DRESSING TABLE INSPIRATION KONSEP MODERN MINIMALIST | Lama tak bersiaran semenjak barang-barang dari rumah lama selamat 'mendarat' di rumah baru.. Kunci rumah lama juga selamat kembali ke tangan tuan rumah.. Buat masa ini masih sibuk mengemas, sorting barang-barang yang perlu dibuang dan hantar ke recycle center jadi masih belum ada masa santai yang berkualiti seperti sebelum ini..
Dressing table inspiration |
Sejak minggu lalu juga saya banyak menghabiskan masa membelek-belek contoh hiasan meja solek di Pinterest dan Instagram semata-mata untuk mendapatkan ilham dekorasi yang memenuhi konsep modern minimalist. During this process, I kept coming across interior designer untuk ruang-ruang lain juga seperti ruang tamu, dapur, home office dan mini library. Barang-barang pilihan hati sudah tentu dari Ikea disebabkan harga mampu milik dan paling utama mudah cari perabot warna putih bertepatan dengan konsep hiasan dalaman rumah saya.
Dressing table inspiration |
Hari ini saya ingin berkongsi inspirasi menghias meja solek konsep modern minimalist yang menjadi pilihan saya.. Sementara bilik masih kosong maka inilah masa yang sesuai untuk mengilhamkan susunatur yang diinginkan barulah kena dengan tagline Home Sweet Home, gituuu..
(1) Ikea MALM Dressing Table
Ikea MALM dressing table |
Perabot Ikea yang diperlukan ialah sebuah meja MALM dan cermin NISSEDAL. Sangat simple tetapi kekurangan pada meja MALM ni tak berapa luas. Kelebihan meja ini pula drawer yang panjang.
Ikea MALM white dressing table |
Ikea NISSEDAL mirror |
(2) Ikea Vittsjo table
Ikea Vittsjo table |
Ini sebenarnya meja laptop tapi boleh juga digayakan sebagai dressing table. Sekali lagi saya katakan ianya simple dan menarik tetapi agak sempit.
Ikea Vittsjo laptop table |
Meja ini boleh dipadankan dengan cermin Ikea jenis Stockholm..
Ikea Stockholm mirror |
(3) Ikea MICKE table
Ikea Micke dressing table |
Pilihan seterusnya meja jenis MICKE.. Koleksi meja MICKE ada 2 jenis iaitu study desk dan large table. Pilihan saya meja MICKE saiz besar yang dilengkapi 2 drawers. Drawers tersebut luas dan tersorok kemas sesuai untuk menyimpan alat-alat solek.
Ikea MICKE table |
Boleh juga digayakan dengan cermin Sockholm seperti pilihan nombor 3.
(4) Ikea ALEX Drawers
Ikea Alex drawers |
Ikea Alex drawers |
Ikea LINNMON table top |
Bagi menambahkan seri boleh tambah lampu Ikea jenis MUSIK di kiri dan kanan cermin.
Ikea MUSIK wall lamps |
Begitulah besar angan-angan saya untuk memenuhi impian dressing table mengikut citarasa sendiri.. Kita tengok nanti apa pilihan saya dan bagaimana hasilnya nanti selepas sesi susunatur selesai.
Sekiranya ada antara pembaca yang ingin membantu saya memilih mana satu dressing table inspiration patut saya pilih, sila nyatakan pendapat anda di ruangan komen.. Cadangan dan pendapat pembaca sangat saya alu-alukan dan amat dihargai..
Lastly, terima kasih juga diucapkan atas komen yang ditinggalkan dari pembaca sekalian.. Untuk pengetahuan buat masa ini saya mungkin akan lambat menjawab setiap satu komen dari posting sebelum ini disebabkan kekangan masa.. In shaa Allah saya akan jawab juga komen anda satu persatu..
Sehingga kita bertemu lagi di lain entry..
Sekian, wasalam..
Lastly, terima kasih juga diucapkan atas komen yang ditinggalkan dari pembaca sekalian.. Untuk pengetahuan buat masa ini saya mungkin akan lambat menjawab setiap satu komen dari posting sebelum ini disebabkan kekangan masa.. In shaa Allah saya akan jawab juga komen anda satu persatu..
Sehingga kita bertemu lagi di lain entry..
Sekian, wasalam..
Regards,
Loading...
10 Comments:
antara keempat2 ni.. ekin suka yang ke-2 dan ke-3.. hihihih.. ada gaya keperempuanan sikit + vintage style gituhh
Rabia suka yg no 2 tu. Nmpk kemas je
Wah menarik citarasa Ekin, feminine + vintage style kann..
Betul Rabia, pilihan no. 2 sangat simple tapi kalau sis semua barang letak atas meja mesti berselerak..
desain yg clean and white keren kerenn
Aku pilih yg Ikea Micke dressing table. it looks beautiful
Suka meja Micke dengan mirror Stockholm. Simple, nampak feminin.
semuanya cntik2. busyra suka sngt warna putih..
Design dan susun atur yang cantik, simple and nice..
semua cantik dan simple..bestnya menghias rumah baru..
Post a Comment
Leave your friendly messages here ^_~
Feel free to visit my blog again..
Thank you very much!