BILA KAD TOUCH 'n GO ROSAK | Penggunaan kad Touch 'n Go ("TnG") semakin meluas sekarang bukan setakat di tol atau di kawasan tempat letak kenderaan tetapi kini digunakan sebagai eWallet di sebahagian outlet. Jadi kad ini penting dan mesti ada pada setiap orang sebagai kemudahan.
Bila kad TnG rosak, ianya menjadi satu masalah.. Dijadikan cerita semasa saya bercuti ke Penang tempoh hari, tiba-tiba kad TnG saya bermasalah, tak boleh baca dan tak boleh digunakan lagi. Mana taknya, kad tu dah berusia bertahun lama dari zaman saya menggunakan LRT berbelas tahun lalu. Keadaan fizikal kad TnG tersebut sudah reput akibat ditinggalkan terdedah di dalam kereta.
Kad Touch 'n Go bermasalah |
Semasa saya sekeluarga masuk ke Gurney Plaza shopping mall, kad tersebut masih boleh digunakan tetapi apabila kami keluar dari mall ianya tak boleh dibaca. Bertambah kalut apabila kereta berjela-jela di belakang kami menunggu giliran keluar dari parking. Tanpa berlengah, husband berhubung dengan pihak building management dan mereka telah meminjamkan temporary card untuk digunakan semasa keluar dari shopping mall tersebut.. Cuak betul masa tu..
Temporary card |
MASALAH SELESAI TANPA KAD TOUCH 'N GO APABILA..
The following day, kami bertolak dari Seremban ke Muar, jadi perlukan kad TnG.. Kali ni tak rasa cuak sangat sebab kami bercadang untuk menggunakan cara yang sama seperti yang diajar oleh pihak PLUS semalam.
Semasa mengisi minyak di Petronas Seremban 2, my husband tanya di counter untuk membeli kad TnG. Staff di bahagian counter maklumkan kepada my husband bahawa kad TnG masih belum ada stok lagi. Staff tersebut mencadangkan supaya my husband top up menggunakan MyKad. Maka reload laa TnG melalui kad pengenalan. Laaaaaaa macam tu saja?..
Selama ni saya ingat bila kita ingin menggunakan fungsi Touch 'n Go pada kad pengenalan perlu membuat pendaftaran di Jabatan Pendafataran Negara.. Rupanya tidak.. Alangkah baiknya jika kami tahu cara ni di Penang, takde la kami membuang masa hingga ke Butterworth semata-mata cari kad TnG baharu.
Orang lain mungkin dah lama tahu, tapi saya baru tahu ketika itu.. Hurrrmm apa pun lesson learned! Tak nak ingat lagi keadaan huru-hara itu sebab rasa sakit hati, buang masa but at the same time, ianya menjadi kenangan kurang best di Penang.. Betullah kata orang, ada hikmah di setiap kejadian.. Siapa pernah alami seperti ini boleh share cerita..
19 Comments:
Saya pun baru-baru ini hilang kad Touch n Go. Puas merata pergi stesen minyak cari kad baharu tetapi tiada. Last-last memang reload i/c je. Saya tak suka guna i/c takut cuai, tercicir pula i/c tu. Tapi dah terdesak, terpaksalah 😅
iya kak baru teringat mykad kita memang ada fungsi touch n go tapi bila kita tak pernah gunakan cara tu, kita memang la tak ingat. Mujur ada yang bagi solution nya kan kak, tapi itulah memang kalut kalau jadi masa tu kan, memang tak ingat dah cara lain
Betul juga Farrah, bila guna IC potensi untuk tercicir atau misplaced mungkin ada sebab IC kerap keluar masuk wallet / bag..
Cuak masa tu Dana, tak pernah berlaku sebelum ni. Tak sangka pula just top-up macam biasa guna MyKad tanpa perlu daftar.. Apa pun bila panik memang tak ingat cara lain..
Abah saya pernah reload guna kad pengenalan sebab terlupa bawa kad itu daripada kereta lain.
Kalau ada kredit daripada kad rosak boleh dipindahkan ke?
saya jarang guna touch n go di IC melainkan kalau pas bulanan RapidKL, sebab memang khas untuk warganegara. Tak silap saya kad membership Watson's sekali dengan TnGo. Tapi tak apalah, pengalaman mematangkan kita
memang byk keperluan T&G sekarang ni kan?
sama..x suka guna ic... MA pun nasib leh guna kad watson...guna tu je sekarang ni
Kalu kita tak pernah alami masalah dengan T&G kita tak tahu sebenarnya T&G pun ada kroni LZ hahaaa... Mrs. A pernah tersangkut nak keluar dari parkson Seremban gara-gara T&G Mrs. A punya top-up online ewallet. Rupanya nak guna T&G di booth tu hanya yang top-up di counter sahaja. Lain-lain kroni T&G contoh seperti watson T&G, plusmile T&G dan T&G asli gittewwww.... rasanya yang selalu guna laluan tol lebih arif pasal ni dan faham apa yang Mrs.A nak sampaikan
wak baru nk ckp psl mykad tuh.. huhuhu
kalo kat terenggaunu kad touch n go ni xguna sgt..
kalo nk merentas negeri baru sbuk2 topap.. hihi
Ada juga yang terkena macam tu Mrs. A.. Selain tu masalah baki mesti ada RM30.00 dalam kad.. Haishh macam-macam problem..
Hehehehe myKad pun kena jenis baharu.. Kalau myKad lama minta maaf kata dia Wak..
Mungkin masih belum luas penggunaannya di Terengganu ezy.fia..
Lecehkan NA bila kita tertinggal kad TnG ni.. Sorry, LZ tak pasti tentang balance transfer tu..
LZ pun ingat nak activate kad Watson untuk TnG, mudah berbanding guna myKad, risau tercicir..
Memang akan ku guna kad Watson untuk TnG access akan datang Sal.. Kalau tahu memang buat terus masa di Penang tempoh hari.. Belajar dari kesilapan, hehehe
Saya pun tak pernah guna mykad untuk topup kerana ingatkan susah..rupanya nak topup sama macam kad biasa ye
Ya, saya pun baru tahu tentang ni.. :)
kes Abah sy lain pula. masa nak balik kampung ke Taiping, Abah topup guna MyKad dia tp masa nak bertolak balik (pd hari yg sama tp dah malam) tetiba MyKad tu tak bleh detect pula pd palang tol & staff tol suggest guna cara yg sama mcm sis tu pinjam dulu kad sementara.
Post a Comment
Leave your friendly messages here ^_~
Feel free to visit my blog again..
Thank you very much!