Wednesday, November 07, 2018

,
Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera kepada semua pembaca.. 
Terima kasih diucapkan kerana sudi meluangkan masa berkunjung di blog ini.. Kali ini saya ingin berkongsi tentang ilusi optik iaitu kehebatan otak manusia berfikir dan menzahirkan maklumat yang diterima berdasarkan penglihatan.

Berdasarkan maklumat yang pernah saya baca, ilusi optik berlaku apabila objek yang kita lihat berbeza dari keadaan sebenarnya. Ilusi optik terjadi disebabkan otak kita tidak dapat mentafsir dengan tepat objek yang dilihat oleh mata kerana gangguan keadaan di sekitar objek. Bintik buta tidak mempunyai sebarang reseptor yang peka terhadap cahaya. Hal ini menyababkan imej yang jatuh pada bintik buta tidak dapat dilihat. 

Berikut adalah contoh ilusi optik :

Ilusi Optik
Gambar ini sebenarnya statik, tidak bergerak namun jika dilihat ianya seolah-olah bergerak-gerak. Sekiranya anda focus pada satu titik, kawasan yang diperhatikan tidak bergerak tetapi sekitar kawasan lain tetap bergerak-gerak. Ini merupakan rangsangan otak dan tafsirannya hasil dari penglihatan kita.. 

Ada sebahagian pendapat pula mengatakan effect gerakan cepat menandakan orang itu stress dan sebaliknya.. Namun tiada sebarang pengesahan dibuat oleh mana-mana pakar dalam bidang berubatan berkaitan perkara ini. Kesimpulan saya : sesungguhnya semua itu kuasa Allah..



Sekian sahaja perkongsian saya kali ini
Sehingga kita bertemu lagi di lain entri..
Wasalam..
Byeee..


Regards,


Monday, November 05, 2018

,
Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera kepada semua pembaca blog ini.. 
Post kali ini saya nak share tentang addicted makan ayam kampung goreng garing di sebuah kedai makan bernama Patin Limbongz terletak di Pavilion Square Seremban 2.. Pavilion Square ni just walking distance di belakang office saya..

Al-kisah ini merupakan menu lunch saya lately.. Boleh kata dalam seminggu 3 atau 4 hari pasti akan makan di sini bersama #ganglunch.. So far we all belum jemu makan di sini walaupun kekerapan melampau, hehehe. Tengok Instagram Patin Limbongz pun terasa lapar ditambah pula cuaca mendung begini..

Patin Limbongz
Set ayam kampung RM12.00 di Patin Limbongz
AYAM KAMPUNG

Istilah ayam kampung menurut wikipedia ialah ayam yang dipelihara secara lepas atau bebas. Kebiasaannya ayam ini dipelihara di kawasan luar bandar atau di kawasan perkampungan. Nama saintifik bagi ayam kampung ini ialah Gallus domesticus adalah dari keturunan ayam hutan merah (Gallus gallus) manakala di sebelah Negara Barat mereka memanggilnya dengan gelaran ayam ternak lepas (free range chicken) atau ayam organik (organic chicken).


Gambar bawah ini ayam kampung yang sudah digoreng garing iaitu menu pilihan saya di Patin Limbongz..

Ayam kampung goreng
Rasa ayam kampung goreng garing ini ada keistimewaanya berbanding 'ayam bandar' hehehe. Ayam bandar saya gelar untuk ayam biasa kita beli di pasaraya.

Isi ayam kampung ini lebih pejal, rasa manis fresh selain berprotein tinggi.

Nasi putih
Set ayam kampung di Patin Limbongz didatangkan dengan nasi, ulam, sambal belacan, pilihan sup, kari, kuah patin tempoyak atau kuah masak lemak selain menu utama ayam kampung goreng garing. Semua ini hanya RM12.00 termasuk air sirap atau teh O ais.

Nasi, ulam kacang botor dan timun serta sambal belacan
Sambal belacan
Sambal belacan ni kaw tak cukup sepiring kecil, pasti tambah extra.. 

Sup tetel
Saya lebih suka sup tetel berbanding kuah masak lemak namun masak lemak ada peminat tersendiri..

Nama Patin Limbongz tapi cerita ayam kampung, camne tu.. Sebenarnya banyak lagi menu lain selain ayam kampung.. Ada ikan bakar, sotong bakar, kambing bakar, patin tempoyak, sup tetel etc... Menu ikan patin adalah signature dish di sini selain menu lain so nak tahu lebih lanjut kena datang makan di sini, baru puas hati..

Siapa yang ingin merasai sendiri masakan ayam kampung di Patin Limbongz boleh hubungi nama tokey kedai di namecard ini :

Patin Limbongz
Perkhidmatan catering Patin Limbongz
Selain itu, boleh follow atau cuci mata untuk baca reviews dan update di social media Patin Limbongz seperti berikut :

Deskgram : Patin Limbongz
Instagram : Patin Limbongz 
Facebook : Patin Limbongz

Alamat Patin Limbongz :




Lot B-13 Kompleks Dataran Usahawan (Pavilion Square) 
Seremban 2 N9 (belakang Kompleks PKNNS  / Ibupejabat SAINS)

🕐 Open : 11.30 pagi hingga 7.00 petang (setiap hari)
📲 019-8714933 (Abu)


Setakat ini sahaja perkongsian saya.. Sesiapa dekat kawasan ini jangan lupa singgah..
  Sehingga kita bertemu lagi di lain entri..
Sekian, wasalam..
Byeee...


Regards,


Saturday, November 03, 2018

,
Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera kepada semua pembaca blog ini..
Untuk pengetahuan pembaca bulan Oktober lalu merupakan bulan yang sangat busy dan serabut bagi saya.. Banyak tugasan hakiki di pejabat perlu diselesaikan selain urusan peribadi yang belum selesai sering menghantui fikiran...

Sedang melayan fikiran yang berserabut, saya dapat pula panggilan mencurigakan.. Al-kisah semasa membuat kerja di pejabat tempoh hari, saya terima call dari talian pejabat melalui direct line. Sekiranya saya menerima panggilan dari direct line itu bermakna si pemanggil pernah menghubungi saya. Mereka yang tidak pernah menghubungi saya pasti akan menggunakan hunting line dan panggilan tersebut akan di-screen terlebih dahulu oleh pembantu saya sebelum disambung kepada saya.. Walaupun begitu masih juga ada panggilan begini saya terima..

Panggilan mencurigakan
Strangers call
So I picked up the phone.. Conversation bermula..

Si pemanggil : Assalamualaikum, boleh saya bercakap dengan Pn. L.... Z.......  

Saya : Ya, saya bercakap.

Si pemanggil : Saya (nama) membuat panggilan dari agen yang dilantik oleh A****** dan berdaftar dengan Bank Negara Malaysia. Saya dengan berbesar hati ingin memaklumkan bahawa Puan berjaya dipilih untuk menerima perlindungan insurans bernilai RM20,000.00 selama setahun secara PERCUMA termasuk perlindungan kemalangan, kecederaan... bla..bla..bla.. tanpa membayar sebarang premium (menerangkan pakej insurans yang ditawarkan).

Saya : Maaf, saya tak perlukan insurans ini sebab saya dah ada insurans sendiri.

Si pemanggil : Tawaran ini khas dari pihak A****** memandangkan Puan ada menggunakan perkhidmatan A******. Lagi pun kami berdaftar dengan Bank Negara Malaysia.

Saya : Okay, jika betul apa perlu saya buat?

Si pemanggil : Memang betul Puan. Puan tak perlu ragu-ragu sebab ianya free dan Puan hanya perlu mengesahkan beberapa perkara.

Saya : Apa perkara tu?
 
Si Pemanggil : Okay, saya ingin membuat beberapa pengesahan. Nama penuh Puan ialah L........ binti Z........ .

Saya : Betul.
 
Si Pemanggil : Puan bekerja sebagai (menyebut jawatan saya)

Saya : Iyer betul..

Si Pemanggil : Boleh saya tahu alamat tempat Puan bekerja untuk membolehkan pihak kami menghantar premium insurance ini.

Saya : (Sebut alamat surat-menyurat tempat kerja saya)..

Si pemanggil : Okay terima kasih Puan. Akhir sekali Puan, boleh saya dapatkan nombor kad pengenalan Puan untuk saya tulis dalam Sijil Insurance Puan nanti.

Saya : (Dah mula suspicious).. Eh awak kata tadi dari agen yang dilantik oleh A******. Selaku agen saya pasti pihak A****** ada butir-butir lengkap saya. Kenapa masih tanya saya soalan ini? 

Si Pemanggil : Memang ada Puan tapi saya ingin Puan sebut sebagai pengesahan dengan rekod yang saya ada.

Saya : Boleh sebutkan apa nombor kad pengenalan saya? Nanti saya sahkan apa yang awak sebut.

Si Pemanggil : Saya tahu nombor awal sahaja Puan.. Nombor kad pengenalan penuh Puan saya tak tahu.

Saya : Maaf, saya tak boleh beri nombor kad pengenalan saya kepada pihak ketiga melalui panggilan telefon. Saya rasa awak ni menipu untuk dapatkan butir-butir peribadi saya kannn...

Si Pemanggil : Tak Puan, memang betul saya nak hantar Sijil Insurance kepada Puan seperti yang saya jelaskan tadi.

Saya : Masalahnya saya takde jaminan di sini sama ada apa yang awak katakan ini betul atau tidak. Maaflah saya tak berminat, saya rasa kurang selesa dengan conversation ini. 

Si Pemanggil : Rugilah Puan tolak premium insurance RM20,000.00 ini, FREE Puan..

Saya : Sorry saya tak berminat. Anggaplah saya tak pernah bersetuju dengan apa yang awak tawarkan sebelum ini.

Si Pemanggil : Okay Puan, maaf mengganggu masa Puan. Tapi Puan rugi menolak tawaran ini.

Saya : It's okay..

- END OF CONVERSATION -

Panggilan misteri
Strangers call
Pernahkah pembaca menerima panggilan begini? Lepas saya put down the phone, macam-macam perasaan timbul, perasaan geram, marah semua ada..

Persoalannya : Apakah motif sebenar mereka? Pada firasat saya motif mereka 'memancing' data peribadi pengguna untuk dijual kepada pihak ketiga.. Suka hati dia saja!

Selain itu, saya tak faham mengapa ada orang sanggup bekerja dengan agensi penipuan ini.. Sampai sekarang persoalan ini masih berlegar-legar dalam fikiran saya. Masih menjadi tanda tanya.. Walau apa pun niat mereka, kita perlu sentiasa berwaspada.. Jangan layan apa jua panggilan jika kita tiada urusan dengan mereka bagi mengelakkan diperdaya..


Setakat ini sahaja perkongsian saya..
Sehingga kita bertemu lagi di lain entri..
Sekian, wasalam..


Regards,


Thursday, November 01, 2018

,
Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera to all my lovely readers.. Hope you're all doing great! 
Sekejap sungguh masa berlalu, hari berganti hari, minggu berganti minggu dan bulan berganti bulan maka berakhir sudah bulan Oktober dan kini kita sudah pun berada dalam bulan November 2018. Wah bermadah berhelah gitu, hahahaha.. Seriously cepat sungguh masa berlalu.

Kelmarin saya dapat email jemputan menyertai Lazada 11.11 Blogger Contest - THE BIGGEST ONE DAY SALE! Teruja sungguh I tell you. Nak tahu macam mana muka teruja, macam cik adik bawah ni, terkebil-kebil mata macam tak percaya dapat invitation itu.. 

Credit to Google image
 Sementara saya tunggu Lazada 11.11 Festival Membeli-Belah - JUALAN SEHARI TERBESAR saya sertai Blogger Contest ni dulu.. Jom kita sertai beramai-ramai contest ini supaya lebih meriah.. Jangan lupa Lazada 11.11 Blogger Contest ini bermula dari 1 November 2018 hingga 11 November 2018..

Sebenarnya macam tak percaya, terasa baru kelmarin Lazada buat SALE... Bulan ni ada SALE lagi.. Kali ni Lazada 11.11 Festival Membeli-Belah - JUALAN SEHARI TERBESAR bermula pada 11 November 2018 di Lazada Malaysia. Harga serendah RM1, diskaun hingga 90%. Baucar tunai berjumlah RM11,000,000 dan SLASH IT and SHAKE IT... Hebat!

Lazada 11.11 Shopping Festival - THE BIGGEST ONE DAY SALE!
Setiap kali Lazada buat SALE saya pasti tak akan lepaskan peluang mendapatkan barang yang sudah lama standby dalam shopping chart.. Tunggu masa untuk checkout pada tarikh 11.11 nanti.. Berbaloi-baloi I tell you tambahan pula kali ini THE BIGGEST ONE DAY SALE! Rugi kalau lepaskan peluang..

Okay, time to reveal apakah 3 barang yang saya rancang untuk beli sempena Lazada 11.11 Shopping Festival nanti? So dengan rasa berbesar hati saya kongsi di sini bukan hanya 3 tapi 4 barang itu :

1. Fujifilm Instax Mini 9 + Instax Film (10 pcs) + Album + Close Up + Crystal Case (Fujifilm Malaysia Warranty)

Fujifilm-instax-mini-9-instax-film-10pcs-album-close-up-crystal-case-fujifilm-malaysia-warranty
Fujifilm Instax Mini 9 + Instax Film (10 pcs) + Album + Close Up + Crystal Case (Fujifilm Malaysia Warranty)
Al-maklum saya merupakan planner nerd so instant camera merupakan salah satu accessory yang perlu ada malah sangat bermakna semasa menulis journal. Jadi tak hairanlah kalau saya mengimpikan Fujifilm Instax Mini 9 ini.. Bila ada Fujifilm Instax Mini 9 ini maka bertambah meriahlah planner pages saya nanti..


22pcs-cosmetic-makeup-brush-blusher-eye-shadow
22pcs Cosmetic Makeup Brush Blusher Eye Shadow Brushes Set Kit
Barang kedua ni nampak simple tapi lama saya buat keputusan.. Banyak sangat pilihan sampai rambang mata dibuatnya.. Finally jumpa juga idaman hati.. Berus makeup 22 pieces dengan harga yang berpatutan. Berpandukan reviews barang pula berkualiti.. Apa lagi terus click masuk shopping chart dengan harapan dapat guna berus makeup baru dalam masa terdekat selain tambah koleksi, wink..wink..wink..


FSHM 505A Pro Upgraded 12 Sewing Machine  Options Mini Portable Handheld Sewing Machine Purple
FSHM-505A Pro Upgraded 12 Sewing Options Mini Portable Handheld Sewing Machine (Purple)
Barang ketiga pula mesin jahit. Lama sudah saya mengimpikan portable sewing machine ini.. Bila ada mesin jahit mudah alih seperti ini mudahlah kerja saya nanti terutama jahit lencana sekolah anak. Selain itu saya juga ada perancangan untuk buat projek planner accessories.. Harap impian ini akan jadi kenyataan dengan ada sewing machine ini nanti.. 


ADIDAS Laptop Travel School Backpack Bag
Adidas Laptop Travel School Backpack Bag
Saya suka buat survey lebih awal untuk kelengkapan sekolah anak saya. Untuk pengetahuan, anak saya akan masuk tahun 5 pada 2019 nanti. Saya yakin buku teks dan buku latihan dia akan bertambah. Jadi dia perlukan beg yang tahan lasak. So saya decide untuk pilih beg ini bagi kegunaannya tahun depan.. Mesti Arief suka..

Begitulah barang-barang yang saya rancang untuk beli bila tiba Lazada 11.11 Shopping Festival nanti. Kepada pembaca sekalian jangan lepaskan peluang ini.. Inilah masa untuk kita dapatkan barang dengan potongan harga hebat, ingat LAZADA 11.11 Shopping Festival - THE BIGGEST ONE DAY SALE! pada 11 November 2018 hanya di Lazada Malaysia.


Regards,


Follow Us @ladyinredplanner