Semalam lunch menu sizzling yee mee di rumah, teringin makan sizzling.. Entah kenapa, tetiba teringat zaman keluar lunch bersama #ganglunch di foodcourt AEON Seremban 2. Mungkin dah lama benar tak ke sana kot, tu sebab kenangan muncul di ingatan. Masa awal-awal makan di sana, asyik pesan sizzling yee mee. Boleh kata sedap sangatlah sizzling yee mee masa tu, siap add on mushroom shiitake. Lagi pun dah lama tak makan sizzling hot plate, manalah tak sampai terbawa-bawa ingatan tu sampai ke hari ini.
Dapur berasap |
Untuk pengetahuan pembaca, inilah pertama kali saya cuba resepi sizzling dan hasilnya sedap. Rasanya sama seperti makan di foodcourt, malah lebih sedap sebab ikut citarasa sendiri.
Di sini saya kongsi resepi sizzling yee mee yang telah terbukti menjadi dan sedap mengikut cara saya. Saya suka guna yee mee sebab mee tak cepat kembang dan rangup.. Ikut kepada citarasa sendiri nak guna mee jenis apa okay.
Jom check resepi :
RESEPI SIZZLING YEE MEE
Resepi sizzling yee mee tanpa hot plate |
Bahan-bahan
1/2 senduk kecil minyak masak
1 bungkus yee mee
1 mangkuk kecil isi ayam - potong kecil dan bersihkan
8 - 10 biji cendawan shiitake (kuantiti ikut kesukaan masing-masing) - rendam dalam air panas, bilas dan hiris 4 saiz memanjang
5 tangkai cili kering - potong 3 bahagian, rendam dalam air panas, basuh, buang biji dan toskan
5 ulas bawang putih - cincang halus
1 inci halia - hiris nipis
1 ketul kiub pati ayam
1 sudu teh serbuk lada hitam
1 sudu besar minyak bijan
1 sudu besar kicap manis
1 sudu besar kicap masin
1 senduk kecil sos tiram - sesuaikan ikut citarasa masing-masing
1 senduk kecil kicap pekat - sesuaikan ikut citarasa masing-masing
3 sudu besar tepung jagung - larutkan dalam sedikit air
1 liter air
Garam
Gula
Hirisan halia |
Bahan hiasan
Telur
Sawi
Cara-cara
Kicap dan bahan-bahan perasa |
1. Masukkan ayam dalam mangkuk, gaul bersama kicap masin, kicap manis, kicap pekat, sos tiram, minyak bijan, serbuk lada hitam dan kiub ayam. Perap selama 15 hingga 30 minit. Buat kaedah ni supaya rasa ayam meresap segala jenis perisa, lebih sedap.
Step 1 dan 2 |
2. Panaskan minyak masak dalam periuk. Tumis bawang putih dan halia dengan api perlahan hingga naik bau. Masukkan cili kering dan tumis sebentar.
Step 3 |
3. Kemudian masukkan ayam yang telah diperap. Kacau dan biarkan ayam kecut / separuh masak, selepas itu masukkan cendawan shiitake.
Step 4 |
4. Kacau-kacau hingga semua bahan-bahan mesra dalam periuk, kemudian masukkan air serta perasakan dengan garam dan gula. Tunggu kuah menggelegak.
Larutan tepung jagung |
5. Akhir sekali, masukkan larutan tepung jagung, masak hingga kuah mulai pekat. Kepekatan kuah bergantung kepada citarasa masing-masing.
Penyediaan untuk sekali makan :
Sizzling yee me |
Memandangkan takde hot plate, so saya guna kuali non-stick. Letak yee mee dalam kuali. Kemudian curah kuah sizzling ke atas yee mee. Buka api besar, masukkan sebiji telur dan sawi. Tutup sebentar hingga yee mee dan sawi lembut. Siap untuk dihidang!
Sedap makan panas-panas.. terasa masin pedas, pendek kata lebih sedaplah dari makan di foodcourt..
Selamat mencuba!
Regards,