Lady In Red Planner

Beauty | Lifestyle | Fashion | Hobbies & everything that make me happy and inspire others..

CARA MUDAH MILIKI VIVO V7+ | 7+ TERBAHARU DI SENHENG / SENQ

CARA MUDAH MILIKI VIVO V7+ | V7+ TERBAHARU DI SENHENG / SENQ  | Jenama Vivo tidak perlu diperkenalkan lagi kerana jenama ini semakin berkembang ke seluruh negara dari masa ke masa dan memang tidak asing lagi kepada pengguna telefon pintar android ketika ini.. Memiliki telefon Vivo merupakan salah satu impian saya dan saya percaya begitu juga kepada mereka yang suka selfie. Vivo menjanjikan resolusi dan kualiti gambar terbaik dengan teknologi yang sentiasa dipertingkatkan. Berita baik dan menarik ingin saya kongsi kali ini ialah gadget terbaharu untuk kaki selfie dari Vivo iaitu Vivo V7+ sekarang boleh dimiliki dengan mudah di Senheng / senQ..

Ingin tahu bagaimana? Jadi teruskan membaca..


Vivo V7+ Terbaharu 

Vivo V7+ siri telefon pintar jenama Vivo baru saja dilancarkan di Malaysia hari ini, 26.09.2017. Terdapat  2 pilihan warna menarik iaitu Vivo V7+ (Matte Black) V10-V7 PLUS / BLACK dan Vivo V7+ (Champagne Gold) V10-V7 PLUS / GOLD. Harga yang ditawarkan adalah RM1,499.00. Jangan terkejut dengan harga ini kerana Senheng / senQ menawarkan cara mudah untuk memiliki telefon pintar ini.

Ingin tahu? Tunggu dulu, sebelum tu jom kita check kelebihan telefon pintar Vivo V7+ ini..

Vivo V7+ (Matte Black) V10-V7 PLUS / BLACK dan Vivo V7+ (Champagne Gold) V10-V7 PLUS / GOLD.
Apa ciri-ciri menarik Vivo V7+ ini? 

Spesifikasi V7+ :

  • Qualcomm octa-core CPU dan 4GB RAM memastikan lancar dan berkuasa.
  • ROM 64GB (ditambah hingga 256GB) membolehkan anda menyimpan semua foto, muzik dan video kegemaran
  • Funtouch OS 3.2 berdasarkan Android 7.1 Nougat.
Spesifikasi V7+
Keistimewaan Vivo V7+ 24MP Clearer Selfie dan Perfect Shot

Ada kamera depan belakang.. Vivo V7+ meneruskan tradisi Vivo merevolusi teknologi kamera telefon, dengan menawarkan cara baru untuk menghasilkan selfie yang sempurna. Kamera depan berkuasa 24MP, digabungkan dengan algoritma Face Beauty eksklusif Vivo menghasilkan gambar yang jelas dan wajah nampak semula jadi pada gambar dan panggilan video. Mod Potret membolehkan anda mengambil selfies dengan latar belakang kabur yang cantik. Kamera belakang 16MP, 64 MP ultra HP photo dengan PDAF technology.

Camera Vivo V7+
Ciri-ciri kamera telefon ini boleh menghasilkan gambar cantik dan jelas jadi tak perlu install apps sokongan untuk gigih mencantikkan gambar seperti kebanyakkan telefon pintar lain kerana Vivo V7+ lengkap semua ciri-ciri apps itu.

Hi-Fi Music
Bagi pendengar lagu dan peminat muzik, jangan risau kerana Hi-Fi Muzik lebih power dengan Vivo V7+ ni.. Memang memuaskan, selain itu ada juga ciri-ciri luar biasa atau "Extraordinary Features" dan banyak lagilah ciri-ciri best Vivo V7+.. Jadi, tak guna cerita panjang, mana nak dapatkan Vivo 7+ ni? Tentulah di Senheng / senQ..

Mengapa anda MESTI dapatkan Vivo V7+ di Senheng / senQ (UPSs)?

Senheng Vivo V7+Senheng Vivo V7+

Kelebihan jika anda membeli Vivo V7+ di Senheng / senQ ialah:

  • pembelian boleh dibuat secara tunai atau ansuran : Tempoh ansuran ditawarkan lebih dari 24 bulan sekiranya bayaran dibuat melalui bank-bank terpilih seperti Maybank, Maybank AMEX, Public Bank dan Hong Leong manakala Citibank (akan datang).
  • 1 tahun jaminan tambahan, khas untuk Ahli PlusOne : Keahlian PlusOne dengan bayaran hanya RM12.00 sahaja melayakkan anda mendapat 1 tahun jaminan tambahan Vivo di samping pembelian tempahan Vivo V7+.. Kepada pemegang keahlian PlusOne sedia ada, anda boleh terus log in ke senheng.com.my atau senq.com.my dan terus membuat tempahan bagi melayakkan anda menikmati jaminan tambahan terhadap pembelian anda.
  • Penghantaran percuma ke seluruh negara termasuk Sabah dan Sarawak. 
PERCUMA :
  • RM10.00 voucher Watson
  • Warranty lanjutan 
  • FIFA Backpack edisi terhad

Program Trade-In Senheng

Pelanggan boleh mendapatkan rebate dengan membuat pertukaran telefon lama jika ingin membeli Vivo V7+ caranya dengan mengunjungi outlet Senheng. Keterangan lanjut mengenai program Trade-in ini boleh klik [SINI].

Jadi tak perlu tunggu lagi atau buang masa tercari-cari Vivo V7+ di pasaran. Tawaran pembelian dari Senheng / senQ amat menjimatkan dan berbaloi-baloi. Saya kira tidak boleh dinafikan lagi bahawa Vivo V7+ adalah antara model telefon pintar terbaru yang boleh dipertimbangkan oleh kaki selfie dan blogger seperti kita..

Tawaran harga menarik ini boleh dimiliki di sini -> Senheng Vivo V7+. Promosi bermula dari 26.09.2017 hingga 15.10.2017.
Jangan lepaskan peluang!!!

Okay, itu sahaja..
Sehingga kita bertemu lagi di lain entri..
Sekian, wasalam..


Regards,

Comments

Post a Comment

  1. Kalau mengidam nak pakai phone canggih camni, ada caranya kan... buat ansuran pun boleh... geram tengok phone ni...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya pun lama dah mengidam Vivo ni Tn. NA..
      In shaa Allah ada rezeki tak ke mana.. 😊

      Delete
  2. salam ziarah..

    Vivo ni gambar dia mmg cantik..tgk anak sedara guna hp ni..gambar takyah edit dah... klu selfie, mmg plolessss gitewww.. ekekekek

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih sudi singgah di blog ini JJ 💕..

      Betul semalam berpeluang test smartphone Vivo V7+ kat booth Vivo.. Memang best bagai dikata.. Terbaik 👍

      Delete
  3. vivo mcm best je kalau nak beli. berbaloi jugak ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang best dan berbaloi IQ..
      Harga dan kualiti terbaik..
      Qualcomm octa core processor laju.. Best boleh termimpi2 dibuatnya 😁

      Delete
  4. mcm best jer .. kamera depan mantap 24MP T_T

    ReplyDelete
    Replies
    1. Camera deapan belakang mantap Mrs Pip, gambar jelas dan sharp.. 😍

      Delete
  5. Bilalah nak beli ni LZ dah V7 dah pun ha! duklah verangan dari V5 dulu muahahhahaaaaa...
    Takpe dapat bonus ya...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mengidam sangat Mrs A..
      Doakan kita sama2 ada rezeki yer 😊

      Delete
  6. Ana dulu suka juga beli dgn sen heng. Mudah dan mesra pelanggan. Memandangkan hp ni br pakai x sampai setahun kena tggu lah br beli yg baru :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terbaik Ana 💕..
      Senheng sentiasa memberi kemudahan kepada pelanggan 👍

      Delete
  7. Ingat Vivo....ingat Tok Ti.... hihi...penting jugak artis rupanya utk promosikan barang baru kan LZ

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ingat Vivo 5... Ingat Tok Ti..
      Ingat Vivo 7+.. Ingat Janna Nick..

      Marketing strategy Mak Nom.. Orang mudah ingat, hehehe 😁

      Delete
  8. cantiknye handphone nie kak..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul E'in..
      Cantik sampai akak teringin dibuatnya, hihihi 😁

      Delete
  9. canggih vivo ni.. dah dua kali ambil handphone di senheng
    JanjiKita

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul Mar..
      Saya mengidam sungguh dengan Vivo V7+ ni Mar.. hihihi 😁

      Delete

Leave your friendly messages here ^_~
Feel free to visit my blog again..
Thank you very much!

Form for Contact Page (Do not remove it)

Name

Email *

Message *

Lady In Red Planner

Latest on Instagram

Latest on Pinterest