KEBUN MINI DAN CERITA HARI SABTU | Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera kepada pembaca blog ini.. Hujung minggu adalah hari yang ditunggu-tunggu.. Hari untuk diri sendiri dan keluarga. Penat dengan pelbagai karenah dan tugasan di pejabat, balik kerja feeling so happy when the next day is Saturday and Sunday..
Pokok bunga salvia hispanica |
Pagi Sabtu sementara washing machine bekerja, saya ke halaman rumah menjengah mini garden yang tak seberapa. Belek pokok-pokok yang baru ditanam dalam pasu. Hopefully sihat semuanya..
Cactus |
Spider plant |
Begitu juga dengan spider plant, sekali beli cuma sepasu, lama-kelamaan beranak-pinak, maka banyaklah pasu si spider plant ni di halaman rumah, meriah dengan spider plant gantung sana-sini.
Pokok mint dan tomato cherry |
Hurrrmmm pokok tomato ni nampak hampir menemui ajal, pucuk semua kering dan layu.. Tak semena-semena buah tomato semua kuning seperti masak sebelum waktu.. Apa pun kita tunggu seminggu lagi, tengok perkembangannya.. Di hujung sana pokok mint.. harap hidup dengan jayanya..
Mesti ada yang terdetik, apa fungsi botol air tengah tu? Botol tu berfungsi untuk simpan air.. Di bahagian penutup botol saya buat lubang dan ikat tali supaya air tadi keluar secara dripping.. so tanah akan sentiasa moist..
Pokok daun kesum |
Ini pula pokok daun kesum, must have pokok sebab saya suka makan asam pedas. Jadi kalau mati harus tanam yang lain supaya stok daun kesum tak putus, tak boleh takde di my mini garden.. Nampak sihat si kesum ni, kena jaga elok-elok..
Puas membelek tanaman, kita masuk dapur to prepare breakfast..
My lovely kitchen |
Pagi ni plan goreng nasi, ada sedikit pastry dan croissant, I bought from La Boheme Bakery AEON Seremban 2 during lunch hour on Friday.
My ala farmhouse kitchen |
The buttery croissants and pastries were very nice, so sedap and lembut with sardine and curry chicken filling.. Croissant laku keras, Arief makan seketul sementara tunggu nasi goreng siap..
Croissant and pastry |
Perkenalkan kitchen gadget baru saya, rice washer strainer beli di SSF.. function teruk okay. Senang kerja mencuci beras..
SSF Rice washer strainer |
This is our main breakfast on Saturday, nasi goreng kampung hasil bantuan periuk Noxxa - cepat dan dapur tak berkecah.. Kalau goreng nasi, I like letak banyak ikan bilis goreng rangup..
Nasi goreng kampung |
Ayam goreng hasil air tangan my husband.. Lengkaplah menu breakfast tak seberapa di pagi Sabtu yang mendung.. Tengah hari I cooked sup ayam for lunch.. Simple, makan dengan ketupat mini, bihun or nasi.. Again I guna rice washer strainer untuk tos ketupat mini.. Gambar bawah ni sebelum makanan dihidang..
Sup ayam |
Penat di dapur kemas itu ini, kami makan malam pun awal.. so ada masa untuk makeover master bedroom.. I have told you before kann that I love makeover, ubah perabot sana sini in the house is my passion.. Little makeover ni saya plan dah lama tapi masih belum terlaksana, sometimes time is very limited begitu juga dengan budget. Jadi buatlah sikit-sikit ikut kemampuan..
Apa yang kita suka, kita mampu buat adalah satu kepuasan.. Sebelum spend dengan jumlah yang besar, I have to think wisely sebab ada perbelanjaan penting yang lain perlu didahulukan seperti keperluan persekolahan anak walaupun ada sumber dari husband.
Master bedroom makeover |
Strandmon wing chair ni dari Ikea, sebelum ni saya letak di bawah tapi si bulus occupied the space so bulu melekat. Lepas hantar cuci, saya bawa sofa ni masuk bilik. Not much space tapi adalah ruang baru untuk membaca dan berangan.. To give a cozy feeling saya sangkut frame gambar dan letak bunga hidup.. For me kalau takde pokok hidup rasa ada sesuatu kurang lengkap.. Indoor plants always bring calmness to me..
Reading corner |
Little makeover macam ni pun happy enough untuk terapi minda.. Bila tukar-tukar sikit macam ni dapat mood baru.. For the time being itulah keadaannya.. Walaupun limited space tapi ruang penting to relax and start a new day.
Alhamdulillah for everything.. Setakat ini sahaja perkongsian saya kali ini.
Sehingga kita berjumpa lagi di post akan datang.
Terima kasih kepada pembaca yang sudi singgah & have a great day everyone!
Regards,
29 Comments:
best dapat bercucuk tanam
Masyaallah!. Semua tanaman menjadi nampaknya tu LZ. Subur2 dan gebu.
Rice strainer tu menarik. Rasanya ia bleh juga diguna utk basuh sayur2an and salad juga tu.
i love your mini garden, i love you kitchen. cantik! have a great weekend sis
kak sorry nak beritahu..dekat blog akk ni kan, yg iklan atas tu dia ada keluar iklan Bible la kak..taktahu la akk perasan ke tak
It's okay Cuya.. so far tak appear semasa akak browse.. Mungkin ikut algorithm browser pembaca.. Anyway akak akan review iklan Adsense dan block unnecessary ads. Thanks for your concern dear..
Alhamdulillah, saya suka gardening..
Alhamdulillah Kak Hjh.. Harap ada rezeki dari tanaman tu.. Betul, rice strainer tu multipurpose, best!
Thank you so much ShirVen.. take care..
seronok nya gardening di hujung minggu.. btw.. cantik nya kitchen... putih jer..nice!
Seronoknya dapat cucuk tanam macam ni...SA jangan harap la...Pak Zain akan hijack...tanam sayur takpe...
thanks for dropping by at my lil blog. ni saya buat kunjungan balas. u hava a nice house! i like ur garden too esp pokok kesum dan tomato tu..my pokok kesum dh nazak dah..nak kena tanam yg lain, dan i tak pernah tanam pokok tomato..dh masuk dlm shopping cart shopee, so later2 nak beli pokok tomato tu ;)
cantiknya dapur akak, mesti best berlamaan kat situ... Geram tengok pokok tomato ceri akak tu, banyak buahnya
Cantik dapur. Tanaman tu kena baja elok2 la kot supaya subur.
Daun kesum tu segar la. Kena tanam jugak la. Nak masak asam pedas nak membelinya tu kadang susah cari.
gerammmm je sy tgk tomato ceri tuuuu... kalau gatal tangan sy dtg petik hahahahaha
Best gardening mummy Ayu, sekadar mengisi masal lapang.. Kitchen budget saja, alhamdulillah..
SA kena pujuk Pak Zain dulu, dapat green light mungkin SA baru boleh bercucuk tanam hehehehe
Thank you so much Mama Zharfan.. Nampaknya kena check out cepat2 pokok tomato di Shopee risau mati dalam cart hehehehe
Betul Dana, dapur ni bukan saja tempat masak, makan tapi tempat lepak sambil membebel dan bersembang dengan family.. hehehe
Mungkin kena pandai baja baru subur.. ni sejenis asal tanam macam tu laa hasilnya.. Thanks Zhi..
So far daun kesum senang tanam Ezna asalkan tanah sentiasa moist.. Ezna boleh start tanam daun kesum nanti..
Anak pun sama, sebelum pergi sekolah dia petik, makan dalam perjalanan ke sekolah hehehe
nanti boleh la snap full ruang dapur pulak. nak tengok, nampak cantik dan kemas je
Tomato tu walau kata pucuk semua kering nak smpai ajal but still cantik je tgk buah nyer..
Pokok Kesum tu bukan calang-calang orang boleh tanam segar mcm tu .. hebat hebat.. :D
Nampak meriah tanamannya
Betul tu kene tukar kedudukan brg2 dalam rumah supaya sentiasa nampak baru dan ceria :D
Hehehehe bab tanam-menanam pokok ni saya hanya picisan sahaja berbanding pakcik WP..
In shaa Allah tapi sebenarnya malu sebab ruang dapur tak seberapa..
Alhamdulillah TT, saya pun tak arif sangat bab tanam-menanam pokok ni..
Betul TT, pada saya bila alih susunatur perabot boleh ubah mood, hehehe..
Post a Comment
Leave your friendly messages here ^_~
Feel free to visit my blog again..
Thank you very much!