Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera kepada semua pembaca blog ini. Kali ini saya ingin berkongsi mengenai susunatur ruang solat di bilik saya. Bukan sahaja hiasan ruang tamu dan dapur sahaja perlu diberi tumpuan, malah ruang solat juga sama penting. Saya perlu ruang solat yang selesa. 

Sepertimana pernah saya nyatakan dalam post ini, saya sekarang obsess men-decor rumah termasuk impian untuk menatarias ruang solat. Sebenarnya plan men-decor ruang solat ada dalam perancangan sejak berpindah masuk ke rumah ini. Malangnya asyik tertangguh kerana masa tak mengizinkan di samping belum menjumpai konsep yang sesuai.

Ruang solat

Akhirnya, masa yang sesuai telah tiba. Saya dapat merealisasikan impian untuk menata rias ruang solat saya mengikut konsep Scandinavian.

Mengapa pilih konsep Scandinavian?
Sebab utama terdapat unsur kayu atau unsur semulajadi dalam konsep ini di samping ianya simple.  

Apa maksud konsep Scandinavian?
Untuk pengetahuan konsep atau tema Scandinavian ini berasal dari negara Scandinavia iaitu Sweden, Denmark dan Norway malah telah wujud sejak tahun 1950-an lagi. Konsep ini juga dikenali sebagai Nordic meliputi negara Finland dan  Iceland. Konsep ini banyak menggunakan warna putih, kelabu hitam dan warna pastel. Konsep Scandinavian yang simple menjadikan sesuatu ruang nampak lebih luas dan tenang. Ianya juga sesuai dipadankan dengan perabot kayu untuk menimbulkan elemen semulajadi. 

Ruang solat konsep Scandinavian

Saya tidak mempunyai masalah untuk membeli atau menukar perabot kerana kebanyakkan perabot saya dibeli dari Ikea berwarna putih, jadi ianya memudahkan saya blend warna putih dengan konsep ini. Selain itu, warna dinding juga memainkan peranan penting. Warna dinding dah berwarna putih so tak perlu cat lagi.



Saya hanya perlu membeli rak jenis buluh untuk letak al-Quran dan sumber bacaan berunsur keagamaan di samping aksesori kecil lain sebagai pelengkap.

Rak diperbuat dari buluh

Bahagian atas rak saya letak cermin. Cermin ni penting bila pakai telekung nanti untuk pastikan tiada rambut terjuntai keluar. 

Cermin buluh

Di bahagian kedua rak, saya letak rehal yang diperbuat dari kayu dan kotak tisu di mana bahagian penutup kotak tisu tersebut diperbuat dari buluh.

Rehal dari kayu dan kotak tisu penutup buluh

Di bahagian bawah rak, saya akan lipat rehal kayu di bawah ini. Saya hanya keluarkan rehal ini bila perlu.

Rehal dari buluh

Hiasan seterusnya, saya beli ladder kayu pine wood ini untuk meletakkan sejadah dan telekung. Saya suka ladder ini sebab ianya unik selain berjaya melengkapkan konsep Scandinavian saya.

Tangga hiasan dari pine wood

Gaya Scandinavian tak lengkap jika tiada pokok hiasan. Jadi saya memilih pokok areca palm tree yang mudah dijaga sebagai sumber oksigen dalam bilik ini. Apa yang penting pokok ini tidak beracun dan juga selamat untuk anak bulus saya. 

Areca palm tree indoor plant

Pasu pokok hiasan ini saya letak dalam bakul rotan untuk disesuaikan dengan konsep Scandinavian. Nampak semulajadi dan menyerlahkan lagi ruang solat ini.

Ruang solat konsep Scandinavian

Beginilah rupa ruang solat saya, simple. Di sebelah ruang solat terdapat lazy sofa dari fabrik baldu, tempat saya membaca bahan bacaan berunsur keagamaan selepas solat atau sementara menunggu masuk waktu solat.


So bagaimana konsep ini? Adakah sesuai dengan ruang solat saya?
Mungkin ada antara pembaca mempunyai pendapat yang berbeza. 
Sebarang cadangan atau komen boleh kongsi di bawah. 

Okay, sekian saya perkongsian saya kali ini.
Thank you for reading.
Byeee... and wassalam.




Regards,