KESAYANGAN HAMBA JATUH SAKIT | Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera kepada semua pembaca blog ini.. Al-kisah post kali ini cerita tentang kesayangan hamba si Kenzo. Si Kenzo tak sihat, dilanda demam selesema.. Badan panas, bersin tak henti dan selesema, nampak kurang aktif dan tak mahu makan even saya sua wet food depan hidung.. Tak seperti selalu, pantang bau wet food, dialah kucing pertama yang sibuk menjamah makanannya. Tak sangka simptom kucing demam lebih kurang sama seperti manusia. Saya tak pernah tahu sebab baru first time handle kucing demam.

Ubat untuk kucing demam selesema

Actually dah 3 hari berlalu, since Christmas tempoh hari tapi baru berkesempatan ke klinik semalam. Ketika itu klinik juga tutup, cuti panjang sempena Christmas.. Masa ini pula dia demam, haishhh kesian. Mujur tak serious, hanya mild fever dan flu kata doktor. Doktor beri suntikan, ubat anti-inflame, antibiotic dan ubat selesema.

Si Kenzo

Ini dia kesayangan hamba si Kenzo.. "Kesayangan Hamba" adalah panggilan untuk semua kucing kesayangan saya.. Gambar ini diambil semasa dia baru bangun tidur.. Ketika si Kenzo demam, layu tak bermaya, lain sungguh perangai padahal dia seekor kucing yang aktif dan tak reti diam.. Maklumlah si Oyen.

Alang-alang cerita tentang Kesayangan Hamba, mari saya kenalkan yang lain.. Semua kesayangan hamba dari induk yang berlainan.

Kesayangan hamba

Setakat ni I have 6 kesayangan.. Last I adopted si Prada, the calico. Saya dah lama ingin memiliki kucing calico (kucing yang mempunyai 3 warna iaitu oren, hitam dan putih). Akhirnya I managed to adopt from this cat rescuer. He is so generous sanggup hantar dari Pandan Indah, KL ke Seremban.. Masa tu si Prada ni comot tak terurus, berkutu dan tompok putih badan dia warna kelabu. Dapat saja ke tangan saya, terus saya mandikan dia dengan medicated shampoo, letak ubat kutu dan ubat cacing sekali the next day bawa medical check-up.. Alhamdulillah, sebulan lebih berada di dalam jagaan saya and dah pun dapat 1st vaccine.

Kesayangan hamba, si Prada

Walaupun dah sebulan tapi masih takut.. so far dia serasi dengan yang lain.. Prada semakin sihat dan makan pun banyak..Kalau pembaca perasan, my cat's name diberi sempena jenama bags I own except for Fluffy, the eldest cat. Fluffy si kakak sulung merangkap kucing pertama so masih tak terfikir nama yang sesuai untuk kesayangan sulung saya ketika itu. Beri nama Fluffy sebab putih gebu. 

All my cats have been neutered / spayed except Prada because she has not been fully vaccinated. Tak sangka saya, bermula dari seorang yang tak pernah ada pet seumur hidup, pada awalnya memiliki 2 ekor kucing setakat cuba-cuba bela hingga ke 6 ekor sekarang. My home is full with cat's love now.. Itulah kisahnya..

That's all for now.. Sehingga kita berjumpa lagi di post akan datang. 
Thank you for reading & have a great day everyone!


Regards,