Hikayat 1001 Rasa Bufet Berbuka Puasa di Klana Resort Seremban

HIKAYAT 1001 RASA BUFET RAMADAN DI KLANA RESORT SEREMBAN | Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera kepada semua pembaca blog ini. Bulan Ramadan 1445H akan tiba esok menandakan umat Islam di seluruh dunia akan berpuasa. Alhamdulillah kerana masih diberi kesempatan untuk menyambut bulan yang mulia ini, Ramadan al-Mubarak. Rutin harian ibu bapa juga sibuk serentak dengan sesi persekolahan yang baru dibuka.

Seperti biasa setiap kali tiba bulan Ramadan, pihak hotel turut menawarkan pakej berbuka puasa. Ia juga merupakan masa di mana keluarga dan rakan-rakan berkumpul untuk berbuka puasa dengan hidangan istimewa. Salah satu tempat yang menawarkan bufet Ramadan dengan juadah yang menarik untuk berbuka ialah di Klana Resort Seremban.

Bufet Berbuka Puasa Hikayat 1001 Rasa

Baru-baru ini saya diberi kesempatan untuk memeriahkan pre-Ramadan Buffet di Klana Resort Seremban. Bagi mereka yang tidak tahu lokasi hotel ini, ianya terletak di tengah-tengah Bandar Seremban. Sepanjang Ramadan, hotel ini menawarkan bufet berbuka puasa dengan tema Hikayat 1001 Rasa pada harga yang berpatutan. Baucer early bird hanya RM80 sahaja seorang.

Bufet Ramadan Hikayat 1001 Rasa

Bufet Ramadan di Klana Resort Seremban menampilkan pelbagai jenis hidangan yang pasti memikat selera pengunjung. Daripada hidangan tradisional Melayu citarasa Negeri Sembilan seperti nasi hujan panas, nasi berlauk, ulam dan rendang kepada penggemar daging panggang, boleh juga dinikmati di sini. Bufet ini juga termasuk pelbagai pencuci mulut yang lazat, termasuk kuih tradisional, kek dan pastri yang sudah pasti memikat selera pengunjung.

Gerai daging panggang

Aneka cucur

Lihat sahaja makanan yang tersusun sepanjang meja malah pengunjung yang tak sabar-sabar mencuba sendiri hidangan yang disediakan. 

Ramadan Buffet

Semasa majlis pelancaran pre-Ramadan Bufet ini, saya sempat bersembang dengan 'orang kuat' Klana Resort Seremban ini, beliau memaklumkan bahawa hidangan yang ada pada hari itu hanya sebahagian menu sahaja. Semasa bulan Ramadan nanti, menu akan ditambah malah ruang makan akan ditukar ke bahagian lebih luas untuk kemudahan dan keselesaan pengunjung.

Pre-Ramadan Buffet

Untuk pengetahuan pembaca, bukan sahaja makanan yang lazat menjadikan bufet Ramadan di Klana Resort begitu istimewa tetapi suasananya ruang makan turut menarik dengan hiasan tradisional Ramadan yang menghiasi ruang makan dan muzik yang menenangkan dimainkan di latar belakang. Pengunjung dapat berbuka puasa dalam suasana yang tenang dan damai, dikelilingi oleh orang tersayang dan layanan mesra kakitangan.

Tetamu VIP

Di meja VIP, isteri Menteri Besar Negeri Sembilan, YABhg. Datin Seri Hajjah Wan Hasni Wan Yusof yang mewakili YAB Dato' Seri Hj. Aminuddin Harun, EXCO Kerajaan Negeri Sembilan, YB Nicole Tan dan pengurusan Klana Resort Hotel Seremban.

Kuih lopes

Saya kongsi sedikit juadah yang diambil semasa sesi pre-Ramadan tempoh hari. Semua sedap-sedap belaka.. Kalau boleh nak rasa semua tapi terlalu kenyang dan tak cukup masa untuk rasa semua menu yang ada..

Nasi hujan panas, kari kambing, daging salai dan rendang maman

Coffee is a must

Selain bufet, Klana Resort juga menawarkan pakej istimewa Ramadan yang merangkumi penginapan dan faedah tambahan, seperti akses kepada kemudahan hotel dan pakej seminar termasuk bufet sahur, berbuka puasa buffet, moreh serta penginapan di bilik Deluxe. Pakej ini adalah cara terbaik untuk memanfaatkan pengalaman Ramadan pengunjung sepenuhnya dan mencipta kenangan yang berkekalan bersama keluarga dan rakan.

Live band

Jadi, jika pembaca sedang mencari tempat berbuka di sekitar Seremban, boleh singgah di Klana Resort Seremban. Saya percaya hidangan Hikayat 1001 Rasa akan memberi pengunjung suatu pengalaman menjamu selera yang menarik sempena menyambut bulan Ramadan tahun ini. 

Bagaimana pula dengan pembaca, ada berhajat untuk berbuka puasa di hotel tahun ini? Boleh kongsi di ruang komen..

Sebelum berakhir, saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan Selamat Menyambut Bulan Ramadan 1445H. Semoga amalan kita diterima dan kita dapat menghayati bulan Ramadan ini sebaik-baiknya, in syaa Allah.. 

Setakat ini sahaja perkongsian saya kali ini. Sehingga kita berjumpa lagi di post akan datang. Thank you for reading & have a great day everyone!

Regards,


12 Comments:

Nice..Price nowadays..Haihhh..x mampu sy =)

kalau pegi buffet ramadhan...mcm2 nk mkn tp tula perut kecik je kan so kena pilih2 je la

Ramadhan kareem LZ!.
Menarik nampaknya tempat ni.

Menjawab soalan LZ :. Saya belum ada plan utk berbuka di hotel, sbb teringatkan menu2 bazaar ramadhan di tempat favourite last year, spt melambai2 saya utk ke sana lagi. Tengok nt kalau dah bosan di sana, baru survey mana2 yg ada buffet, insha Allah.

Setuju dengan ni3za, makan memang sedap tapi kalau tak berbaloi dengan harga terasa rugi pula kann..

Bufet kena dengan pemakan, kalau sejenis perut kecik rasa rugi.. Makan sikit dah kenyang, sayalah tu.. :)

Allahu Akram..
Memang menarik sebab suasana santai di kelilingi makanan yang banyak.. Waaahhh tempat favourite Kak Hjh tentu special sampai terasa melambai2 untuk ke sana.. In syaa Allah ada rezeki boleh ke sana lagi.

Harga untuk seorang kali ni memang naik. Sama juga dengan tempat2 yang lain. Saya suka nama tema ni Hikayat 1001 rasa. Catchy nama tema....

Nampak kuih lopes dan coffee, both favorite sangat2. Tapi nampak semua food sedap, suasana pun best

Selamat berbuka puasa
Ramainyer menu pilihan sesedap

Sesuai temanya hikayat 1001 rasa hehehee

Salam Ramadhan kak..

Cuya belum pernah ada pengalaman berbuka di hotel lagi, sekadar berbuka di rumah beli pasar malam je dengan keluarga. Tapi kalau ada peluang teringin juga ke hotel.. hehe

kalau bab makan ni saya memang gemar... nak kena tong2 dengan suben kalau nak datang ni. terima kasih atas perkongsian

Post a Comment

Leave your friendly messages here ^_~
Feel free to visit my blog again..
Thank you very much!

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More