Kaitan Belanjawan 2023 & Program Rahmah

KAITAN BELANJAWAN 2023  & PROGRAM RAHMAH | Hari ini saya terpanggil untuk berkongsi mengenai satu article yang baru saya baca di Sinar Harian.. Tajuk article ini ialah "Antara Kenaikan Gaji dan Gaya Hidup". Basically article tersebut menyatakan bahawa dalam pembentangan Belanjawan 2023 oleh Perdana Menteri pada Jumaat lalu tidak menyatakan mengenai kenaikan gaji kepada penjawat awam disebabkan keadaan ekonomi yang semakin mencabar. 

Saya bukan penjawat awam, tapi saya bekerja di sektor swasta. Sebenarnya bukan sahaja penjawat awam yang terjejas, malah pekerja di sektor swasta juga menghadapi masalah sama apabila tidak mendapat kenaikan gaji disebabkan majikan juga bergelut dengan cabaran ekonomi.

Belanjawan 2023

Walaupun begitu, Belanjawan 2023 yang memperuntukkan RM388.1 bilion ada menyediakan imbuhan secara tidak langsung kepada penjawat awam, antaranya Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri bernilai RM700 dan RM350 buat pesara, serta subsidi yuran taska RM180 sebulan sedikit sebanyak ‘mengubat luka’ mereka.

Penjawat awam perlu menerima hakikat situasi kewangan semasa kerajaan walaupun terpaksa berdepan isu kenaikan harga barang dan kos sara hidup tinggi. Menurut Perdana Menteri, sekiranya gaji penjawat awam dinaikkan, perbelanjaan kerajaan akan menjadi defisit daripada 5.6 peratus kepada 6.5 peratus, sedangkan pada masa ini hutang negara sudah mencecah RM1.5 trilion.

Penjelasan Anwar berhubung isu gaji itu diterima Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) dengan hati yang terbuka. Presidennya, Datuk Adnan Mat tetap memberi jaminan penjawat awam akan terus menyokong dasar kepimpinan kerajaan yang mengutamakan kepentingan rakyat dan negara.

Masalah ekonomi

Oleh kerana itu, rancangan penyelesaian jangka pendek dengan memperbanyakkan program-program membantu rakyat perlu diteruskan dan diperluaskan. Dengan adanya program berkonsepkan ‘Rahmah’ yang meletakkan kumpulan sasaran sebenar, tidak mustahil usaha kerajaan membantu masyarakat dapat dicapai dalam jangka pendek tanpa perlu melalui kenaikan gaji.

Kopi hipster

Bagaimanapun, usaha kerajaan ini tidak akan berhasil sekiranya rakyat Malaysia sendiri enggan mengubah gaya hidup mereka.

Jika selama ini banyak menghabiskan duit menikmati hidangan di restoran mewah atau kedai kopi hipster, apa salahnya bermula sekarang, ambil peluang menjamu selera menu rahmah pula. Tolak tepi gaya hidup mewah dan manfaatkan gaji untuk perkara penting terlebih dahulu.

Masalahnya di Negeri Sembilan ini menu Rahmah masih belum meluas. Jika menu Rahmah dapat membantu rakyat sangat dialu-alukan supaya pengusaha makanan boleh sama-sama menjayakan agenda kerajaan ini. 

Bila saya baca article ini terdetik hati untuk mengurus semula perancangan kewangan saya supaya lebih berkesan. Nampaknya selepas ini terpaksa cut-off perbelanjaan tak penting focus on needs not wants dan kurang membeli kopi hipster kegemaran. Bagaimana pula anda? Semoga perkongsian ini memberi manfaat kepada kita semua.. 


Okay, setakat ini sahaja perkongsian saya kali ini. 
Sehingga kita berjumpa lagi di post akan datang. 
Thank you for reading & have a great day everyone!

Petikan article Sinar Harian


Regards,

12 Comments:

menu rahmah di Kuantan pun masih belum meluas...yang banyak menu rahmatullah cekik darah

Ya setuju Afzan, so far menu cekik darah tetap berleluasa..

Menu Rahmah yang paling dekat dengan office di Mydin S2 kena naik kereta kalau nak ke sana.
Menu Rahmah untuk orang yang bekerja pergi lunch dapatlah penjimatan di situ tiap-tiap hari kalau lunch sebelum ni sepoh hengget jimatlah 5 hengget gittewww...

Thanks for the info Mrs. A.. LZ akan tinjau di Mydin suatu hari nanti..

Betul...sebenarnya kita yang kena ubah gaya hidup...huhuhu

Pening eh nak fikir pasal ekonomi sekarang ni huhu.
Lamanyaaa tak berblogwalking!
jemput singgah blog saya ya jika berkelapangan :)

LZ - ada hikmahnya I minum kopi jadi migraine, kalau tidak kena spend $5 (RM15) sehari hanya utk kopi. Haha. Sejak blk sini, blom rasa minuman hipster lagi. Byk oder sirap je bila dah tak de idea nak oder apa dah.

rakyat menghadapi krisis ekonomi dan kenaikan kadar inflasi sekarang nih., huhu

Krisis ekonomi pasang surut, in shaa Allah ada sinar di hujung tunnel suatu hari nanti..
Itulah, lama juga tak tahu perkembangan teacher Syed ni.. Jangan lupa kerap update blog lepas ni. hehehe

Alhamdulillah, jimat dan sihat Kak Hjh..

betul Wak, kena berjimat cermat..

Post a Comment

Leave your friendly messages here ^_~
Feel free to visit my blog again..
Thank you very much!

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More