Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera kepada semua pembaca blog ini.. Lately, banyak sekolah menganjurkan hari sukan sekolah minggu ini..  Entry kali ini bercerita tentang sambutan sukan sekolah anak bujangku yang diadakan pada hari Ahad, 28 April 2019 lalu.. Sudah hampir 2 hari berlalu, sebelum cerita ini basi saya abdikan di sini sebagai kenangan..

Pada hari Ahad lalu, seawal 7.00 pagi saya sudah keluar rumah menuju ke Matrix Global School, Bandar Sri Sendayan untuk memberi sokongan sempena Hari Sukan Sekolah anakku. Jarang sekali pagi Ahad saya keluar rumah seawal waktu itu, huhuhu bertabahlah!..

Matrix Global School, Bandar Sri Sendayan
Tiba di sana guru-guru bertugas, ibu bapa dan pelajar sudah sedia di padang dengan semangat kesukanan.. Tema dan pakaian sudah tentu warna kuning, biru, merah dan hijau.. 

Padang sekolah Matrix Global School
Sambutan sukan sekolah kali ini agak menggalakkan apabila kehadiran pelajar dan ibubapa diwajibkan untuk mencapai target KPI sekolah.. 

Perasmian oleh YB Tuan Cha Kee Chin, Ahli Parlimen Rasah
Majlis dimulakan dengan doa dan ucapan daripada Guru Besar sekolah disusuli ucapan dan perasmian daripada Ahli Parlimen Rasah, YB Tuan Cha Kee Chin. YB dikehendaki memanah belon sebagai simbolik perasmian majlis.. 

Perbarisan rumah pasukan kuning dan merah
Seterusnya perbarisan terdiri dari semua pelajar dari setiap rumah kuning, merah, hijau dan biru.. Perbarisan dimulakan dengan pasukan rumah kuning.


Pasukan rumah kuning - Hang Lekiu
Persembahan dari rumah kuning
Untuk pengetahuan, anak saya tak ambil bahagian dalam mana-mana acara tetapi hanya menyertai perbarisan rumah kuning..

Perbarisan pasukan rumah merah - Hang Tuah
Setiap rumah pasukan perlu bersedia dengan kostum menarik kerana penilaian akan diambil dalam pertandingan perbarisan.. Ketika ini semua team berusaha menjadi rumah pasukan terbaik..


Ketua pasukan rumah hijau - Hang Lekir
Perbarisan dari rumah hijau, Hang Lekir
Seterusnya diikuti oleh pasukan rumah biru..


Perbarisan rumah biru - Hang Jebat
Persembahan dari Hang Jebat
Tak lupa juga persembahan dan perbarisan dari pelajar pra-sekolah Warisan berbaju oren bertopeng burung hantu.. So cute, kecil dan comel mereka..


Prasekolah Warisan
Pada tahun 2018 lalu, pasukan rumah kuning, Hang Lekiu berjaya dalam acara perbarisan, tahun ini pasukan rumah manakah yang berjaya memenangi acara perbarisan ini?


Pemenang acara perbarisan 
Ini jawapannya : Tempat pertama acara perbarisan dimenangi oleh Hang Jebat (biru), kedua Hang Lekiu (kuning) dan ketiga Hang Tuah (merah).. yeayyyy ceria muka masing-masing apabila rumah pasukan mereka berjaya mendapat tempat dalam acara perbarisan.


Bacaan ikrar, nyanyian lagu Negaraku & lagu sekolah
Setelah semua rumah pasukan berkumpul, bacaan ikrar, nyanyian lagu Negaraku dan lagu sekolah berkumandang.. Setelah itu bermulalah acara olahraga dari pelajar yang mengambil bahagian mewakili setiap pasukan rumah masing-masing..

Berikut beberapa gambar sekitar pertandingan olahraga yang telah berlangsung.. 


Acara 100 meter larian perempuan
Acara 100 meter larian lelaki
Sambutan dari ibubapa memberi sokongan kepada anak masing-masing
Rumah pasukan mana berjaya mendapat tempat pertama? Jika acara perbarisan dimenangi oleh rumah pasukan biru, begitu juga dengan acara olahraga keseluruhan, Hang Jebat berjaya mendapat tempat pertama! Tak sia-sia Hang Jebat melawan Hang Tuah, Hang Lekir dan Hang Lekiu..


Pasukan rumah biru memenangi acara olahraga keseluruhan
Begitulah sekitar kemeriahan sambutan sukan sekolah anakku tempoh hari.. Teringat zaman saya sekolah rendah dan menengah.. Saya aktif sertai acara olahraga dan marathon.. Tetapi itu cerita dulu, cerita sekarang memang tak larat sebab langsung takde stamina.. Naik tangga tingkat 3 pun semput, camne tu? hehehehe

Okay, masihkah anda ingat tentang sukan sekolah yang pernah anda sertai? Anda pasukan rumah apa? Seingat saya, rumah pasukan saya semasa sekolah rendah ialah kuning manakala di sekolah menengah rumah hijau atau Zamrud. Pembaca yang ada anak sekolah, apa rumah pasukan anak anda? Perkongsian anda sangat dialu-alukan.. Sila kongsi di ruangan komen di bawah..



Thank you for reading..
Sehingga kita bertemu lagi di lain entry..
Sekian, wasalam..


Regards,


Loading...