Welcome..

Tuesday, March 18, 2025

Bila Shopping Raya di Mall Kian Sendu

BILA SHOPPING RAYA DI MALL KIAN SENDU | Salam Ramadan dan Selamat Sejahtera kepada semua pembaca blog ini.. Pertanyaan saya sebagai mukadimah post kali ini - Baju raya dah beli? Apa warna tema kali ini? Berapa pasang? Ehh macam makcik bawang, sibuk tanya hal orang.. hehehehe 

Menjawab kepada persoalan di atas, saya dah beli baju raya. Tema raya tahun ini dark blue, warna pilihan anak so kita layan saja.. Bercerita tentang persiapan baju raya, minggu lepas saya ke AEON Seremban 2 dan hujung minggu ke Paradigm Mall di Kelana Jaya. 

Terdapat beberapa baris booth menjual baju raya tapi ternyata tak meriah seperti tahun-tahun sebelum ini, sendu gais!

AEON Seremban 2

Al-kisah kita sedia makluman, bila minggu akhir Ramadan menjelang, pusat membeli-belah biasanya akan dipenuhi dengan pelbagai jenama fesyen yang menawarkan koleksi baju raya pelbagai jenis dan warna. 

Sebut sahaja warna apa, fesyen macam mana? Dari baju kurung moden hingga baju Melayu teluk belanga, cekak musang dan sebagainya, suasana di mall biasanya meriah dengan promosi, bunting warna-warni dengan orang ramai yang sibuk memilih pakaian untuk Syawal. Tapi tahun ni, saya perasan kemeriahan tu macam kurang sikit. Ada sesuatu yang berbeza - baju raya masih ada dijual tapi tak semeriah dulu..

AEON Seremban 2

Kalau dulu orang sanggup bersesak-sesak di shopping mall untuk mencari baju raya tapi sekarang saya rasa ramai yang lebih selesa beli secara online. Hanya klik, bayar dan tunggu barang sampai. Jadi tak perlulah bersesak-sesak, berebut saiz dan beratur di fitting room.

Paradigm Mall, Kelana Jaya

Saya rasa ekonomi yang mencabar juga memainkan peranan dalam hal ni.. Harga barang naik, kos sara hidup semakin tinggi, jadi ramai yang berhati-hati semasa berbelanja.. Ramai yang mengutamakan perbelanjaan keperluan seperti makanan dan keperluan rumah daripada membeli baju raya berpasang-pasang dengan harga yang keras..

Lagi satu, mall bukanlah satu-satunya tempat yang membeli baju raya. Banyak lagi tempat, bazaar menjual baju raya sekarang pun banyak dengan tawaran harga lebih rendah dan paling penting harga masih boleh tawar-menawar berbanding di shopping mall.

Agak-agak apa masa depan baju raya di mall akan datang? Mungkin shopping mall begini perlu ikut trend semasa dengan membuat kolaborasi dengan jenama terkenal, lebih banyak pengalaman membeli-belah secara interaktif atau lebih banyak diskaun harga menarik? 

Apa pun, budaya membeli-belah di shopping mall masih ada peminatnya tapi takde crowd yang besar berbanding dulu. Keadaan sudah berubah mengikut peredaran zaman. Kalau shopping mall di Jalan TAR, SOGO etc lain cerita.. Setiap tahun memang jadi tumpuan orang ramai.. Ni kita cerita shopping mall di luar Kuala Lumpur..

My lovely readers pula macam mana? Tahun ni beli baju raya di mana? Shopping mall, online, butik, bazaar.. Jom share..

Begitulah kisahnya cerita bila shopping mall jual baju raya kian sendu.. Okay itu saja.. Sehingga kita berjumpa lagi di post akan datang. Thank you for reading & have a great day everyone!


Regards,


5 comments:

  1. Kami dah setel semua baju raya, beli online je... raon di shopping mall utk ambik suasana nak raya je... hehehe

    ReplyDelete
  2. PH pun perasan jualan raya kali ni agak gambar. Selain faktor yg LZ mentioned, satu lagi faktor is sekolah baru buka. Sedih bila baca news ada yg cakap keperluan sekolah pun belum setel, inikan pula keperluan raya :(

    ReplyDelete
  3. linda beli online je...itu pun bulan 12 tahun lepas dah selesai baju raya semua...

    ReplyDelete
  4. Betul tu..Sy pun raya jualan baju raya dkt mall kali ni mcm sendu sikit

    ReplyDelete
  5. Banyak juga baca komen, jualan baju di Mall agak slow tahun ni. Mungkin tunggu hujung2 kot.

    ReplyDelete

Leave your friendly messages here ^_~
Feel free to visit my blog again..
Thank you very much!