I’M BACK! | Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera kepada semua pembaca blog ini.. Akhirnya saya kembali semula ke dunia blogging setelah hampir 3 bulan sunyi sepi tanpa sebarang post di sini.. Haishhhh panjang ceritanya. Okay I’ll try to keep it short..
The struggle is part of the story |
My last post was on April 2023.. Ketika itu saya sedang sibuk menyiapkan assignments untuk 4 subjects semester akhir pengajian saya iaitu Hazard Management, Industrial Relations, Compensation Management dan Strategic Management. Semua subject tersebut agak mencabar kerana perlu diselesaikan dalam tempoh 4 bulan termasuk hadir ke kelas, tutorial, research and assignment. Saya pula sejenis suka meletakkan expectation tinggi untuk score setiap subject. Kata orang, alang-alang menyeluk pekasam biar sampai ke pangkal lengan. Alang-alang buat sesuatu pastikan bersungguh-sungguh dan lakukan yang terbaik. Kalau tak berjaya itu semua di luar kemampuan kita, asalkan kita berusaha. Selebihnya doa dan tawakkal.
Selain sibuk study, keadaan di pejabat pula agak mengganggu emosi disebabkan rumours melibatkan diri saya hingga menimbulkan perasaan risau dan agak down juga ketika itu.
Bukan itu sahaja, sesiapa yang mengikuti blog ini pasti tahu saya juga part-time Unit Trust Consultant. Sebagai seorang UTC saya perlu peka dengan keadaan ekonomi semasa di samping bertanggungjawab memantau perjalanan naik turun unit trust clients saya. Pada jam 8.00 malam setiap minggu perlu menghadiri agency meeting dan ujian untuk memahami selok-belok pelaburan unit amanah saham yang berada di pasaran. Setiap ujian ada point yang akan diambil kira sebagai kelayakan untuk memperbaharui lesen setiap tahun. Ianya merupakan sebahagian dari rutin harian saya selepas waktu pejabat.
Bila sampai satu tahap semua berlaku serentak dan perlu dibuat dalam masa yang sama, saya jadi terlalu stressed. Oh ya, ketika itu juga hampir menyambut Hari Raya Aidilfitri.. Bertambahlah perasaan stress memikirkan persiapan Hari Raya dan akhirnya saya burnout. Overthinking, tak cukup rehat, tak cukup tidur, sakit kepala itulah punca utama dan I tell you burnout is real gais.. Susah digambarkan dengan kata-kata. Bahasa budak zaman sekarang : mental koyak.. Ni bukan setakat koyak tapi koyak rabak! Menduga sungguh.. Syukurlah saya dapat kawal emosi dan survive dari terus berlarutan..
Apa yang saya buat? Saya bahagikan masa satu-persatu mengikut keutamaan, jangan terus fikir perkara yang merisaukan.. Mana masalah beyond my control seperti rumours di pejabat tadi, ketepikan jangan fikir! Jangan bebankan fikiran dengan perkara tak pasti. Buat perkara yang saya suka dan tidak membebankan fikiran seperti home decor, gardening and most of the time saya pergi ke my favourite restaurant, cari makanan sedap! Begitu cara saya ‘merawat’ emosi dan fikiran yang tertekan ketika itu. Tak lupa juga sokongan dari keluarga, husband and my son.
Burnout |
Saya hanya mampu ikhtiar tapi saya tak mampu menolak ketentuanNya, hari akhir bulan Ramadan saya jatuh sakit, demam teruk sampai tak boleh bangun melarat hingga Hari Raya ke-2. Syukurlah saya ada order rendang, sambal kacang dan lemang sehari sebelum raya.. So my husband just heat up saja pada pagi raya tapi kesianlah kami tak dapat sambut raya di kampung. Kenangan yang tak dapat dilupakan.. Kudrat seorang manusia ada hadnya.. Saya belajar dari pengalaman ini.
Begitulah kisahnya.. Kini jadual harian saya sudah kembali di track asal. Saya dah habis study dan keputusan peperiksaan akhir sudah pun diumumkan.. Alhamdulillah saya berjaya score A+ and A- in all subjects dengan CGPA yang memuaskan.
Itulah sebab mengapa saya terpaksa menyepikan diri buat sementara waktu.. Rindu untuk blogging akhirnya saya kembali! Kembali juga dengan template baru untuk menaikkan semangat menulis.. Perangai ini pernah saya kongsi di post : Asyik tukar blog template..
Okay setakat ini sahaja perkongsian saya kali ini.
Sehingga kita berjumpa lagi di post akan datang. Thank you for reading & have a great day everyone!
Regards,
Welcome back kak! Tahniah atas keputusan CGPA yang bagus.
ReplyDeleteMoga akk sihat2 selalu dan tidak stress sangat ^_^
Alhamdulillah.. Terima kasih Cuya ;)
DeleteWelcome back sahabat..Semoga LZ baik-baik sahaja k.. jgn stress² sgt..
ReplyDeleteTerima kasih sahabat.. Semoga kita sentiasa di bawah lindunganNya, aaminn..
DeleteAlhamdulillah. Tertanya2 juga kenapa LZ lama menyepi. Instinct sy kata.. mesti LZ tgh busy. Congrats LZ dah habis study akhirnya. Happy for you.
ReplyDeleteAlhamdulillah Kak Hjh, LZ berjaya harungi segala dugaan tersebut.. All my hard work paid off in the end. Thank you Kak Hjh for thinking of me, really appreciate it *hugs*..
DeleteAlhamdulillah semuanya telah berjaya dilalui dgn tabah walaupun onak duri ranjau berliku sebelum sampai ke tahap ini... walaupun pernah melalui fasa down tp skrg mesti dah puas hati dgn pencapaian sendiri kan? mmg family is our trully support system... mulanya baca mmg terasa sesak tp endingnya lega dan buat tersenyum.. congrats LZ!
ReplyDeleteTepat sekali apa yang Kak Mim nyatakan, alhamdulillah syukur penat lelah LZ selama ni berhasil Kak Mim..
DeleteWelcome back. Faham sangat menulis ni betul2 kena ada mood. Apapun kena pandai prioritykan apa yang penting dahulu.
ReplyDeleteThank you Faizal.. Tepat sekali, kalau takde mood memang tak boleh paksa kann.
Deletetahniah sis...mmg kene pndai bahagi masa jugak...betul2 x larta, mmg biarkan aje...salam kenal ya
ReplyDeleteBetul adnil, kena bijak bahagi masa.. Kalau tidak memang serabut.. Anyway, terima kasih sudi singgah..
DeleteDah betullah tu cara LZ. Kawal benda yang kita boleh kawal sahaja cara hidup kita, famili dan sikap kita. Lepaskan aje pandangan orang pada kita itu bukan tanggungjawab kita dalam erti kata lain beras kita sendiri beli bukan mereka hahahaa... dan tahniah juga dah tamat pengajian ;-)
ReplyDeleteSetuju dengan statement Mrs. A.. Faktor usia juga membuatkan LZ malas ambil peduli perkara remeh-temeh..
DeleteHarap tidak tertekan lagi.
ReplyDeleteHehe itulah tengok templet berbeza pula kali ini.
Alhamdulillah NA, LZ semakin pulih dan berpijak di bumi yang nyata, hehehehe..
DeleteAlhamdulillah, you did well in your exam. Congrats LZ 🌷
ReplyDeleteAnd welcome back! Mesti byk cerita nak dikongsikan ...
Thank you so much Puan Hazel..
DeleteTu laa tak sabar LZ nak kongsi cerita dan keep in touch dengan rakan blogger kita yang lain..
Welcome back. Looking forward for your next post. Take care ya, jangan push sangat life. Biar santai santai je bak kata Faizal Tahir. Hahah
ReplyDeleteThank you so much Zhi..
DeleteYou too, take care and keep you blog update okay.. Nak tahu cerita terkini ;)
Tahniah LZ, dapat keputusan cemerlang! Salam kenal. Btw, cantik blog ni.
ReplyDeleteTerima kasih Sharhanah..
Deletewelcome back kak...
ReplyDeleteTerima kasih Dana..
DeleteWelcome back sis LZ .. Betul kadang² kekangan dengan kerja dan tanggungjawab lain tak sempat nak jenguk blog kan . Lagi² bila baca journey sis LZ .. Aishhh . Kena me time pergi healing2 jgk tue .. Stressed out
ReplyDeleteThank you Cik CL.. Betul tu, LZ kena cari hobi untuk healing2 sementara belum ada masa untuk bercuti..
Deletewelcome back ... congrats on great result!! moga hari2 yg mendatang makin ok, makin ceria!!!
ReplyDeletemesti mcm2 nak story ni kan..looking forward key!!
Alhamdulillah, terima kasih MA.. :)
DeleteBetul MA, banyak cerita ingin dikongsi dengan rakan-rakan blogger, rindu!
Welcome back! Tahniah kerana berjaya dapat score yang diinginkan setelah melalui pelbagai dugaan.. Syukur ada encik suami yg menyokong.. Semoga sihat selalu..
ReplyDeleteAlhamdulillah dan terima kasih Nona Sani.. :)
DeleteWelcome back! tahniah dapat straight A...take care!!
ReplyDelete