Showing posts with label Lazada. Show all posts
Showing posts with label Lazada. Show all posts

Thursday, November 01, 2018

,
Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera to all my lovely readers.. Hope you're all doing great! 
Sekejap sungguh masa berlalu, hari berganti hari, minggu berganti minggu dan bulan berganti bulan maka berakhir sudah bulan Oktober dan kini kita sudah pun berada dalam bulan November 2018. Wah bermadah berhelah gitu, hahahaha.. Seriously cepat sungguh masa berlalu.

Kelmarin saya dapat email jemputan menyertai Lazada 11.11 Blogger Contest - THE BIGGEST ONE DAY SALE! Teruja sungguh I tell you. Nak tahu macam mana muka teruja, macam cik adik bawah ni, terkebil-kebil mata macam tak percaya dapat invitation itu.. 

Credit to Google image
 Sementara saya tunggu Lazada 11.11 Festival Membeli-Belah - JUALAN SEHARI TERBESAR saya sertai Blogger Contest ni dulu.. Jom kita sertai beramai-ramai contest ini supaya lebih meriah.. Jangan lupa Lazada 11.11 Blogger Contest ini bermula dari 1 November 2018 hingga 11 November 2018..

Sebenarnya macam tak percaya, terasa baru kelmarin Lazada buat SALE... Bulan ni ada SALE lagi.. Kali ni Lazada 11.11 Festival Membeli-Belah - JUALAN SEHARI TERBESAR bermula pada 11 November 2018 di Lazada Malaysia. Harga serendah RM1, diskaun hingga 90%. Baucar tunai berjumlah RM11,000,000 dan SLASH IT and SHAKE IT... Hebat!

Lazada 11.11 Shopping Festival - THE BIGGEST ONE DAY SALE!
Setiap kali Lazada buat SALE saya pasti tak akan lepaskan peluang mendapatkan barang yang sudah lama standby dalam shopping chart.. Tunggu masa untuk checkout pada tarikh 11.11 nanti.. Berbaloi-baloi I tell you tambahan pula kali ini THE BIGGEST ONE DAY SALE! Rugi kalau lepaskan peluang..

Okay, time to reveal apakah 3 barang yang saya rancang untuk beli sempena Lazada 11.11 Shopping Festival nanti? So dengan rasa berbesar hati saya kongsi di sini bukan hanya 3 tapi 4 barang itu :

1. Fujifilm Instax Mini 9 + Instax Film (10 pcs) + Album + Close Up + Crystal Case (Fujifilm Malaysia Warranty)

Fujifilm-instax-mini-9-instax-film-10pcs-album-close-up-crystal-case-fujifilm-malaysia-warranty
Fujifilm Instax Mini 9 + Instax Film (10 pcs) + Album + Close Up + Crystal Case (Fujifilm Malaysia Warranty)
Al-maklum saya merupakan planner nerd so instant camera merupakan salah satu accessory yang perlu ada malah sangat bermakna semasa menulis journal. Jadi tak hairanlah kalau saya mengimpikan Fujifilm Instax Mini 9 ini.. Bila ada Fujifilm Instax Mini 9 ini maka bertambah meriahlah planner pages saya nanti..


22pcs-cosmetic-makeup-brush-blusher-eye-shadow
22pcs Cosmetic Makeup Brush Blusher Eye Shadow Brushes Set Kit
Barang kedua ni nampak simple tapi lama saya buat keputusan.. Banyak sangat pilihan sampai rambang mata dibuatnya.. Finally jumpa juga idaman hati.. Berus makeup 22 pieces dengan harga yang berpatutan. Berpandukan reviews barang pula berkualiti.. Apa lagi terus click masuk shopping chart dengan harapan dapat guna berus makeup baru dalam masa terdekat selain tambah koleksi, wink..wink..wink..


FSHM 505A Pro Upgraded 12 Sewing Machine  Options Mini Portable Handheld Sewing Machine Purple
FSHM-505A Pro Upgraded 12 Sewing Options Mini Portable Handheld Sewing Machine (Purple)
Barang ketiga pula mesin jahit. Lama sudah saya mengimpikan portable sewing machine ini.. Bila ada mesin jahit mudah alih seperti ini mudahlah kerja saya nanti terutama jahit lencana sekolah anak. Selain itu saya juga ada perancangan untuk buat projek planner accessories.. Harap impian ini akan jadi kenyataan dengan ada sewing machine ini nanti.. 


ADIDAS Laptop Travel School Backpack Bag
Adidas Laptop Travel School Backpack Bag
Saya suka buat survey lebih awal untuk kelengkapan sekolah anak saya. Untuk pengetahuan, anak saya akan masuk tahun 5 pada 2019 nanti. Saya yakin buku teks dan buku latihan dia akan bertambah. Jadi dia perlukan beg yang tahan lasak. So saya decide untuk pilih beg ini bagi kegunaannya tahun depan.. Mesti Arief suka..

Begitulah barang-barang yang saya rancang untuk beli bila tiba Lazada 11.11 Shopping Festival nanti. Kepada pembaca sekalian jangan lepaskan peluang ini.. Inilah masa untuk kita dapatkan barang dengan potongan harga hebat, ingat LAZADA 11.11 Shopping Festival - THE BIGGEST ONE DAY SALE! pada 11 November 2018 hanya di Lazada Malaysia.


Regards,


Sunday, November 26, 2017

,
LAZADA ONLINE REVOLUTION BLOGGER CONTEST 2017 | Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera kepada pembaca blog ini.. Entri kali ini tentang Lazada Online Blogger Contest and at the same time saya selit sedikit cerita tentang shopping!.. Siapa tak suka bila sebut tentang shopping lebih-lebih lagi bila gaji sudah masuk minggu ini.. Yeayyy habis tempoh hazab menunggu gaji 45 hari, apa kata kita reward ourselves!

11.11 Online Revolution 2017 bermula dari 11.11.2017 hingga 14.12.2017
Jadi peluang membeli-belah di Lazada terbentang luas semasa promosi 11.11 Online Revolution 2017 yang bermula dari 11.11.2017 hingga 14 Disember 2017.. Inilah masa paling sesuai membeli-belah di Lazada apabila Lazada menganjurkan promosi sure discount gila-gila..


Lazada Online Revolution
Click banner : Lazada Online Revolution

Selain menganjurkan sales, Lazada juga memberi peluang kepada bloggers untuk menyertai peraduan yang dianjurkan sempena promosi ini berlangsung.. Saya juga antara blogger yang tak mahu lepaskan peluang dan mengambil keputusan untuk menyertai Lazada Online Revolution Blogger Contest 2017.. 

Bagi melayakkan diri menyertai peraduan ini, bloggers dikehendaki menjawab soalan berikut:

(a) Adakah anda ingat barang pertama yang pernah anda beli di atas talian? Apakah barang itu dan bagaimana pengalaman anda? (Do you remember the first product that you ever purchased online? What was it and how was your experience?)

Specific date untuk pembelian pertama malangnya sudahku lupa tetapi barang pertama yang saya beli di talian masih ku ingat iaitu sebuah wristlet jenama Coach.. Pengalaman pertama membeli-belah di atas talian sudah tentu gembira dan teruja. Bila pembelian pertama berjaya, maka berlakulah pembelian kedua, ketiga dan seterusnya hingga kini..

(b) Apakah jenis barangan yang anda suka beli di atas talian?
(Which types of products you prefer buying online?)

Jenis barang yang saya suka beli atas talian ialah apa sahaja yang saya suka.. Tak kisah jenis apa, bila semua di hujung jari, mana yang berkenan dan sesuai saya akan beli. Setakat ini saya biasa membeli barangan dari kategori clothing, cookware and small home appliances..

(c) Apa yang anda suka tentang membeli-belah di atas talian? (What do you love about online shopping?)

Bila ada platform membeli-belah atas talian, ianya amat memudahkan kerja saya dan menjimatkan masa.. Saya tak perlu lagi bersusah-payah bersiap keluar rumah, bersesak dalam lalulintas, mencari parking dalam shopping mall dan pelbagai lagi hassle yang perlu dihadapi. Dengan adanya platform online shopping, semuanya di hujung jari malah saya boleh menyenaraikan segala barang sebelum membeli dan merancang pembelian setiap bulan kerana saya boleh buat perbandingan harga. Overall sangat mudah, jimat wang & masa!

(d)  Manakah produk yang pernah anda beli atau anda bercadang untuk beli di Lazada sepanjang jualan Online Revolutio? (Which products did you buy or are you planning to buy on Lazada during the Online Revolution sales?)

Boleh dikatakan rambang mata setiap kali membeli-belah di Lazada lebih-lebih lagi apabila Lazada mengadakan 11.11 Online Revolution Sale.. Kalau ikutkan hati memang berderet-deret wishlists tapi cukuplah saya share 2 barang ini untuk next purchase sementara 11.11 Lazada Online Revolution Sale sedang berlangsung :

1. ITALY ORIGINAL Dessini Non-Stick Double Sided Frying Pan - 40cm

Dessini-double-sided-non-stick-pan-extra-large-40cm
ITALY ORIGINAL Dessini Non-Stick Double Sided Frying Pan - 40cm

Oh I can't resist to buy it! Tak sabar beli magic frying pan ini, sudah lama mengidam tau.. Bila harga menjunam dari RM250.00 ke RM74.50 memang rugi kalau lepaskan peluang! I must grab before it's too late.

2. Tefal Easy Care Black 9-piece set

Tefal Easy Care Black 9-piece set

Untuk pengetahuan pembaca, saya merupakan pengumpul barangan jenama Tefal.. Jadi set Tefal Easy Care Black 9 piece ini memang menjadi dambaan hati bagi melengkapkan koleksi Tefal saya. Mana mungkin saya lepaskan peluang dengan harga sebenar RM555.00 tetapi kini RM289.00 sahaja.. Masa yang sangat sesuai dan mesti beli I tell you..  

Shopping here : 
v
v
Online Revolution (https://www.lazada.com.my/online-revolution)

11.11 Online Revolution
Okay, sebelum mengakhiri entri ini saya mengajak semua blogger yang berminat untuk menyertai  LAZADA ONLINE REVOLUTION BLOGGER CONTEST, click here untuk senarai hadiah kepada pemenang & terma dan syarat-syarat lanjut : Blogger Contest.

Perlu diingat adat peraduan ada memang, ada kalah, jadi terimalah dengan hati yang terbuka.. Jangan putus asa. Rezeki bukan ketentuan kita kannn yang penting usaha so jangan tunggu lagi! Jom sertai sekarang..

Sehingga kita bertemu lagi di lain entri..
Sekian, wasalam..


Regards,







Tuesday, August 29, 2017

,
MERDEKA! MERDEKA! SALE - LAZADA BLOGGER CONTEST | Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera kepada semua pembaca blog ini.. Bulan Ogos merupakan Bulan Kemerdekaan bagi negara kita, Malaysia.. Sempena sambutan Hari Kemerdekaan Malaysia ke-60 tahun, yang akan jatuh pada 31.8.2017 nanti, Lazada turut serta memeriahkan sambutan melalui promosi Merdeka! Merdeka! Sale (http://www.lazada.com.my/merdeka-sale/) di mana potongan harga istimewa lebih 80% ditawarkan bermula dari 25.8.2017 hingga 31.8.2017.. 

Selain menawarkan potongan harga istimewa, Lazada juga membuka peluang kepada bloggers untuk mencuba nasib dalam Blogger Contest dari 21.8.2017 hingga 31.8.2017.. Alang-alang saya mendapat pelawaan dari Lazada, jadi saya juga tidak mahu terlepas peluang!

 

Okay, bagi melengkapkan peraduan ini, saya perlu menjawab beberapa soalan berikut:

(a) What do you love about being Malaysian?

Jika ditanya apa yang saya suka menjadi rakyat Malaysia? Jawapannya terlalu banyak sebab, kalau saya nyatakan di sini memang tak habis, memadailah saya nyatakan 2 sebab utama iaitu pertama, KEAMANAN hasil perpaduan antara kaum, pelbagai bangsa, agama dan budaya iaitu Melayu, Cina, India selain beberapa etnik dari suku kaum lain yang terdapat di seluruh Malaysia. Apa yang unik kami boleh hidup berjiran, tolong-menolong dan bersatu-padu antara satu sama lain dalam masyarakat majmuk.

Kedua, lanjutan dari perpaduan kaum yang diamalkan di Malaysia, saya sebagai rakyat Malaysia dapat menikmati variasi MAKANAN SEDAP dari pelbagai kaum bukan hanya ketika musim perayaan tetapi pada hari-hari biasa. Sangat bermakna dan seharusnya kita wajar menjaga keamanan dan perpaduan ini.


(b) Choose your favorite local brand here : http://www.lazada.com.my/malaysian-brands/

Menyahut kepada kempen "Sokong Barangan Buatan Malaysia" jika diikutkan hati, saya suka semua jenama tempatan yang ditawarkan di Lazada tapi khas untuk entry ini, saya pilih jenama Khind sebagai jenama tempatan kegemaran saya.


(c) Select two products from the Malaysian brand(s) that you love. 

Dua produk dari jenama tempatan kegemaran saya ialah Khind BM500 Bread Maker Healthy Baking dan Khind 4L Instant Boil Water Dispenser.

Khind BM500 Bread Maker Healthy Baking with 12 Baking Functions

Produk kedua pilihan saya :

Khind 4L Instant Boil Water Dispenser EK2240 Stylish LCD Display Stainless Steel Easy

Kedua-dua barang kegemaran saya sungguh menarik dan ternyata mempunyai kelebihan tersendiri, sungguhpun barang jenama tempatan namun ianya setanding dengan kualiti jenama luar negara. Alangkah baiknya kalau impian memilikinya menjadi kenyataan,.. 

Okay, jom rakan-rakan blogger kita meriahkan lagi Lazada Blogger Contest. Join ramai-ramai dan jangan lupa dapatkan tawaran menarik khas sempena Merdeka! Merdeka! Sale (http://www.lazada.com.my/merdeka-sale/) di mana anda dapat menikmati potongan harga istimewa lebih 80% ditawarkan bermula dari 25.8.2017 hingga 31.8.2017. Pemenang akan dipilih secara random.

Akhir kata, pesanan saya jangan lepaskan tawaran ini dan Happy Shopping..
Ucapan kepada rakan bloggers yang menyertai Lazada Blogger Contest ini, Semoga Berjaya!.. 



Regards,


Sunday, July 23, 2017

,
FIKIR DULU SEBELUM TUKAR SOFA BAHARU | Apa cerita entri kali ini tentang sofa baharu sedangkan Syawal sudah hampir ke penghujung.. Al-kisah sofa saya jenis besar gedabak dan sarung sofa pula jenis custom made seperti gambar di bawah. Terfikir nak buang tapi masih boleh guna, kalau tukar dan beli baharu macam tak perlu.. Jadi saya mencari alternatif lain untuk handle masalah ini.. Tambahan pula, sofa merupakan penyeri ruang tamu, jadi bila dah lusuh nampaklah kurang menarik apabila dipandang sebab itu perlu diambil perhatian..

 

Saya terfikir apa alternatif lain selain tukar sofa baharu.. Semasa sibuk membuat persiapan raya tempoh hari seperti yang telah saya ceritakan di entri ini, saya ambil kesempatan cari sofa cushion covers sebagai alternatif lain buat sementara waktu. Mungkin saya tak akan hantar ke kedai untuk tempah sarung kusyen baharu setelah mempertimbangkan kos beli set sofa baharu lebih kurang sama harga dibandingkan dengan kos penghantaran dan kos tempah jahit sarung sofa baharu. Saya ambil pendekatan guna dulu sofa ini selagi mana ia boleh digunakan.


Puas membelek akhirnya saya jumpa sofa covers ini..

Sofa cover protector 

Inilah alternatif lain selain menggantikan sarung sofa yang sudah lusuh iaitu dengan sofa shield reversible protector.. Tempahan dibuat pada 1.7.2017 dan barang shipped out pada 3.7.2017 dan sampai ke tangan saya pada 18.7.2017 lalu.

 

Bersemangat bila barang sampai ke tangan.. Saya order set 3 + 2 +1 iaitu saiz S, M dan L manakala pilihan warna pula sudah tentu warna kegemaran iaitu merah atau wine red.

Sofa Shield Reversible Furniture Protector Features Elastic Strap All Season Universal Sofa Cover
Sofa cover size S for 1 seater, M for 2 seater and L for 3 seater
Sofa cover size L for 3 seater
Sofa cover disertakan dengan pundi kapas ini yang berfungsi untuk menegangkan sarung sofa tersebut
Seminggu sudah barang diterima, oleh kerana bab memasang perlukan kudrat lelaki untuk mengalih dan mengangkat sofa yang besar dan berat, jadi saya terpaksa tunggu my husband buat tugasan itu. Maka, semalam pagi adalah aktiviti menukar sofa cushion covers..

 

Beginilah cara untuk menyarung sofa cushion tersebut.. balut semua, hehehe

 

Selepas keseluruhan sofa cover tersebut dibalut kita perlu ketatkan permukaan sofa cover tersebut.

Lighting kurang memuaskan, warna sebenar seperti gambar di atas

Maka, beginilah hasil kejadian yang telah siap sepenuhnya.. Bahagian mengelembung tu nanti akan terbentuk dengan sendiri apabila sofa cover tersebut mulai rengang. 

Overall saya puas hati dengan rupa sofa yang baharu.. Saya akan hias dengan bantal kecil berwarna hitam untuk menimbulkan warna contrast jadi takdelah nampak merah semata kannn.. Ternyata cara ini lebih jimat dan practical..

Kepada pembaca yang ingin mendapatkan sofa cushion cover ni bolehlah survey di sini untuk diskaun menarik atau beli di sini.. Harga sangat berpatutan sekarang kerana terdapat special promotion ditawarkan selain pilihan warna yang menarik..

Begitulah entri mengenai pengalaman membeli dan menggunakan sofa cushion covers...
Fikir semula sebelum tukar sofa baharu..




Sehingga kita bertemu lagi di lain entri..
Sekian, wasalam..


Regards,


Monday, July 03, 2017

,
BENARKAH SHOPBACK MEMBERI PULANGAN TUNAI? INI PENGALAMAN SAYA | Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera kepada pembaca blog ini.. Readers tentu tahu malah ada yang familiar dengan apps ShopBack.. Mungkin ada antara pembaca yang sudah memuat turun applikasi ShopBack ini tetapi masih belum cuba atau ragu-ragu membeli-belah menggunakan applikasi tersebut - sambil angkat tangan sebab saya salah seorang daripadanya, hehehehe.

Sebelum tu ingin saya jelaskan di sini bahawa entry saya ini bukan entry berbayar untuk promosi apps ini tetapi lebih kepada berkongsi pengalaman membeli sambil berjimat. Jadi entry ini lebih kepada keterujaan saya membeli barang melalui ShopBack. Benarkah ShopBack beri pulangan tunai? Mula-mula memang rasa tak percaya dengan konsep ShopBack ni iaitu "Shopping & Cashback" atau membeli-belah dapat ganjaran tunai. Mana tidak kerana kini terdapat banyak website menawarkan konsep yang sama tetapi terma dan syarat yang bukan mudah untuk dapatkan semula pulangan tunai tersebut. Maka timbullah perasaan ragu-ragu betulkah ShopBack juga begitu? Kata orang belum cuba belum tahu, jadi pada 1.7.2017 lalu saya pun cuba beli barang melalui ShopBack untuk julung-julung kali.

 


BAGAIMANA KONSEP SHOPBACK?

Sepertimana yang telah saya nyatakan di atas, ShopBack menawarkan pulangan tunai apabila kita membeli-belah melalui applikasi ShopBack. Applikasi ini boleh di muat turun melalui Google Play dan AppStore. Setelah memuat turun applikasi ShopBack, cara pembelian boleh dilakukan seperti berikut:


APAKAH BARANG-BARANG YANG DITAWARKAN DI SHOPBACK?

Saya boleh katakan, macam-macam keperluan yang kita gunakan dari hujung rambut hingga ke hujung kaki ada di ShopBack melalui kerjasama dengan rakan dagang lain. Antaranya seperti berikut:


INI PENGALAMAN SAYA MEMBELI BARANG DI SHOPBACK

Untuk pengetahuan, saya dah lama memuat turun apps ni tapi langsung tak diambil peduli, jadi password pun lupa. Oleh itu terpaksalah reset password untuk kembali ke ShopBack. Bila berjaya dapatlah email pengesahan dari ShopBack berbunyi begini - Welcome to ShopBack! You've just made our day. Bukan main happy ShopBack bila pelanggan dia sorang ni kembali..

 

Once akaun ShopBack telah berjaya di access semula maka dapat bonus kredit RM5.00 yang akan dimasukkan ke dalam akaun setelah kita membuat pembelian pertama.. Ini buktinya walaupun sedikit, mau tak teruja.. Pembelian pertama saya di store Lazada dengan harga RM24.00 sebagai percubaan pertama. Harus diingat cash out hanya boleh dilakukan jika akaun ShopBack anda mempunyai jumlah minimum RM10.00 dari jumlah pembelian. Tak kisah, janji kita dapat tunai dari apa yang dibeli. Better than nothing..

 

Bila akaun ShopBack sudah aktif semula, segala macam tawaran menarik secara harian, mingguan dan bulanan dengan diskaun hebat akan diberitahu melalui email, sepert ini:



Boleh kata unlimited savings on your favourite stores. Bab membeli-belah dalam talian atau online shopping memang serah pada saya.. Lebih-lebih lagi selepas balik kampung, penat jangan kata tambahan pula tiba masa untuk kemas rumah sendiri maka banyak barang hiasan rumah diperlukan. Apa lagi shopping di hujung jarilah kesudahannya..



Selain itu, ShopBack bekerjasama dengan lebih 500 rakan dagang lain dengan memberi tawaran diskaun seperti yang dinyatakan, antaranya : 



Apa yang penting, kebanyakkan rakan dagang di ShopBack menawarkan barang-barang atau perkhidmatan yang biasa kita guna atau beli di shopping mall.


Aduhai selama ni saya dah banyak membazir beratus hingga beribu membeli-belah secara terus di Lazada, Zalora, Expedia, Booking.com etc, langsung tak teringat dengan ShopBack. Alangkah baiknya kalau saya mulakan dari awal, tentu banyak cashback diterima masuk ke dalam akaun, huhuhu.  Bukan tamak tapi rugi lepaskan peluang berjimat camtu sahaja. Itulah, takde rezeki jangan ditangisi di tepi bucu katil.. Tak guna menyesal perkara yang lepas, jadi kita mulakan hidup baru. 


Para pembaca so called kaki online shopping sebelum terlambat elok Sign Up ShopBack di sini secara PERCUMA dan dapat Bonus RM10.00 yang akan dikredit ke dalam akaun anda . Jangan lepaskan peluang tau! 

Pembaca yang sudah ada akaun ShopBack sila activate your account dan akan datang beli melalui apps ini instead of terus ke website. Rugi kalau tak rebut peluang ini.

Kepada pembaca yang sudah mempunyai pengalaman membeli-belah melalui applikasi ShopBack ini boleh kongsi pengalaman anda. Mungkin ada pengalaman menarik atau sebaliknya. Sebarang pendapat / pengalaman jangan lupa cerita  atau beri review di ruangan komen di bawah okay.. Komen dan review anda mungkin dapat dimanfaatkan oleh rakan lain.


Oh ya sebelum membuat sebarang pembelian, jangan lupa PIN & PAY, nanti tak lepas pula transaksi anda.. Sehingga kita bertemu lagi di lain entry..
Terima kasih sudi singgah.. Tata
Sekian, wasalam..

Sunday, June 11, 2017

,
MUDAHNYA BUAT PERSIAPAN BAJU RAYA AIDILFITRI DENGAN LAZADA | Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera kepada pembaca blog ini.. Terima kasih diucapkan atas kunjungan anda. Bulan Ramadhan sudah berlalu 2 minggu, kedengaran lagu-lagu Raya sudah mula berkumandangan sana-sini. Bila lagu Raya sudah diputarkan maka persiapan Hari Raya sudah mula dibuat sedikit demi sedikit. Masa inilah soalan tentang persiapan Hari Raya mula diajukan kepada kita. Apa tema baju Raya? Itu soalan biasa. 

Semalam saya sempat survey persiapan raya, sangatlah hassle kerana terlalu ramai orang berpusu-pusu di shopping mall. Pening kepala dibuatnya, penat jangan cakaplah.. Saya prefer online shopping tapi sebabkan mengikut permintaan husband dan anak maka ku gagahi jua.. Akhirnya tak dapat apa, hanya dapat penat jadi mulalah ada drama bila tak sependapat, heheheh macam-macam! Sejak kes semalam, my husband terus setuju dengan cadangan saya dan meletakkan kepercayaan kepada saya untuk membeli-belah di dalam talian, yeayyy..

Saya beritahu husband, Lazada banyak menawarkan bermacam-macam jenis pakaian untuk Hari Raya sempena promosi Marhaban-Ya Ramadan yang berlangsung dari 19 Mei hingga 25 Jun 2017 jadi buat apa menyusahkan diri bersesak-sesak di luar?.. Beritahu tema apa, kemudian kita cari di Lazada satu-persatu.. Bukan sahaja banyak pilihan di Lazada tapi diskaun pun dapat sehingga 90% dari koleksi Baju Kurung, Jubah Hijabs, Women Shoes, Women Bags, Baju Melayu, Men Shoes malah Jewelleries pun ada..  Demi penampilan : Looking Good & Beautiful maka Lazada lah pilihan saya..

Shop-women-muslimah-dresses

Tema keluarga kami tahun ini ialah biru tua or navy blue. Dalam membuat persiapan Hari Raya, biasanya saya akan mencari pakaian untuk lelaki terlebih dahulu selepas itu baru baju saya. Biasanya pada Hari Raya pertama kami sekeluarga akan mengenakan Baju Melayu (my husband and my son) dan Baju Kurung / Jubah untuk saya.  Pilihan baju melayu lelaki untuk my husband tahun ini ialah KM Stand Collar Baju Melayu Suit :

km-stand-collar-with-button-baju-melayu-suit-dark-blue


Baju melayu tak lengkap jika tidak mengenakan sampin. Oleh itu, pilihan saya ialah Sampin Songket Baju Melayu Black Gold 3 untuk disesuaikan dengan Baju Melayu tersebut :



Selesai satu bab bila Baju Melayu husband sudah dapat. Kini misi mencari baju anak lelaki pula. Saya pilih saiz S Baju Melayu Soft Cotton berikut:

baju-melayu-soft-cotton-budak-navy-blue


Baju melayu kanak-kanak di atas tidak didatangkan sekali dengan sampin. Jadi saya perlu memilih sampin yang sesuai untuk dikenakan dengan baju melayu tersebut. Ini pilihan saya Sampin Baju Melayu Songket Black Gold Colour :

children-sampin-baju-melayu-songket-black-gold-colour


Selesai sudah pilihan pakaian hero-hero saya.. Kini giliran saya pula.. Fesyen saya sangat simple iaitu jubah atau baju kurung warna hitam atau warna gelap sebab berdasarkan pengalaman lalu memang susah jumpa baju saya mengikut warna tema. Jadi saya bercadang untuk mengenakan tudung berwarna mengikut tema navy blue supaya kelihatan sedondon. Daripada mengenangkan hassle mencari baju pilihan hati, lebih baik redha dengan apa yang ada.. Bunyi macam sudah putus asa..

Tapi berlainan pula tahun ini, tak sangka saya dapat lihat banyak pilihan baju yang sesuai bertepatan dengan warna tema keluarga. Alangkah gembira dalam hati..  berlalalala lah jawabnya, hehehehe.

Pilihan saya untuk hari raya pertama di siang hari ialah Baju Kurung Qasidah :

baju-kurung-qasidah-navy-blue

Ini pula pilihan baju yang akan dipakai pada malam Hari Raya kedua iaitu Jubah Qhadeeja :

 Jubah Qhadeeja Navy Blue 

Bila sudah dapat baju, tak lengkap kalau takde hijab yang sesuai. Untuk melengkapkan penampilan di Hari Raya, saya memilih hijab berikut untuk kedua-dua baju ini hijab pertama dari Jelitasara Printed Long Shawl :

jelitasara-printed-long-shawl-dark-blue-black

dan hijab kedua dari Neng Geulis Anabel Printed Hijab and Shawl, kedua-duanya boleh didapati di Lazada :

neng-geulis-anabel-printed-hijab-and-shawl-code-6


Selesai sudah pilihan baju raya untuk keluarga.. Betul tak saya kata, membeli-belah di talian sangat selesa, harga yang ditawarkan lebih jimat, banyak pilihan, tak perlu membazir bayar tol dan petrol, tak perlu menghadapi hiruk-pikuk kesesakan jalan raya, bersesak-sesak di mall, berbaris panjang untuk buat bayaran, membuang masa cari parking, berpanas berhujan, boleh buat pilihan tanpa dipengaruhi oleh pembantu jualan, bebas membuat pilihan dan sebagainya.

Lebih-lebih lagi apabila membeli-belah di Lazada sangat mudah hanya buat pilihan kita, click "Add To Cart", bila sudah masuk dalam shopping chart, semak pilihan kita sebelum checkout dan buat bayaran. Tak berapa lama pesanan pun diterima mengikut alamat yang diberi. Sangat mudah, pilihan juga terlalu banyak.. Pendek kata, semuanya boleh diselesaikan di hujung jari dengan bantuan Lazada. Memang tepat jika saya katakan - Looking Good & Beautiful with Lazada. Mudahnya buat persiapan baju raya dengan Lazada.

Saya sudah membuat pilihan, lepas ni boleh focus dengan ibadah di bulan Ramadhan yang masih belum selesai.. Bagaimana pula dengan anda? Tema sudah pilih? Warna apa tahun ni? Jangan malu-malu, kongsi cerita tau.. 

Okay, setakat ini sahaja yang ingin dikongsi bersama pembaca..
Sehingga kita bertemu lagi di lain entry..
Sekian, wasalam..


Regards,

Follow Us @ladyinredplanner