REPAIR PHONE DI GILA GADGETS SENAWANG MURAH & TERBAIK! | Assalamualaikum & Selamat Sejahtera kepada semua pembaca blog ini.. Alhamdulillah, cuaca pagi ini sejuk selepas hujan turun dengan lebat di Seremban malam tadi.. Tambahan pula hari ni saya cuti, jadi masa yang ada saya luangkan untuk blogging..

Al-kisah, bateri iPhone 6 saya menggelembung bulan lepas tapi alhamdulillah dah berjaya diatasi bila saya hantar repair di satu kedai ni nama Gila Gadgets.. Syukur dipermudahkan urusan apabila saya search "kedai repair iPhone Negeri Sembilan" terus keluar kedai ni..

Gila Gadgets Senawang

Sebenarnya, saya tak perasan bateri iPhone saya begitu sebab duduk lama dalam casing.. Bila saya tengok casing phone senget semacam, so saya keluarkan dari casing..

My iPhone 6 gemuk dalam casing
Bila  check, sah bateri gemuk.. Inilah rupa phone gemuk terlebih charge, ngeri nampak isi perut.. Cuak sungguh masa tu..

Bateri menggelembung

Saya realized pukul 9.00 malam terus off phone, tak nyenyak tidur malam tu bimbang phone akan bertambah gemuk dalam satu malam dan meletup! Haaaaaa takut..

Terus off takut meletup

Tak sabar betul tunggu hari siang semata-mata nak cepat pi repair phone.. Bukan apa, saya risau phone tu tak dapat digunakan lagi, malas nak keluar modal beli phone lain.. Lagi pun, perasaan takde telefon sehari macam setahun lamanya.

Saya pula bukan jenis gadget-savvy dari iPhone 6 ke iPhone 11 memang tak pernah fikir langsung.. Bila berlaku kes begini terus berperang dengan emosi.. Samalah juga masa bermasalah dengan Adsense tempoh hari.. Perasaan tak tentu arah.. Siapa sejenis macam ni memang kita gang..

Related post : Cara atasi iklan Adsense tak muncul di blog

Selepas search di Google saya jumpa kedai repair iPhone murah iaitu Gila Gadgets di Senawang terus terjah tanpa berlengah lagi..



Resit Gila Gadgets Senawang

Akhirnya iPhone 6 saya berjaya dibaiki dalam tempoh 15 minit. Hanya minor problem just tukar bateri.. Harga pun berpatutan hanya RM130.00 untuk bateri baru dan upah baiki.. Happy sangat sebab masalah ini berjaya diatasi..

Sebelum beredar, adik yang pakar dalam service iPhone tu siap pesan : "Akak charge kalau bateri phone bawah 15%, charge sampai 100% jangan guna dalam tempoh tu.."

Huhuhu baiklah dik memang akak ni ada perangai suka guna phone masa phone tu sedang charge. Bila bateri belum 100% terus guna pastu charge semula.. No wonder bateri gemuk tiba-tiba.. Lepas ni akak ikut pesan adik supaya tak berulang lagi..

Begitulah pengalaman pertama saya berdepan dengan phone bateri gemuk.. Sesiapa ada masalah yang sama boleh try ke Gila Gadgets kerana service pantas dengan harga yang berpatutan. Kalau tak silap saya ada cawangan lain di sekitar Kuala Lumpur..

Setakat ini sahaja, thank you for reading..
Sehingga kita bertemu lagi di lain entry..
Sekian, wasalam..
Byeeeee...

Regards,


Loading...