RANDOM POST : TEMPAT MAKAN VIRAL TAK SELALU INDAH | Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera kepada pembaca blog ini.. Al-kisah saya ingin berkongsi tentang cerita random dan aktiviti hari Ahad lalu.. Sekadar berkongsi cerita santai..

Sebelum itu nak cerita apa yang berlaku pagi ini.. Saya hantar Arief ke sekolah, banyak kereta sepanjang perjalanan padahal masih dalam kawasan perumahan yang sama.. Mungkin disebabkan awal pagi tadi hujan lebat so kebanyakkan parents hantar anak ke sekolah dengan menaiki kereta.. Bila kereta banyak di atas jalanraya maka macam-macamlah kerenah pemandu.. Ada yang masuk simpang tak bagi signal, ada yang bawa kereta macam ular kena palu, belum lagi menukar lorong secara tiba-tiba.. Awal pagi dah kena istighfar banyak-banyak, terkadang ada juga spontan terkeluar ayat makian (sambil tekup mulut).. Ampunnn saya hanya manusia biasa tak lari dari dosa.. 

Pagi yang sibuk

Okay itu cerita pagi tadi.. Kita sambung pula cerita hari Ahad (16 Julai 2023) lalu.. Saya bawa si Kenzo ke klinik veterinar. Appointment pukul 11.30 pagi.. Si Kenzo ni ada masalah bulu gugur melampau.. Bulu si Kenzo gugur teruk di bahagian belakang telinga dan badan.. Hampir tak berbulu, risau bertukar dari domestic short hair breed ke kucing Sphynx, hehehe.  So saya dapatkan rawatan segera bimbang semakin teruk. Siapa tak tahu rupa kucing sphynx boleh tanya pakcik Google..

Klinik veterinar


Hasil pemeriksaan, doktor beritahu, jika kucing mengalami keguguran bulu yang teruk disebabkan beberapa sebab utama antaranya:

1. Bertukar diet pemakanan secara drastik
2. Parasit dari persekitaran 
3. Kemurungan mungkin disebabkan stress ada kucing baru

Si Kenzo

Dari semua punca di atas saya syak si Kenzo ni tak happy sejak kehadiran Tommy dan Moschino. Si Tommy dan Moschino ni agak diva dan kurang mesra.. Bila campur dengan yang lain mulalah dia hissing seperti ingin bergaduh.. Jadi mungkin si Kenzo ni stress.. Nak kata diet sebab tukar kibbles, saya rasa bukan itu puncanya. Si Kenzo ni bukan cerewet dari segi pemakanan.. Selama ni apa sahaja kibbles dialah si bulus pertama yang akan makan.. 

Si Tommy dan Moschino

Sekiranya berpunca dari parasit memang tidaklah sebab saya sangat menjaga kebersihan persekitaran memandangkan semua kucing saya indoor, so saya sangat mengutamakan hygiene supaya rumah tidak berbau. On top of that, selain Kenzo, si bulus lain takde masalah bulu gugur itu yang menjadi kemusykilan saya unless si Kenzo sejenis kulit sensitif. Doctor bagi pil untuk boost antibody dia dan tetapkan appointment seterusnya selepas 14 hari..

Selepas selesai temujanji veterinar, saya hantar Kenzo balik rumah sebelum keluar semula ke Happy Garden Nursery di Lotus Seremban 2. Sesekali healing dengan pokok-pokok pula..  

Happy Garden Nursery

Kali ini banyak stock pokok-pokok hiasan baru.. Rambang mata dibuatnya.. Ronda pusing-pusing sekitar nursery satu kepuasan seperti mengelilingi taman bunga..
 
Caladium

Pembaca ingat tak ada satu masa ramai orang mencari pokok keladi caladium ni.. Sekarang berjenis-jenis pokok calidium ada kat sini, harga mungkin tak semahal sebelum ini..

Bougainvillea

Saya pula teruja dengan bougainvillea yang berwarna-warni.. Mana tak teruja, pokok rendang tapi dah berbunga lebat. Berbeza sungguh dengan pokok bougainvillea yang saya tanam di rumah, boleh harap tinggi melampai tapi masih belum berbunga.. Tak tahu mana silapnya, mungkin saya tak reti jaga kot.. 

Pokok herba

Puas pusing satu nursery akhirnya saya beli beberapa pokok herba antaranya basil, rosemary, thyme, pokok daun kesum, pokok daun sup, pokok tomato cherry, pokok pudina manakala pokok bunga pula jenis salvia hispanica dan pokok halau nyamuk, jeremin. Tak pasti jangka hayatnya berapa lama, tunggulah saya update dari semasa ke semasa..

Salvia hispanica dan parsley

Bila dapat semua pokok yang dihajati, hati pun riang barulah mula terasa lapar.. Jam pula menunjukkan pukul 2.15 petang. Kebetulan saya teringin pergi satu tempat makan ni.. Tempat makan ni viral di TikTok.. Menu pun pelbagai ada western food, snack dan sup. Semua nampak sedap dan influencer dalam video berkenaan bagi rate 8 - 9/10 setiap menu.. Lokasi pun tak jauh dari Seremban 2..  Alang-alang dekat, why not saya cuba walaupun saya bukanlah sejenis mudah terpengaruh dengan benda viral. 

Malangnya indah khabar dari rupa.. Konsep tempat makan ni open air.. Ketika itu pukul 3.00 petang dan cuaca agak panas. Pelanggan dikehendaki membuat pesanan dan bayar di kaunter ala food court. Selepas membuat pesanan, pelanggan perlu tunggu nombor dipanggil.. Waktu itu agak ramai customer, al-maklum tempat viral. Saya ingat waktu menunggu tak lama, rupa-rupanya 1 jam 15 minit belum tentu dapat makan.. Saya tengok ramai orang berulang-alik ke kaunter bertanya tentang 'status' pesanan mereka.. 

Walaupun sudah hampir 1 jam menunggu di bawah panas matahari, saya tetap setia di situ hingga nombor pesanan saya dipanggil. Sebelum tiba giliran pesanan saya disediakan, saya minta supaya makanan saya dibungkus. Tak sanggup menunggu lebih lama di situ. Bila dapat makanan saya pun terus masuk kereta dan berlalu, pergi.. Dalam sejarah hidup, tempat makan paling lama saya tunggu pesanan.. Repeat? Memang tak laaa.. Itulah sebab utama mengapa saya elak ke tempat makan viral.. Selalu saya terkena tempat makan viral tak selalu indah.. Biasanya indah khabar dari cerita sebenar. Saya bercerita dari pengalaman sendiri, mungkin pengalaman anda berbeza dari pengalaman saya.. Bagaimana pula anda? 

Begitulah secara ringkas random post hari Ahad lalu.. Setakat ini sahaja perkongsian saya kali ini. Sehingga kita berjumpa lagi di post akan datang. Thank you for reading & have a great day everyone!



Regards,