I'm back! Itu perkataan pertama untuk blog post ini..
Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera kepada semua pembaca blog ini. Hari ini masuk hari ke-4 dalam bulan Disember 2020. Cepat sungguh masa berlalu, tak sampai sebulan akan tiba tahun baru 2021.
Sepanjang November 2020 langsung takde post dalam blog ini.. Ini first time saya tak sempat create sebarang post dalam tempoh sebulan. Untuk pengetahuan pembaca, saya sangat sibuk dengan kerja hakiki and on top of that kesihatan juga tak mengizinkan dalam bulan tersebut.
I'm back! |
Awal November saya diserang sakit gigi, ianya berpunca dari masalah gigi yang pernah saya cerita di post ini. Bila sakit gigi menyerang sesuatu tak boleh kita tangguh. Seminggu sahaja saya mampu bertahan, lepas tu mengelupur tak tahan sakit. Menurut doctor yang merawat saya sebelum ini, saya perlu rujuk ke Hospital Besar Tuanku Jaafar untuk rawatan susulan iaitu wisdom tooth extraction untuk gigi bermasalah tersebut.
Related post : Gigi bongsu bermasalah.
Saya tangguh kerana ketika itu dan sehingga kini kes Covid-19 di Seremban naik mendadak, jadi saya tak mahu ambil risiko. Bila tak tahan sakit, saya terpaksa tanya pakcik Google, di mana klinik swasta berdekatan yang ambil kes cabut gigi bongsu. Alhamdulillah dipermudahkan, Klinik Pergigian Uptown Semarak di Seremban 2 boleh ambil kes saya. Pada 6 November saya buat appointment di klinik pergigian berkenaan.
First appointment |
Selesai rawatan saya mendapat 5 jahitan di gusi. Dipendekkan cerita, seminggu menderita sebab gusi bengkak dan sakit tapi sekurang-kurangnya tiada masalah berulang pada masa hadapan.
Second appointment |
Selang 10 hari, pada 16 November 2020 saya hadir ke klinik pergigian berkenaan untuk appointment tanggal benang. All went smooth, alhamdulillah. Maka selesai satu masalah..
Kini saya hadapi dugaan seterusnya..
Pada akhir November pula iaitu pada 27 November 2020 lalu saya didapati antara salah seorang contact rapat pesakit positif Covid-19. Setelah mendapat berita tersebut, saya segera buat appointment di klinik swasta untuk swab test. Appointment saya pada 28 November 2020, pukul 10.00 pagi. Swab test dijalankan dari dalam kereta sahaja.
Swab test |
Sejurus swab test di klinik swasta, saya ke klinik kesihatan untuk dapatkan surat pengesahan swab and officially memakai gelang pink.
Corona virus quarantine |
Memandangkan swab test saya pada hari Sabtu, jadi keputusan saya terima pada hari Isnin, 30 November 2020. Saya dimaklumkan oleh pihak klinik bahawa keputusan swab saya negative. Walaupun begitu, saya diarahkan oleh pihak Kementerian Kesihatan Malaysia supaya menjalani quarantine hingga 7 Disember 2020.
Swab test result |
Walau macam mana sekali kita extra careful, jika sesuatu perkara tersebut ditakdirkan berlaku ianya tetap akan berlaku dengan izin-Nya. Sebagai ikhtiar, jangan ambil ringan SOP dan jauhi kawasan crowded. Once detected, menyesal tak berguna.
Next step, dapat mesej dari MKN untuk procedure selanjutnya:
Reminder from MKN |
Selepas 7 Disember 2020, saya akan ke klinik kesihatan berhampiran untuk swab test sekali lagi dan mungkin sample ambil darah akan diambil sebelum tanggal gelang pink..
Next step to be taken |
Frankly speaking, sepanjang tempoh quarantine ini perasaan bercampur-baur dan mudah beremosi. Risau sepanjang masa.. By the way, polis ada datang ke rumah memantau keberadaan saya di rumah. Setakat ini masih lagi belum mendapat khabar berita dari KKM untuk next action to be taken.
Apa pun doakan semoga urusan saya dipermudahkan dan kita dijauhkan dari segala malapetaka yang tidak diingini.
Setakat ini sahaja perkongsian saya.
Thank you for reading.
Sekian, wasalam..
Byeeee..
Regards,
Loading...
28 Comments:
semoga dipermudahkan segala urusan sis :)
Getirnya november awak sis. Semoga Disember lebih baik 🤗
Kena kuarantin seorang rupanya. Harap keputusan negatif juga untuk kali ke-2.
Jaga diri.
Semoga urusan sis dipermudahkan hendaknya. Patut lama tak tengok entri baru muncul. Take care dear. 😊
ohh kena kuarantin.. harap LZ bertabah dan sabar. harap test ke 2 negatif dan sakit gigi baik seperti biasa. aminn
take care kak
oh ni, please take care and get well soon tau :)
Aaminn, terima kasih TS :)
Same goes to you.
Aaminn, terima kasih atas doa Syaz.
Sis juga doakan agar Syaz dipermudahkan urusan..
Aaminn, harap begitulah NA.
Terima kasih NA.
Aaminn, thank you Fiza.
Semoga urusan Fiza juga dipermudahkan.
Aaminn..
Ya Nina.. Terasing di dunia sendiri..
Alhamdulillah sakit gigi takde lagi.
Now tunggu habis tempoh quarantine dan arahan KKM sebelum bebas.
Thank you so much Nina!
Terima kasih Rabiah.
Rabiah pun sama, jaga diri juga.
Yes, will do..
Thank you so much Atie..
inysaAllah everything will be ok :)
Dugaan ni memang kekadang datang macam domino.
InsyaAllah akan kembali ke normal.
Take care.
Allahu..besar dugaan akak di bulan November ni. Semoga akak terus kuat. Saya pernah operate cabut gigi juga. tapi jahitan tu katanya akan reput sendiri. takde pulak kena pergi semula buang jahitan.
apapun, stay safe kak.
alhamdulillah negatif...moga cepat la pendemik ni reda...
Be strong LZ. Didoakan agar semuanya baik belaka utk u serta dipermudahkan segala urusan. Aamiin
Allah uji kerana kasih sayangNYA LZ.
Sabar dan redhalah kita.
Pasti ada hikmah disebalik sesuatu kejadian itu.
insyallah akak tak akan ada yang serious mudah2an..
you will be just fine. take care ya..
harap lepas ni LZ dpt balik mood back to normal life.. in shaa allah
Semoga dipermudahkan segala urusan
Semoga dipermudahkan urusan sis.. xpe.. lepas free nanti update ceta lg k
wak doakan mugo dipermudahkan segala urusan.. aminn
skrg dh nk masuk tahun bharu.. 😅😅😅
Allah.. skait gigi dan gusi tu memang tak boleh bawa bincang..
Semoga segala urusan sis dipermudahkan.. aamiin..
harapnya ketika ini semuanya dah kembali pulih spt sedia kala. tp sypula, skrg tgh buat self quarantine... ;-(
sy aritu kena swab nangis owhhh. x tahan 😂😂😂
Post a Comment
Leave your friendly messages here ^_~
Feel free to visit my blog again..
Thank you very much!