POPCORN CARAMEL : EXPECTATION vs REALITY | Kisah ini berlaku sebelum bulan Ramadhan. Rasa nak buat stock popcorn untuk makan-makan masa tengok movie. Al-maklum sepanjang PKP ni suka layan movie sampai berjam-jam. Malangnya apa yang dirancang tak jadi, maka jadilah popcorn yang layak dimasukkan dalam Facebook Masak Apa Tak Jadi Hari Ini.

Popcorn caramel

Sebenarnya hati mula meronta-ronta teringin makan popcorn caramel macam kat cinema. Dah lama tak keluar ke shopping mall, mulalah tekak ni mengada-ngada nak makan macam-macam. Terbayang rasa caramel yang pekat macam gambar kat atas, ada bau hangit sikit dan rasa chocolate caramel sikit, ampun terus telan ailio.

Maka layanlah juga anak tekak mengada ni so tanpa berlengah, ku suruh husband pergi beli bertih jagung dan butter masa dia belanja dapur tempoh hari. Barang-barang popcorn dan ready tinggal semangat merealisasikan project buat popcorn caramel. Mood belum mari.


Selang beberapa hari, terus masuk dapur. Masa ni hati bersemangat nak buat popcorn caramel, siap rujuk resepi dan tengok YouTube. Hadam semua proses  step by step. Dalam hati, oh begitu, senang jer.. Tengoklah senang ke tidak yaaa... hehehe

Mula-mula masukkan butter tunggu butter cair kemudian masukkan segenggam bertih jagung.

Masukkan bertih jagung dan butter

Saya guna periuk bertutup kaca senang pantau kejadian popcorn itu nanti. Bila bertih jagung tu meletup-letup rasa best.

Bertih jagung dah kembang gebu-gebas

Seterusnya tunggulah sampai bertih tu tak meletup lagi dan semua pecah jadi popcorn. Masa ni hati berkembang sama macam popcorn kembang seperiuk, bangga kejap. Gebu kembang punya pasal sampai terbuka tutup periuk.

Popcorn yang sudah masak

Kemudian, tuang semua popcorn dalam periuk tadi ke dalam tray supaya tak melekat. Tabur secubit garam semasa popcorn masih panas.

Tibalah masa buat caramel. Sediakan kuali bersih atas dapur, buka api. Kemudian masukkan secawan gula pasir, sedikit butter dan secawan air. Masak dan kacau atas dapur dengan api perlahan hingga air kering.

Masalahnya kenapa bila air kering campuran tu semua bertukar jadi gula pasir semula? Itu yang saya tak faham dan spoil di situ. Saya pernah buat kek sarang semut, elok kejadian caramel masa tu padahal guna cara yang sama.

Campuran gula pasir, air dan butter

Bila jadi gula pasir semula, saya pun tambah sedikit air dan kacau lagi. Masih ke bentuk asal. Mulalah rasa fed-up dan buang masa asyik mengacau gula ni tapi tak tahu sampai bila mahu perang.

Popcorn versi reality

Bila agak-agak gula tu pekat, saya pun tuang semua campuran gula tadi ke atas popcorn. Inilah hasil kejadian. Popcorn tadi yang gebu-gebas terus mengecut dek curahan air gula panas. Manis jangan kata, for me boleh potong kaki I tell you!

Bila tak jadi, saya tunggu popcorn tu sejuk. Ingat nak buang dalam tong sampah sebab malas tengok benda tak jadi sebab rasa hampa sungguh, tapi Arief kata dia nak makan so just letak dalam balang. Setakat ni terusik sikit-sikit popcorn tu. Dia pun tak makan sangat. Jadi tunggulah masa yang sesuai bila kemas dapur nanti ke tong sampah juga akhirnya.

Maka dengan ini sekian sahaja cerita Popcorn Caramel : Expectation vs Reality yang menghampakan. Kalau pembaca ada tips macam mana nak buat caramel yang cantik, jangan lupa share di ruangan komen. Mungkin cara saya ada yang silap.

Sekian, thanks for reading.
Selamat berbuka puasa!


Regards,


Loading...