Thursday, September 08, 2022

,
MAKLUMBALAS TERHADAP SOP PEMAKAIAN PELITUP MUKA | Semalam Menteri Kesihatan Malaysia, YB Khairy Jamaluddin telah mengumumkan prosedur terkini pemakaian pelitup muka.. Ringkasan saya ambil dari website Buletin TV3 seperti berikut:

Ringkasan SOP Pemakaian Pelitup Muka

Sehubungan dengan keputusan ini saya berminat ingin tahu apakah maklumbalas pembaca berhubung keputusan tersebut. 

Soalan saya : Adakah anda masih mengenakan pelitup muka atau mengambil keputusan tidak memakai pelitup muka?

Nyatakan jawapan anda di ruangan komen di bawah secara sukarela..

Jika tanya saya, saya lebih selesa memakai pelitup muka ke mana-mana kerana rasa lebih selamat dan lebih selesa berurusan atau ke tempat awam. 



Regards,

Wednesday, September 07, 2022

,
Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera semua.. Wednesday datang lagi.. Sempena post Wordless Wednesday saya ingin kongsi bait-bait lirik lagu (terutama ayat yang saya bold) mengingatkan saya tentang arwah ayah saya.. Jun merupakan bulan kelahirannya.. Mac lalu genap setahun pemergiannya.. 

Bila dengar dan hayati bait-bait lirik lagu ini automatic airmata mengalir, lantas bacaan surah al-Fatihah dibaca, semoga pahala sampai kepada arwah di sana.. 

al-Fatihah

Saat ku sendiri kulihat photo dan video
Bersamamu yang telah lama ku simpan
Hancur hati ini melihat semua gambar diri
Yang tak bisa ku ulang kembali..

Ku ingin saat ini engkau ada di sini
Tertawa bersamaku seperti dulu lagi
Walau hanya sebentar Tuhan tolong kabulkanlah
Bukannya diri ini tak terima kenyataan
Hati ini hanya rindu

Segala cara telah ku cuba
Agar aku bisa tanpa dirimu.. 
Namun semua berbeda
Sulitku menghapus kenangan bersamamu

Kuingin saat ini engkau ada di sini
Tertawa bersamaku seperti dulu lagi
Walau hanya sebentar Tuhan tolong kabulkanlah
Bukannya diri ini tak terima kenyataan
Hati ini hanya rindu.. hanya rindu

Ku ingin saat ini engkau ada di sini
Tertawa bersamaku seperti dulu lagi
Walau hanya sebentar Tuhan tolong kabulkanlah
Bukannya diri ini tak terima kenyataan
Oh bukannya diri ini tak terima kenyataan
Hati ini hanya rindu oh
Hati ini hanya rindu hm
Ku rindu senyummu Ibu ayah..

Al-fatihah untuk arwah ayahku, tak lupa juga arwah abang dan adik..
Semoga roh mereka dicucuri rahmat dan diletakkan bersama para solihin..

Surah al-Fatihah

Berdasarkan kepada dalil-dalil dan pandangan para ulama, telah jelas hukumnya harus membaca al-Quran dengan niat menghadiahkan atau sedekahkan pahala bacaan terutama surah al-Fatihah kepada si mati. Ia merupakan satu amalan mulia yang ada sandarannya.
Sesiapa yang melakukan amalan kebaikan maka dia akan beroleh ganjaran pahala, dan dibolehkan menghadiahkannya kepada sesiapa jua waima yang masih hidup atau sudah meninggal dunia selagi ia seorang muslim. Wallahu a’lam..  

Regards,

Tuesday, September 06, 2022

,
MENJAMU SELERA DI LAGENDA CAFE, PENANG | Kali ini saya ingin berkongsi tentang pengalaman menjamu selera semasa bercuti di Penang tempoh hari iaitu di sebuah cafe bernama Lagenda Cafe. Bab makan memang manjadi satu masalah kepada saya apabila bercuti ke negeri lain walaupun Penang begitu popular dengan nasi kandar dan tempat makan viral. Memandangkan pihak hotel tidak menyediakan makanan tengah hari, jadi saya sekeluarga perlu mencari makanan di luar. Saya prefer ke George Town kerana mungkin banyak pilihan makanan di sana. 

Cafe ini saya 'kenal' secara tak sengaja ketika browse di Google mencari tempat makan Melayu menarik di  Pulau Pinang. Hasil carian menyenaraikan beberapa kafe dan restoren antaranya Lagenda Cafe. 

Lagenda Cafe Penang


Untuk pengetahuan restoran ini memberi penghormatan kepada allahyarham Tan Sri P. Ramlee (1929-1973), pelakon, pengarah, penyanyi dan komposer legenda yang tidak perlu dipertikaikan lagi. Kemasyhuran Tan Sri P. Ramlee bermula dari kampung halamannya di George Town sebelum Malaysia merdeka. 

Menu makanan di Lagenda Cafe merupakan masakan Melayu dan Indonesia. Terdapat juga hidangan masakan Barat tetapi digabungkan dengan rempah ratus tempatan. 

Lagenda Cafe

Untuk pengetahuan Restoran ini memberi penghormatan kepada mendiang P. Ramlee (1929-1973), pelakon, pengarah, penyanyi dan komposer legenda yang tidak dapat dipertikaikan. Kemasyhuran P. Ramlee bermula dari kampung halamannya yang sederhana di George Town sebelum Malaysia merdeka. Sememangnya, jalan di mana tempat kelahirannya terletak sejak itu telah dinamakan semula sebagai Jalan P. Ramlee - sebagai menghormati sumbangannya kepada negara.

Lagenda Cafe Penang

Hiasan dalaman yang selesa, gabungan perabot dan lukisan lama menjadikan kafe ini menarik ketika pengunjung menjamu selera ditambah pula kakitangan yang mesra. Mana tidak alas meja yang digunakan juga dari kain batik.

Lagenda Cafe Penang

Okay sekarang tiba masa saya perkenalkan juadah yang saya pesan. 

Deep Fried Mozarella - RM22.00

Pilihan makanan pertama ialah Deep Fried Mozarella. Ini merupakan hidangan barat bersama sos seakan sambal dengan rasa pedas manis.


Ayam Percik Madu Tiga - RM24.00

Satu lagi pilihan yang memuaskan ialah Ayam Percik Madu Tiga, di mana ayam perap panggang dengan kuah kacang dihidangkan bersama nasi kuning, jelatah, kerabu taugeh dan keropok sayur. . Di sekeliling pinggan nasi kunyit yang dihiasi dengan hiasan lobak merah dan salad serta ulaman. Nama makanan di sini juga mengikut tajuk filem Allahyarham Tan Sri P. Ramlee. 

Hidangan berikut ialah crispy chicken chop. Ayam crispy sedap, tak muak dan tak berminyak dimakan bersama sos barbeque dan coleslow.


Crispy Chicken Chop - RM22.00

Set berikut ialah Ikan Bakar Pancha Delima dihidang bersama sup dan lauk di mana sos / sambal kerabu telur, jelatah, air asam, sambal colek pedas, cili padi, timun dan keropok sayur diletakkan dalam berkas berbentuk congkak kayu. Sorry set congkak tiada dalam gambar. Nasi untuk set ini dari beras yang direndam bunga telang berwarna biru dibalut dengan daun pisang untuk memastikan ia sentiasa lembap dan hangat. Sorry set congkak kayu tiada dalam gambar.

Ikan Bakar Pancha Delima - RM26.00

Seterusnya saya pesan Gado-Gado iaitu makanan popular dari Indonesia sebagai appetizer. Ianya seperti rojak di Malaysia tetapi bezanya bahan-bahan terdiri daripada keropok sayur, nasi himpit, sayur-sayuran yang dicelur seperti kangkung, kacang buncis, taugeh dan disertakan bahan-bahan goreng seperti kentang, tauhu, tempe, cucur udang serta telur rebus, sengkuang dan hirisan timun diletakkan asing dalam dulang ketika dihidang. 

Gado-Gado - RM24.00

Semua bahan-bahan tadi dimakan bersama kuah kacang.. Ikut selera masing-masing sama ada cicah atau tuang kuah kacang tersebut atas pinggan dan gaul rata. Kuah kacang rasa sedikit pedas tetapi sesuai digabungkan bersama bahan-bahan tadi.

Makanan tiada dalam gambar : Nasi Goreng Bujang Lapok - RM20.00 dihidang bersama telur goreng, keropok sayur, sate ayam, sambal istimewa dan ikan bilis. 

Ais Kacang Astaka - RM8.00

Kafe ini menawarkan senarai minuman yang lengkap dengan jus segar, mocktail, minuman ringan, teh ais istimewa, bermacam jenis kopi dan minuman lain yang menyegarkan. Sambil menghirup minuman penghilang dahaga, nikmatilah alunan merdu P. Ramlee yang akan menenangkan fikiran dan jiwa anda dengan mudah.

Ais Kacang Astaka berperisa sirap rose campur susu cair, biji selasih, susu pekat, kiub epal, tembikai, nanas dan nata de coco. Taburan kacang tanah hancur terasa kerangupan. Memang sedap! Entah kenapa bab minuman saya hanya sempat ambil gambar ais kacang ini. Langsung terlupa minuman yang lain atau mungkin minuman lain dah biasa iaitu fresh orange dan jus apple, harga RM9.00 setiap satu. Caj perkhidmatan RM16.40 total RM180.40.

Okay akhir kata, jika anda melawat George Town dan ingin suasana santai, Lagenda Café adalah pilihan yang ideal. Overall pemilihan kafe ini bertepatan dengan citarasa keluarga saya. 


Setakat ini sahaja perkongsian saya kali ini.
Sehingga kita berjumpa lagi di post akan datang.
Thank you for reading & have a great day everyone!

Regards,


Sunday, September 04, 2022

,
Pada 27.08.2022 hingga 29.08.2022 lalu, saya ke Penang untuk meluangkan masa bercuti panjang. Percutian kali ini sempena selesai peperiksaan akhir Semester Mei 2022, saja menghiburkan diri dan keluarga.. Sebenarnya, plan ke Penang telah dirancang bertahun-tahun tetapi baru sekarang terlaksana, alhamdulillah.. Percutian kali ini saya membawa bersama mak dan ibu mertuaku. 

Saya memutuskan untuk menginap di Golden Sands Resort milik Shangri-La yang terletak di Batu Ferenghi. Hotel bertaraf 4 bintang ini terletak di tepi pantai yang mempunyai private beach serta berdekatan dengan pasar malam Batu Ferrenghi. Selain itu McDonalds, station minyak Petronas serta kedai serbaneka juga terletak di seberang jalan utama tempat penginapan, agak strategic.

Shangri-La Golden Sands Resort Penang

Follow Us @ladyinredplanner