Leave your friendly messages here ^_~
Feel free to visit my blog again..
Thank you very much!

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More