Showing posts with label Facebook. Show all posts
Showing posts with label Facebook. Show all posts

Thursday, November 28, 2019

,
FACEBOOK NEWS FEED, 10 BERITA TERKINI | Lama sudah tak bersiaran dek masa yang sering mencemburui saya, ewahhh itu baru mukadimah hehehehe.. Tak ada cerita menarik untuk dikongsi bersama, itu punca sebenarnya.. Hari ni kerja banyak jadi bila break sebentar saya ambil kesempatan untuk check Facebook.. Bila meninjau news feed di Facebook macam-macam cerita, so saya kongsi di sini 10 berita yang lalu di news feed Facebook saya sebentar tadi..

Facebook news feed

1. Berita Harian Online 


Berita Harian Online
Aduhai Emma lepas ni jadi laa Lecturer Psychology kalau dah penat jadi wanita 'psiko', apa pun akak tak kisah..


2. BMF Official 

BMF Official
Iklan tentang Home Tuition yang dianjurkan oleh Cikgu Atiqah sempena cuti sekolah. Bagus Cikgu Atiqah ni, rajin dan pandai mencari peluang..

3. Bokitta by Butik Yasmeen

Bokitta by Butik Yasmeen

Ini iklan sponsored dari Bokitta khas untuk peminat tudung Bokitta.. Iklan ini bukan untuk saya memandangkan saya bukan pengemar tudung Bokitta. Saya sarung tudung bawal atau shawl yang sesuai dengan citarasa dan warna baju saya.

4. Dr Zakir Naik

Dr Zakir Naik

Saya follower Fb Page Dr. Zakir Naik untuk mengikuti perkembangan dakwah beliau.. Beliau turut berkongsi petikan surah dengan maksud bagi memberi kefahaman kepada umum. Bagus untuk muhasabah diri.

5. FOX 29

FOX 29

Ini takde cerita lain, mak buat prank kata dah habis makan semua gula-gula anaknya semata-mata nak tengok reaksi anak. Budak ni cool dan tak tantrum langsung.. Bagus budak ni matang..

6. Governmentjobindia 

Governmentjobsindia

Tak tahu mana datangnya page ni mungkin sebab ada antara rakan Fb saya comments.. Video tentang kucing liar yang terselamat dari perangkap.. Saya tak tengok habis video ni sebab tak berkenaan..

7. Ikea

IKEA SALE

Bulan Disember akan tiba tak lama lagi jadi Ikea akan mengadakan SALE.. Berita ni memang saya minat, hehehehe.. 50% discount memang best, harus pergi meramaikan Ikea store, pusing-pusing cari parking, suami give up langsung hilang mood shopping, hehehe..

8.   Mood Aesthetic

Mood Aesthetic

Video tentang perjalanan di laluan pokok-pokok pines di kiri kanan yang dilitupi dengan salji dan sempena filem Frozen 2 yang sedang giat ditayangkan sekarang.. Bila tengok video ni dengan sepenuh perasaan terasa sejuk dan fe-feelings salji di Malaysia.. Ohhhh wake up, wake up.. appraisal atas meja tu belum submit okay, cepat siapkan!.. Langsung terjaga dari mimpi, haish!..

9. Siakap Keli

Siakap Keli

Siakap Keli ni tak habis-habis viral cerita pelik-pelik.. Biaq pi laa budak tu nak buat magic ke apa.. Budak-budak sekarang biasalah pantang ada peluang mesti buat benda yang boleh jadi viral.. 

10. The Loteng

The Loteng

Iklan ini khas untuk pemilik rumah yang berhasrat buat stor tambahan di ruang atas memang kena pada nama The Loteng. Saya pun tak tahu kenapa iklan ni lalu news feed saya..


Begitulah antara berita di Facebook news feed saya sebentar tadi.. Sekadar baca tajuk dan lepas tu cepat-cepat letak phone di tepi kalau saya layan social media ni memang kerja lain tak jalan, sangat melalaikan.. ..

Related posts :




Regards,


Loading...

Friday, October 13, 2017

,
JADUAL LENGKAP HARIAN | Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera kepada pembaca blog ini.. Salam Jumaat juga diucapkan kepada muslimin dan muslimat sekalian.. Sempena hari Jumaat yang penuh barakah ini, saya ingin abadikan sebuah perkongsian dari Facebook milik saudara Roslan Ab Hamid, seorang Pakar Public Speaking, Guru Business & Komunikasi menyatakan seperti berikut:
#islamicquote
AMALAN KEHIDUPAN HARIAN

1. Bangun awal 4 pagi. Dalam suasana dingin dan sunyi.
2. Mulakan hari dengan mengadu pada Allah SWT.
3. Mandi sebelum subuh. Mandi antara Maghrib dan Isya'
4. Mulakan perjalanan awal pagi dengan pergi ke rumah Allah.
.
5. Baca al Quran walaupun selembar cuma. Semak tafsir.
6. Exercise awal pagi sekurang kurangnya 30 minit.
7. Membaca sekurang kurangnya 100 muka surat sehari : 100 -150 buah buku setahun.
.
8. Baca Hadith dan Sirah setiap hari. Sedekah walaupun RM1.00
.
9. Menulis sekurang kurangnya 1000 patah perkataan sehari.
10. Bekerja secara produktif denga tekun 6 jam sehari.
11. Kurangkan makan. Makan makanan sihat. Minum banyak air.
.
12. Usah ambil kisah apa orang kata. Usah jadi bulldozer orang.
13. Utamakan keluarga. Berikan kasih sayang melipah ruah. Peluk isteri, sayangi suami bagi yang telah berkahwin.


14. Solat awal waktu. Belajar agama berguru.
15. Puasa Isnin dan Khamis. Banyakkan istighfar..
.
16. Belajar melalui YouTube -1 jam sehari.
17. Bina perbualan agung dengan orang hebat. Melabur dalam networking halal.
.
18. Sentiasa tulis log budi. Usaha balas budi. Doakan ayah bonda walaupun mereka telah tiada.
.
19. Usah banyak sembang kencang dan gebang meroyan.
20.  Kejapkan silaturahim dalam apa jua cara sekalipun. Muliakan semua orang samada yang tua mahupun yang muda.
.
21. Tidur selepas Isya' dalam keadaan lapar. 
Tidur "relatif masa" 8 jam. Maafkan semua orang. Hidup tenang tanpa beban.

Sekiranya kita dapat amalkan segala aktiviti yang dikongsi beliau, in shaa Allah kita akan jadi orang hebat.. Mulakan sedikit demi sedikit.. Kata pepatah : Alah bisa, tegal biasa..

Semoga perkongsian ini dapat dimanfaatkan bersama..
Sesiapa yang berminat boleh mengikuti penulisan beliau di blog : ROSLAN AB HAMID
Akhir kata, HAPPINESS is knowing the purpose of your life..
Sekian, jumpa lagi di lain entri..
Wasalam..




Follow Us @ladyinredplanner