Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera semua.. Wednesday datang lagi.. Sempena post Wordless Wednesday saya ingin kongsi bait-bait lirik lagu (terutama ayat yang saya bold) mengingatkan saya tentang arwah ayah saya.. Jun merupakan bulan kelahirannya.. Mac lalu genap setahun pemergiannya..
Bila dengar dan hayati bait-bait lirik lagu ini automatic airmata mengalir, lantas bacaan surah al-Fatihah dibaca, semoga pahala sampai kepada arwah di sana..
al-Fatihah |
Saat ku sendiri kulihat photo dan video
Bersamamu yang telah lama ku simpan
Hancur hati ini melihat semua gambar diri
Yang tak bisa ku ulang kembali..
Ku ingin saat ini engkau ada di sini
Tertawa bersamaku seperti dulu lagi
Walau hanya sebentar Tuhan tolong kabulkanlah
Bukannya diri ini tak terima kenyataan
Hati ini hanya rindu
Segala cara telah ku cuba
Agar aku bisa tanpa dirimu..
Namun semua berbeda
Sulitku menghapus kenangan bersamamu
Kuingin saat ini engkau ada di sini
Tertawa bersamaku seperti dulu lagi
Walau hanya sebentar Tuhan tolong kabulkanlah
Bukannya diri ini tak terima kenyataan
Hati ini hanya rindu.. hanya rindu
Ku ingin saat ini engkau ada di sini
Tertawa bersamaku seperti dulu lagi
Walau hanya sebentar Tuhan tolong kabulkanlah
Bukannya diri ini tak terima kenyataan
Oh bukannya diri ini tak terima kenyataan
Hati ini hanya rindu oh
Hati ini hanya rindu hm
Ku rindu senyummu Ibu ayah..
Al-fatihah untuk arwah ayahku, tak lupa juga arwah abang dan adik..
Semoga roh mereka dicucuri rahmat dan diletakkan bersama para solihin..
Surah al-Fatihah |
Berdasarkan kepada dalil-dalil dan pandangan para ulama, telah jelas hukumnya harus membaca al-Quran dengan niat menghadiahkan atau sedekahkan pahala bacaan terutama surah al-Fatihah kepada si mati. Ia merupakan satu amalan mulia yang ada sandarannya.
Sesiapa yang melakukan amalan kebaikan maka dia akan beroleh ganjaran pahala, dan dibolehkan menghadiahkannya kepada sesiapa jua waima yang masih hidup atau sudah meninggal dunia selagi ia seorang muslim. Wallahu a’lam..
Regards,
17 Comments:
al fatihah buat arwah..
yes..lagu ni sgt menyentuh perasaan..MA pun..sedar2 mengalir air mata dgr lagu ni
Bila kita kehilangan orang tersayang, tiba2 kenangan bersama mereka terlintas di fikiran terus bergenang airmata...
Terima kasih MA..
Rindu yg tiada penghujungnya :(
Alfatihah untuk arwah bapa LZ.
Saya dulu waktu baru hilang mak pun camtu. Bila lalu tempat pernah pergi dengan mak, laju je meleleh airmata. Tapi masa akan menyembuhkan rindu tu.
Bulan kelahiran ayah kita sama sis.. Jun..
Semoga roh arwah ayah sis dan arwah ayah saya dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama mereka yang soleh.. Aamiin..
Tarikh semalam genap 21 tahun pemergian bapak wak
Al-fatihah
Semoga Allah merahmati dan mengasehani roh arwah ayah LZ
Tepat sekali Puan Hazel..
In shaa Allah Nur, time will heal..
Semoga doa kita diangkat oleh-Nya Sha.. Aminnn yra..
Al-Fatihah dibaca kepada arwah.. Semoga roh Allahyarham bapa pakcik WP dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama para solihin.. Aamiin yra..
Aminnn yra.. Terima kasih Mrs. A..
Moga roh2 orang2 yg kita syg tenang di sisi-Nya. Aamiin.
I pun suka lagu ni tapi takut nak dgr lagi, nanti teringat arwah Mak.
Aminn yra.. Betul Kak Hjh, lirik lagu ni menusuk kalbu sangat..
Al-Fatihah untuk arwah ayah LZ.
Alfatihah untuk arwah
Terima kasih NA..
Post a Comment
Leave your friendly messages here ^_~
Feel free to visit my blog again..
Thank you very much!