Salam Aidilfitri 2020 / 1441H

SALAM AIDILFITRI 2020 / 1441H | Alhamdulillah kita sudah berjaya melaksanakan puasa bulan Ramadhan dan kini sudah masuk hari ke-3 umat Islam di Malaysia menyambut Hari Raya Aidilfitri. Walaupun tahun ini sambutan Hari Raya tak sama seperti tahun-tahun sebelum, namun kemeriahan tetap dirasai dengan cara kita sendiri. Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua pembaca blog ini.

Selamat Hari Raya Aidilfitri #staysafe #stayhome

Banyak pengalaman baru saya tempuhi untuk buat persiapan Hari Raya, contoh persediaan juadah Hari Raya untuk keluarga kecil saya. Selalu dah siap tersusun atas meja. Macam-macam makanan ada. Mak bangun awal pagi, siap masak. Kita bangun rasa dah awal, terhegeh-hegeh ke dapur. Tengok semua dah siap, tinggal tolong susun pinggan dan sedia nak makan. Masa tu tak rasa apa, paling kurang pun berkata : "Ehhh mak dah siap masak?"

Tahun ni takde semua itu.. Baru rasa berharga moment itu. Tahun ni semua buat sendiri, padan muka! Walau pun hanya 3 orang tapi kami nak rasa juga kemeriahan Hari Raya. Segala persiapan kami buat sama-sama untuk hilangkan perasaan rindu kepada orang tersayang di Muar, Johor.

Sebelum Hari Raya pertama saya siap-siap tempah lemang dan rendang dengan officemate.

Lemang 

Seawal pagi saya rebus nasi impit segera 6 ketul. 


Nasi impit segera

Tetiba rasa teringin sangat rendang versi airtangan sendiri, kalau tak cuba sampai bila tak reti masak rendang kann? Jadi saya pun cuba masak rendang ikut resepi YouTube. Walaupun tak perfect tapi rasa rendang tu ada. Sedaplah jugak dimakan dengan nasi impit dan lemang. Next time kena adjust sikit mana tak kena tu, hehehe. Practice makes perfect right  >_~  *wink.. wink.. wink*


Rendang airtangan sendiri

Bukan setakat rendang jer, pagi raya mak saya akan masak sup tulang.. Persiapan menu sup tulang memang ready. Inilah pertama kali seumur hidup saya, yang dah hidup 40 tahun lebih cuba masak sup tulang. Selama ni sekadar tolong mak masak. Resepi dan step pun ingat-ingat lupa. Sekarang ambik kau, teringin makan buatlah sendiri. Surprisingly berjaya, alhamdulillah! Rasa pun sama, tak sangka sebenarnya skill memasak itu ada tapi malas semua harap mak masak, huhuhu


Sup tulang

Dijadikan cerita, saya beli lemang 3 batang dan rasa banyak jadi saya pun bercadang untuk beri 1 batang kepada jiran lama kami. Kebetulan diaorang pun keluarga kecil yang tinggal merantau. So husband pun hantar sebatang lemang dan beberapa potong kek yang saya beli sebagai buah tangan. 

Kata orang rezeki, mereka balas dengan rendang ayam dan daging on top of that diaorang sedang bergotong-royong dengan jiran lain bakar lemang, dapatlah sebatang lemang lagi sebagai pertukaran, alhamdulillah.


Rendang daging pemberian jiran lama
Rendang ayam pemberian jiran lama

Petang sebelum hari raya saya beli 6 buku kek lapis Sarawak. Kek lapis Sarawak juga merupakan salah satu juadah must have di pagi raya. Jadi kenalah beli untuk feeling raya kat kampung kannn.. Potong siap-siap letak dalam bekas Pyrex untuk hiasan atas meja di ruang tamu walaupun setakat untuk makan sendiri.


Kek lapis Sarawak

Untuk pengetahuan, tahun ni takde beli biskut raya langsung. Ada sebekas pemberian bos lama, okaylah tu buat syarat.

Selesai masak semua lebih kurang pukul 10.00 pagi, saya terus bersiap untuk sesi video call dengan parents, ipar-duai dan adik-beradik yang lain. Walaupun jauh tapi suasana raya masih dirasai. Selepas video call, sesi bergambar keluarga sebagai kenangan dan masa untuk makan! 

Oh lupa, serunding pemberian orang outstation dari Kelantan.


Pinggan juadah raya

Pada sebelah malam, layan anak bujang sorang ni main bunga api. Bunga api ni pun jumpa dalam stor, beli masa umur dia 10 tahun. Mujur masih elok.. Bolehlah layan perasaan dia, hehehehe


Main bunga api

Sambil tu, masa luang saya isi dengan berbalas ucapan dengan saudara-mara dan sahabat-handai melalui social media. Seronok melihat mereka berbaju raya sedondon dan menyambut Hari Raya cara mereka sendiri.

Rindu? Bohonglah kalau takde rasa rindu.. Semua tu terpaksa pendam dan cuba jalani cara hidup baru. So tak mahu sedih-sedih, kepada mereka yang masih ada ibubapa, adik-beradik dan saudara-mara terus berhubung melalui teknologi yang ada. Kepada mereka yang telah kehilangan orang-orang tersayang teruskan berdoa. Itu saja yang mampu kita kirimkan kepada mereka setiap hari. Semoga roh mereka dicucuri rahmat dan diletakkan bersama para solihin.

Okay, thank you for reading. Jangan lupa kongsi cerita anda. Mana yang ada blog link entri Hari Raya, just drop your link in the comment section below. Nanti saya kunjung balas.

Akhir kata, saya ingin mengucapkan :

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI, MAAF ZAHIR & BATIN.

Sehingga kita bertemu lagi di lain entry..
Sekian, wasalam..

#ceritarayacovid19


Regards,


Loading...

21 Comments:

wah sedapnya makanan semua. selamat hari raya sis :)

Selamat hari raya buat LZ sekeluarga 🌹

Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir Batin kak LZ sekeluarga.

Salam raya PKB
Maaf zahir dan batin

selamat hari raya LZ. maaf zahir batin

selamat hari raya..menu rendang kebanyakkan ramai update

Alhamdulillah dengan segala nikmat dariNya 😊
Selamat Hari Raya Tiara Spphire.

Terima kasih Puan Hazel 😊
Selamat Hari Raya Aidilfitri juga saya ucapkan kepada Puan Hazel sekeluarga.

Terima kasih PC 😊
Akak juga ucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada PC sekeluarga.

Selamat Hari Raya Aidilfitri PKPB juga kepada pakcik 😊
Maaf Zahir & Batin.

Terima kasih DP 😊
Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada DP sekeluarga.
Maaf Zahir & Batin..

Terima kasih mama Tisya 😊
Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada Mama Tisya sekeluarga.
Rendang simbolik Hari Raya, kalau takde juadah rasa tak lengkap, hehehe

Selamat Hari Raya LZ... untuk pertama kalinya juga tahun ini saya buat 'lemang'... tak beli dah macam tahun2 sebelumnya sebab agak was-was membeli makanan yang dah siap masak di luar sana.

SELAMAT HARI RAYA, menarik entry ini btw done follow, follow me back thanks http://acuyuhan.blogspot.com/

selamat hari raya lenny dan keluarga.

selamat hari raya Aidilfiri :)

ugh .. sedapnya lemang dengan rendang tu ... adududududdudud... Selamat Hari Raya sis. Nasib baik xhbs syawal lagi. sempat wish. heh..

Selamat hari raya aidilfitri lz..
Sedap lemang dan rendang..

Selamat Hari Raya Maaf zahir batin kak.

Eh lodeh ngan sambal kacang mana? Kata org Muo hihi....Mak LZ kuat lagi yeh.... Kita dah lama tak rasa masakan mak, tak kiralah mak sendiri or mak mertua... memasing dah tak larat sejak start kita start kawen...
Tengok sup tu teringat kalau kat kg selalu teringin nak masak sup tapi jarang tercapai hajat sebab makanan banyak, takut tak habis kalau buat pagi Raya

dek kerana raya dah lama lps jd sy nk ucapkan selamat hari raya aidil adha boleh? hehehe

Post a Comment

Leave your friendly messages here ^_~
Feel free to visit my blog again..
Thank you very much!

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More