BEGITU KETENTUAN ILLAHI | Selalu kita dengar peribahasa "malang tak berbau" atau erti kata lain kecelakaan yang tidak dapat diketahui sebelumnya. Al-kisah minggu lepas ketika dalam perjalanan ke tempat kerja, saya nyaris terlibat dalam kemalangan.
Kemalangan selalu berpunca dari sikap pemandu yang tidak bertanggungjawab hingga mengundang musibah kepada orang lain.
![]() |
Nyaris kemalangan |
Kisah berlaku semasa melalui roundabout berhampiran taman perumahan saya, tiba-tiba ada sebuah lori overtook kereta saya dari arah kiri untuk ke simpang kanan sedangkan saya di laluan kanan dan sudah terlebih dahulu memberi isyarat untuk ke laluan kiri. Saya kira jarak depan kereta saya dengan body lori tersebut anggaran kurang dari setengah meter, nyaris berlanggar! Syukur alhamdulillah saya sempat brek mengejut. Berderau darah ketika itu.
![]() |
Malang tak berbau |
Parked saja kereta terus check manalah tahu ada kerosakan di mana-mana bahagian kereta saya. Takde rosak atau calar.. Syukur tak terkira selepas terlepas dari malapetaka yang tak diingini.. Inilah yang dikatakan akibat kecuaian orang lain, kita terlibat sama. Ini merupakan pengalaman pertama saya dalam seumur hidup, mencemaskan terus lekat dalam otak peristiwa ini.
Kun Fayakun - "Jadilah, maka jadilah ia.." Begitulah ketentuan Illahi, jika Dia menghendaki sesuatu maka terjadilah ia dan begitulah sebaliknya.
Regards,
Alhamdulillah..x de apa .. mesti berdabar2 sgt time tu kan
ReplyDeleteSyukur alhamdulillah mummy Ayu, berdebar tak boleh kata.. macam mimpi pun ada..
DeleteAlhamdulillah, syukur, selamat & tiada kerosakan...
ReplyDeleteAlhamdulillah kak, syukur tak terhingga..
DeleteAllah. nasib baik tak ada apa2.
ReplyDeleteAlhamdulillah Aswaleyla..
DeleteAllahuakbar nasib baik tak ada apa2...tambahan pula skrg ni kereta bertambah banyak jalan pun makin sesak...moga Allah pelihara kita semua dari musibah dan bala bencana
ReplyDeleteBetul tu, no wonder sesak padahal area taman perumahan.. Saya ingat parents hantar anak ke sekolah, al-maklum kawasan itu ada 2 buah sekolah..
DeleteLaju2 ai baca sebab seriau. Syukur alhamdulillah Allah melindungi LZ.
ReplyDeleteclose shave tu., huhuhu alhamdulillah
ReplyDeleteAlhamdulillah syukur rezeki LZ dilindungiNYA.
ReplyDeletengeri mama baca. alhamdulillah tiada apa2.. geram kdg2 dgn pemandu lori yg tak bertanggungjawab
ReplyDelete