Dos Pertama Vaksin Selesai

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera kepada semua pembaca blog ini.. Baca tajuk tentu cerita tentang vaksin Covid-19 or Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan. Of course! Ramai orang mesti ternanti-nanti dengan rasa gelisah bila applikasi MySejahtera masih belum menunjukkan tarikh bila anda akan divaksin. Frankly speaking, saya takde la tertunggu-tunggu sangat, just go with the flow.. Selama ini saya serahkan kepada MySejahtera untuk tentukan bila tarikh vaksin saya. 

Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan Daerah Seremban

Namun disebabkan syarikat tempat saya bekerja kategori essential services di bawah Kerajaan Negeri, jadi Jabatan Sumber Manusia dapatlah kuota vaksin kepada kakitangan yang berminat. Tiada unsur paksaan dari pihak majikan.

Jadi saya antara kakitangan yang berminat untuk mendapatkan dos pertama vaksin Sinovac. Regardless apa orang kata tentang vaksin Sinovac, saya yakin dan percaya bahawa setiap vaksin adalah ikhtiar bagi mencegah virus Covid-19. 

Covid-19 Vaccination Day
Lokasi vaksin Dewan Serbaguna Majlis Bandaraya Seremban

So pada 15.06.2021 lalu adalah tarikh penuh debar.. Takde la berdebar sangat tapi nervous sebab dah lama tak kena injection.  Untuk pengetahuan pengambilan vaksin tersebut diadakan di Dewan Serbaguna Majlis Bandaraya Seremban, bangunan sebelah padang di tengah-tengah Bandaraya Seremban.

Beratur seawal 8.00 pagi

Saya dikehendaki hadir seawal 8.00 pagi walaupun procedure sebenar pada pukul 8.30 pagi. Tiba di sana terus beratur, standby kad pengenalan dan apps MySejahtera yang telah dikemaskini.

Sambil menunggu procedure bermula, haruslah ootd sebab bosan berdiri lama..

Bosan menunggu, kita ootd

Akhirnya masa yang ditunggu pun tiba.. Seorang demi seorang mengambil giliran masing-masing untuk proses pendaftaran dengan menyerahkan kad pengenalan kepada kaunter pendaftaran. Kemudian menunggu giliran hingga nama dipanggil untuk ditemuduga oleh Doktor yang bertugas.

Selepas itu kita akan dapat nombor giliran dan seterusnya tunggu giliran vaksinasi.. Uikshhh berdebar bila masuk bilik putih. Satu ruang memuatkan 2 orang. 

Menunggu giliran dengan penuh debar

Tak lama selepas itu nama pun dipanggil.. Seram sejuk maka selesai sudah dos pertama vaksinasi Covid-19 pada pukul 8.57 pagi, legaaa.. 

Lepas suntik, kami dinasihatkan untuk tunggu lebih kurang 15 minit sebelum dibenarkan pulang ke rumah. Sementara menunggu, ambillah peluang ke photo booth. Wajib ambil gambar dengan gaya tersendiri sebagai kenangan tanda "Saya telah divaksin". Lihatlah gaya kaku saya!

Saya telah divaksin - Dos 1

Setakat post ini ditulis, saya tidak mengalami sebarang simptom kecuali lenguh di bahagian yang disuntik untuk tempoh 3 hari. Ada sesetengah pendapat kata dos kedua baru timbul simptom.. Entahlah, saya hanya mampu berdoa supaya dipermudahkan urusan dan terhidar dari sebarang perkara yang tak diingini. Tawakkal dan selebihnya serahkan kepadaNya.

Keesokkan hari bila check status MySejahtera telah dikemaskini dengan tarikh temujanji dos kedua dan terdapat status Covis-19 vaccination. Menghadap lagi satu fasa seterusnya..

Begitulah serba ringkas pengalaman saya mengambi vaksin Covid-19. 
Pembaca yang ingin kongsi cerita tentang vaksin boleh tinggalkan pendapat di ruang komen.
Thank you for reading, until next time.
Byee.



Regards,

17 Comments:

Alhamdulillah selesai satu. Berdebar pula tunggu yang ke-2.

saya ambil suntikan pertama...ngantuknya bila dah balik rumah tapi yang ke 2 ok pulak tapi kawan saya 2 hari lepas tu demam. Terpulang pada individu punya badan simptom2 ni. Apa pun kita jaga diri. Tahniah

Terima kasih pakcik WP..

Alhamdulillah. NA sangat memahami, memang berdebar tunggu dos kedua.
Risau ada side effect sebab ramai kata begitu.

Alhamdulillah, terima kasih Puan Hazel.

Kawan saya pun kata mengantuk yang amat, saya pula takde simptom mengantuk.
Risau juga side effect untuk dos kedua ni. Betul kak, bergantung kepada individu juga kann.. Alhamdulillah akak dah lengkap 2 dos. Stay safe kak.

Alhamdulillah. PC masih menunggu. En suami dah juga dos pertama.

In shaa Allah, satu hari nanti tiba pula giliran PC.
Terima kasih PC

Alhamdulillah semoga dipermudahkan

alhamdulillah. tahniah sis :)

Terima kasih Nina.
Harap Nina pun sama, dipermudahkan segala urusan, aminn..

Terima kasih TS.
Stay safe :)

Alhamdulillah.. Dah dapat dos pertama.. Sha pun sama macam LZ.. terima saja apa jenis vaksin pun sebagai usaha mencegah covid19 walau apa yang diperkatakan..

Alhamdulillah.. Semoga kita sentiasa dilindungiNya Sha.
Stay safe.

alhamdulillah.
sama2 la kita ke arah membina herd immunity di Malaysia, kan.

aida da complete 2 dos. bersyukur sgt.
now sedang tunggu date utk anak2 dara berdua tu.
da daftar dlm mysejahtera.

Post a Comment

Leave your friendly messages here ^_~
Feel free to visit my blog again..
Thank you very much!

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More