Article dari Mimi Rahim ini menarik perhatian saya ketika scroll Facebook pagi ini. Apabila dihayati perkongsian tips untuk ibu mengawal emosi sangat membantu ibu-ibu di luar sana (termasuk diri saya sendiri) menguruskan emosi seharian terutama sekali ketika kita berada di rumah menguruskan keluarga semasa pandemic ini. Saya copy paste dan abadikan di sini sebagai rujukan.

Tips Penting Untuk Ibu Mengawal Emosi

Antara tips nak jaga hati kita sendiri, nak jaga mental kita untuk sentiasa best kat rumah dan orang sekeliling seperti anak, suami, kawan juga selesa dengan kita di musim pendemik:

1. Mandi sebelum subuh - Niat supaya Allah ringankan seluruh anggota kita dan doa supaya kita ikhlas buat amal, baru kita tak merungut. Hati pun senang. Mandi dan memakai wangi-wangian, mulakan hari dengan segar.

2. Siapkan plan/susun kerja seharian sebelum subuh - Siapkan jadual kita seharian, jadual realistik yang kita boleh ikut. Wajib masukkan waktu rehat untuk diri sendiri walaupun setengah jam. Waktu terbaik ialah setengah jam sebelum masuk waktu solat Zohor.

3. Selepas subuh jangan tidur - Ini cara untuk panjangkan hari kita. Tidur satu jam, rugi satu jam. Dalam satu jam, mak-mak dah boleh siap masak, siapa basuh kain, siap kemas dapur. Tertinggal satu jam, kelam kabut seharian.

4. Kurangkan bermedia sosial - untuk perkara yang sia-sia. Scroll Instagram sejam tak terasa padahal masa sejam yang berkualiti boleh digunakan bersama anak, sangat cukup untuk simpan memori best dalam bank memori anak. Jadi unfollow perkara yang sia-sia.

5. Fokus Perbaiki DiriDuduk rumah, fokus untuk perbaiki diri. Lihat kita yang lepas, lihat salah kita. Belajar ubah, setiap hari tulis perkara yang dah berjaya kita ubah & apa perancangan kita untuk ubah lagi. Contoh : Tahun lepas saya azam nak mandi sebelum subuh, tampal kat cermin, berjaya amal 40 hari baru buka dan buang dengan rasa syukur - walaupun sekadar mengubah tabiat mandi jer pun..

6. Sedekah setiap pagi - Sedekah setiap hari untuk hadirkan rasa syukur dengan nikmat yang kita perolehi iaitu cara syukur dengan memberi. Memberi tak semesti dengan duit, share ilmu, share resipi memasak atau apa-apa perkara yang ada kebaikan & manfaat untuk orang lain. 

7. SenyumSenyum pada semua, senyum pada diri sendiri, senyum dengan hati yang ikhlas. Bila anak buat hal, terus senyum dan istighfar. Pasti hati kita tenang.. 

8. BersenamOrang yang biasa bersenam akan tau perbezaannya. Bersenam sangat membantu kecerdasan kita. Cuba bersenam dengan banyakkan solat sunat. Bersenam sebelum subuh, solat sunat taubat, solat tahajud, sunat hajat & istiqarah. 

9. Berkata baik atau diamKalau kita rasa perkara yang kita nak cakap itu akan buatkan orang sakit hati, cuba tahan... sebab akibatnya bukan hati orang jer sakit, kita juga akan sakit hati. Tak boleh berkata yang baik, lebih baik diam dari berkata-kata. 

Rumah kita bukan jadi syurga lagi kalau semua orang nak menang bercakap kerana panggilan Allah pada ahli syurga “Wahai jiwa yang tenang…..” 


يَٰٓأَيَّتُهَا ٱلنَّفْسُ ٱلْمُطْمَئِنَّةُ 

Arab-Latin: yā ayyatuhan-nafsul-muṭma`innah 
Terjemah: Hai jiwa yang tenang. — Quran Surat Al-Fajr Ayat 27



Regards,