Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera kepada semua pembaca blog ini..
Untuk pengetahuan pembaca bulan Oktober lalu merupakan bulan yang sangat busy dan serabut bagi saya.. Banyak tugasan hakiki di pejabat perlu diselesaikan selain urusan peribadi yang belum selesai sering menghantui fikiran...
Untuk pengetahuan pembaca bulan Oktober lalu merupakan bulan yang sangat busy dan serabut bagi saya.. Banyak tugasan hakiki di pejabat perlu diselesaikan selain urusan peribadi yang belum selesai sering menghantui fikiran...
Sedang melayan fikiran yang berserabut, saya dapat pula panggilan mencurigakan.. Al-kisah semasa membuat kerja di pejabat tempoh hari, saya terima call dari talian pejabat melalui direct line. Sekiranya saya menerima panggilan dari direct line itu bermakna si pemanggil pernah menghubungi saya. Mereka yang tidak pernah menghubungi saya pasti akan menggunakan hunting line dan panggilan tersebut akan di-screen terlebih dahulu oleh pembantu saya sebelum disambung kepada saya.. Walaupun begitu masih juga ada panggilan begini saya terima..
So I picked up the phone.. Conversation bermula..Strangers call |
Si pemanggil : Assalamualaikum, boleh saya bercakap dengan Pn. L.... Z.......
Saya : Ya, saya bercakap.
Si pemanggil : Saya (nama) membuat panggilan dari agen yang dilantik oleh A****** dan berdaftar dengan Bank Negara Malaysia. Saya dengan berbesar hati ingin memaklumkan bahawa Puan berjaya dipilih untuk menerima perlindungan insurans bernilai RM20,000.00 selama setahun secara PERCUMA termasuk perlindungan kemalangan, kecederaan... bla..bla..bla.. tanpa membayar sebarang premium (menerangkan pakej insurans yang ditawarkan).
Si pemanggil : Tawaran ini khas dari pihak A****** memandangkan Puan ada menggunakan perkhidmatan A******. Lagi pun kami berdaftar dengan Bank Negara Malaysia.
Si pemanggil : Memang betul Puan. Puan tak perlu ragu-ragu sebab ianya free dan Puan hanya perlu mengesahkan beberapa perkara.
Saya : Apa perkara tu?
Si Pemanggil : Okay, saya ingin membuat beberapa pengesahan. Nama penuh Puan ialah L........ binti Z........ .
Saya : Betul.
Si Pemanggil : Puan bekerja sebagai (menyebut jawatan saya)
Si Pemanggil : Boleh saya tahu alamat tempat Puan bekerja untuk membolehkan pihak kami menghantar premium insurance ini.
Saya : (Sebut alamat surat-menyurat tempat kerja saya)..
Si pemanggil : Okay terima kasih Puan. Akhir sekali Puan, boleh saya dapatkan nombor kad pengenalan Puan untuk saya tulis dalam Sijil Insurance Puan nanti.
Si Pemanggil : Memang ada Puan tapi saya ingin Puan sebut sebagai pengesahan dengan rekod yang saya ada.
Si Pemanggil : Saya tahu nombor awal sahaja Puan.. Nombor kad pengenalan penuh Puan saya tak tahu.
Saya : Maaf, saya tak boleh beri nombor kad pengenalan saya kepada pihak ketiga melalui panggilan telefon. Saya rasa awak ni menipu untuk dapatkan butir-butir peribadi saya kannn...
Si Pemanggil : Tak Puan, memang betul saya nak hantar Sijil Insurance kepada Puan seperti yang saya jelaskan tadi.
Saya : Masalahnya saya takde jaminan di sini sama ada apa yang awak katakan ini betul atau tidak. Maaflah saya tak berminat, saya rasa kurang selesa dengan conversation ini.
Saya : Sorry saya tak berminat. Anggaplah saya tak pernah bersetuju dengan apa yang awak tawarkan sebelum ini.
Saya : It's okay..
- END OF CONVERSATION -
Strangers call |
Pernahkah pembaca menerima panggilan begini? Lepas saya put down the phone, macam-macam perasaan timbul, perasaan geram, marah semua ada..
Persoalannya : Apakah motif sebenar mereka? Pada firasat saya motif mereka 'memancing' data peribadi pengguna untuk dijual kepada pihak ketiga.. Suka hati dia saja!
Selain itu, saya tak faham mengapa ada orang sanggup bekerja dengan agensi penipuan ini.. Sampai sekarang persoalan ini masih berlegar-legar dalam fikiran saya. Masih menjadi tanda tanya.. Walau apa pun niat mereka, kita perlu sentiasa berwaspada.. Jangan layan apa jua panggilan jika kita tiada urusan dengan mereka bagi mengelakkan diperdaya..
Setakat ini sahaja perkongsian saya..
Sehingga kita bertemu lagi di lain entri..
Sehingga kita bertemu lagi di lain entri..
Sekian, wasalam..
Regards,
20 Comments:
kalau sha kan, mula conv tu dah dari bank ke apa terus matikan hahaha tetiba rasa macam too busy nak layan benda cenni hehehe
Sebelum ni sis memang tak layan panggilan camni Sha tapi masa tu sis expecting call dari Bank / Agent untuk urusan peribadi.. So mana call masuk memang 'terpaksa' angkat, huhuhu..
Sekarang agak2 call berunsur marketing sis dah pandai mengelak, hehehe
Betul la kak..lagi satu yang buat PC geram sasaran utama orang-orang tua dan orang-orang kampung....sakit hati rasanya.Sedih pun ya juga.
Itulah PC, motif utama menipu.. Sakit hati kannn..
Keputusan yang tepat.
Jangan beri butir2 pribadi melalui talian kepada orang yang tak kita kenali.
damn scary. rasa nak marah sgt bila dpt call mcm ni. now i don't even pick up suspicious number. nombor yg x save semua ray x layan
Mmg xboleh percaya call2 mcm ni. Kalau mama dah lama letak tepon dah
Betul Pakcik WP, perlu sentiasa berwaspada..
Selalu sis buat begitu Ray tapi memandangkan I was expecting call from Bank / Agent jadi pada masa itu semua call masuk terpaksa jawab.. Sekarang harus decline nombor tak kenal to avoid kejadian seperti ini berulang..
Betul mamapp..
dah mcm2 modus operandi scammer ni... kena sentiasa berhati hati. namun begitu disebalik peringatan dan sharing di media social mahupun tv dan akhbar, masih ada yang tertipu.
LZ pun pelik ewanthology masih ada yang tertipu.. Mungkin mangsa kurang kesedaran atau ada sikap tak ambil peduli..
memang panggilan scammer la tu..
Memang tak boleh dipercayai..
Allah..takutnyA..stakat nih panggilan mcm Tu xdpt lagi
akak sejak truecaller ni memang tak ambil call yg tak dikenali...ada juga ambil tapi 1 out of 20 kot...takut tertarik..
taktik orang nak menipu ni makin banyak..kekdg dalam dok berjaga pun kita boleh terkena kan
Itulah Hafiza, cubaan menipu scammer ni..
Exactly Sha..
Moga kita dijauhkan dari penipuan begini..
Exactly Kak Fuzy.. Lebih baik tak yah peduli kalau receive call dari nombor tak dikenali..
Post a Comment
Leave your friendly messages here ^_~
Feel free to visit my blog again..
Thank you very much!