Thursday, December 07, 2017

,
Produktiviti Pegawai adalah teras utama bagi setiap syarikat. Walau bagaimanapun, tahap produktiviti sangat dipengaruhi oleh sikap Pegawai terhadap kewajipan kerja mereka.

Berikut merupakan kriteria-kriteria 3 Jenis Pegawai utama berdasarkan produktiviti mereka hasil kajian yang dilakukan oleh pasukan Jooble: 


1. Dia mampu mengutamakan tugasnya

Pegawai yang dapat membezakan tugas-tugas penting dengan tugas-tugas yang kurang penting biasanya adalah pegawai yang paling berjaya di pejabat. Sering kali, pegawai tersebut mempunyai jadual yang tidak pernah diganti dan yang dirancang sesuai mengikut kriteria tertentu. Mereka sentiasa berjaya dan biasanya merupakan pegawai cemerlang di syarikat kerana mereka boleh memberi tumpuan kepada tugas-tugas yang paling penting. 

Mereka berpendapat bahawa perlaksanaan sesuatu tugas itu adalah yang paling penting dan bukannya cara perlaksanaan tersebut. Di samping itu, mereka tidak mempunyai masa untuk bersembang kosong di pejabat, apatah lagi mengenai hal-hal peribadi. Cuba perhatikan, e-mel yang mereka hantar juga biasanya mengandungi hanya beberapa ayat constructive dan straight to the point. 

Kriteria di pejabat:

• Berkeupayaan untuk menganalisis 
• Menyelesaikan masalah dengan tepat dan logik 
• Bekerja untuk mendapatkan keputusan 


2. Sentiasa membuat perancangan 

Seorang yang gemar merancang jarang melakukan sesuatu secara spontan terhadap perkara yang masih belum mempunyai rancangan yang tepat. Mereka biasanya cenderung berfikir dan mempertimbangkan seberapa banyak maklumat sebelum melakukan sesuatu tindakan. Selalunya, mereka terlewat untuk melaksanakan sesuatu kerana mereka terlalu teliti walaupun berkaitan perkara yang tidak perlu diambil peduli. 

Di pejabat, anda selalu dapat melihat perancang masa yang mencatat senarai tugas yang masih perlu dilaksanakan dan yang telah selesai. Berbeza dengan jenis pegawai 1, perancang selalu menghantar e-mel dengan penjelasan terperinci untuk setiap maklumat yang diberikan. 

Kriteria di pejabat:

• Berorientasikan secara praktikal
• Bijak menganalisis kekurangan rancangan atau jadual


3. Pengawal selia

Bagi yang berpengaruh mereka sangat mudah untuk mempengaruhi kejayaan pasukan serta berkomunikasi dengan rakan sekerja dengan cekap. Para Pengawal selia dapat memastikan kejayaan kumpulan serta secara sukarela mengadakan mesyuarat supaya sesuatu projek dapat dilaksanakan dengan lancar. 

Pengawal selia suka beramah-mesra dan berunding dengan rakan sekerja sehingga mereka dengan mudah dapat mencari jalan penyelesaian untuk pelbagai masalah di pejabat. Mereka sentiasa bersedia untuk membantu dan menjadi orang pertama yang akan menghulurkan bantuan sekiranya diperlukan. 

Kriteria di pejabat: 

• Lancar berkomunikasi dalam pasukan 
• Membawa idea baru

Begitulah perkongsian yang ingin disampaikan..
Sehingga kita bertemu lagi di lain entri..
Sekian, wasalam..


Regards,


Wednesday, December 06, 2017

,
Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera kepada semua pembaca blog ini. Terima kasih atas sokongan kalian selama ini. Bulan Disember sudah masuk hari ke-6 tetapi entri saya setakat ini hanya satu. Itu pun entri 'ringan' tanpa memerah otak iaitu entri mengumumkan Top 5 Commentators. Sebenarnya susah untuk saya mulakan entri kali ini kerana ianya melibatkan emosi saya sejak kebelakangan ini.. Bukan untuk meraih simpati tetapi sekadar berkongsi rasa hati ketika saya sedang diuji.. 

Al-kisah, bapa saya tak sihat.. Kaki kanan beliau bengkak dan tidak boleh menapak disebabkan oleh koyakkan tisu kaki hingga beliau tidak boleh berjalan. Seumur hidup saya, tak pernah lagi saya melihat beliau sakit teruk begini.. Kini sudah hampir 2 minggu beliau terlantar dan mengerang kesakitan walaupun telah mendapatkan rawatan di klinik.. Lebih merisaukan lagi beliau merupakan pengidap diabetes tetapi takut ke hospital!


Apabila bercerita tentang ini, airmata saya tak mampu dibendung lagi dan secara tak sengaja mengalir laju.. Manakan tidak, saya mengenali beliau sebagai seorang yang tabah dan tahan sakit. Buktinya, pada tahun lepas tangan beliau luka semasa memotong besi menggunakan mesin gergaji besi elektrik. Akibatnya jari telunjuk sebelah kanannya terkoyak separuh hingga menampakkan tulang jari. Darah memancut dan tak henti-henti mengalir.. Beliau merawat luka itu sendiri hingga sembuh tanpa pergi ke hospital atau klinik untuk mendapatkan rawatan. Berbulan-bulan lamanya jari beliau berbalut.. Alhamdulillah luka itu kini sudah sembuh sepenuhnya.

Jadi apabila beliau mengerang kesakitan, saya dapat rasakan ianya memang terlalu sakit hingga beliau sendiri tidak dapat menahannya.. Begitulah keadaan beliau sekarang..

Walau pun sedang bersedih saya cuba untuk sorok perasaan ini dari pengetahuan officemate atau orang sekeliling.. Saya tidak mahu memulakan cerita tentang hal ini kerana dikhuatiri tidak dapat menahan sedih malah saya menjalani urusan pejabat seperti biasa but on the other hand saya dapat rasakan diri ini tidak kuat menahan rasa risau dan sedih itu. 

Selepas melawat beliau tempoh hari saya mengalami demam panas tahap tak boleh bangun bermula dari hari Sabtu dan beransur sihat pada Isnin lalu.. Mungkin kerana perasaan saya terlalu sedih dan tak kuat semangat.. Anak mana tak sayang bapa kannn.. Terasa tamparan yang sangat hebat.. Sebagai anak perempuan sulung saya ingat selama saya hidup beliau tidak pernah menghampakan permintaan saya..

HILANG FOCUS

Apabila emosi terganggu tanpa saya sedari saya kerap cuai akibat hilang focus. Apa yang berlaku saya tak pernah tertinggal tablet tetapi semalam tertinggal di pejabat tanpa ada perasaan risau (sebelum ni tertinggal sanggup datang office semula tetapi kini hurmmm hilang pun hilanglah kalau dah takde rezeki), pen drive yang mengandungi banyak maklumat sulit sepatutnya dikeluarkan dari CPU office tetapi  dibiarkan melekat, pagi ini pula lupa semat pin tudung, lebih memalukan kelmarin lupa bayar hutang makan (saya makan dengan officemate seramai 4 orang so salah seorang akan advance payment dan kami akan bayar kemudian), pagi ni juga masak kari sotong biasa dalam periuk tetapi saya masak dalam kuali dan apabila bercakap seringkali slip of  the tongue. Apa yang berlaku semua akibat hilang focus. Jasad ada di situ tetapi minda di awang-awangan..

DOA & HARAPAN


Okay, begitulah cerita terkini dari saya.. Sebelum mengakhiri entri ini saya sentiasa berdoa agar beliau segera sembuh. Kawan-kawan semua jangan lupa doakan kesihatan bapa saya.. Dalam keadaan ini saya perlu kuat dan tabah dengan ujian ini, in shaa Allah.. Ada lagi insan lain yang diuji dengan lebih hebat. Life is a test! Allah does not burden a soul beyond that it can bear. Hidup perlu diteruskan.. Itulah kekuatan dan kata-kata semangat untuk diri saya.

Sehingga kita bertemu lagi di lain entri..
Sekian, wasalam..


Regards,


Monday, December 04, 2017

,
Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera kepada pembaca blog ini.. Alhamdulillah sudah masuk hari ke-4 dalam bulan Disember 2017. Semoga hari ini lebih baik dari semalam dan kita dipermudahkan segala urusan, amin. Untuk pengetahuan pembaca, pada 30.11.2017 lalu, saya tergerak hati untuk memilih Top 5 Commentators blog ini. Inilah yang dikatakan rezeki mereka, tiba-tiba saya digerakkan hati oleh-Nya untuk berkongsi rezeki dengan mereka..


Berikut adalah senarai Top 5 Commentators blog Lady In Red Planner as at 30.11.2017 :

 

Top 5 Commentators dan blog mereka :

2. Ana Suhana : http://www.anasuhana.com
4. Siqah Hussin : http://www.siqahiqa.com

Kesemua blogger di atas telah saya hubungi dan maklumbalas juga telah diterima kecuali rakan blogger no. 5 bernama Sal.. Sal ooo Sal.. Where are youuuuu? Mana poie Sal ni.. Check email Sal na, nanti bagi feedback kat saya.. Den tunggu ni..  

Kepada yang tersenarai, hadiah akan dipos dalam masa terdekat.. Hadiah yang diberikan tak seberapa tetapi ikhlas dari saya.


Di kesempatan ini juga saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada rakan bloggers yang lain.. Walau pun tak tersenarai dalam Top 5 Commentators di blog saya, jangan kecil hati mungkin rezeki anda ada juga suatu hari nanti... Terima kasih di atas sokongan kalian.. Saya sangat hargai komen yang diberikan kerana saya percaya setiap komen pembaca adalah ikhlas lahir dari hati.. Apa yang penting persahabatan yang dibina melalui dunia maya ini berkekalan hendaknya. Saya doakan semoga rakan bloggers success and keep blogging. Teruskan support each other okay..

Okaylah, setakat ini sahaja..
Sehingga kita bertemu lagi di lain entri..
Sekian, wasalam..


Regards,


Thursday, November 30, 2017

,
Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera kepada pembaca blog ini.. Entri kali ini bertitik-tolak dari apa yang saya dengar di tv sebentar tadi.. Bukan sahaja tadi tetapi sebelum-sebelum ini juga telah berlaku di mana saya sangat kurang senang apabila mendengar berita yang menyuntik sentimen kebencian, mempunyai unsur-unsur provokasi lebih-lebih lagi kepada kaum dan bangsa sendiri demi kepentingan tertentu.

Semakin lama semakin menjadi-jadi.. Ianya bukanlah satu berita yang elok untuk digembar-gemburkan.. Malah anak saya yang berusia 9 tahun juga mula bersuara seolah-olah mempertikaikan mengapa si A sering memburukkan si B.. Apa yang anak saya tahu, dia diajar untuk saling hormat-menghormati apatah lagi kepada orang lebih tua darinya tetapi apa yang dilihat adalah sebaliknya. Tak mahu komen panjang, saya kata mana yang baik kita ikut, mana yang tak baik kita tinggalkan. Tetapi nampak sangat jawapan itu tidak menjawab soalannya secara spesific malah semakin membuatkan dia keliru...It's okay, saya masih boleh handle..


Keadaan ini mengingatkan saya dengan lirik lagu Laskar Cinta yang dinyanyikan oleh kumpulan Dewa dari Indonesia... Lagu ini pernah menjadi kegilaan saya satu masa duhulu, bukan kata saya peminat Dewa tapi saya jenis suka layan lagu yang mempunyai lirik tersendiri, penuh makna dan mempunyai cerita di dalamnya lebih-lebih lagi cerita yang berkaitan diri sendiri.. Siapa penyayi lagu tersebut jatuh nombor 2, gituuuuu..

APA KAITAN LIRIK LAGU LASKAR CINTA DENGAN SENTIMEN KEBENCIAN?

Sebelum itu boleh dengar lagu Laskar Cinta di bawah :


Tahukah pembaca bahawa lagu Laskar Cinta diinspirasi dari surah-surah dalam Al-Quran iaitu al-Fajr (ayat 27), al-Maidah (ayat 120) dan al-Hujurat (ayat 13) iaitu seperti berikut:

يَا أَيَّتُهَا النَّفْسُ الْمُطْمَئِنَّةُ

"Hai jiwa yang tenang," (QS: Al-Fajr Ayat: 27)

Wahai jiwa-jiwa yang tenang berhati-hatilah dirimu
kepada hati yang penuh dengan kebencian yang dalam
karena sesungguhnya iblis ada dan bersemayam
di hati yang penuh dengan benci
di hati yang penuh dengan prasangka

laskar cinta sebarkanlah benih-benih cinta
musnahkanlah virus-virus benci
virus yang bisa rusakkan jiwa dan busukkan hati

laskar cinta ajarkanlah ilmu tentang cinta
karena cinta adalah hakikat
dan jalan yang terang bagi semua umat manusia

jika kebencian meracunimu kepada manusia lainnya
maka sesungguhnya iblis sudah berkuasa atas dirimu

maka jangan pernah berharap Aku akan mengasihi
menyayangi manusia-manusia yang penuh benci seperti kamu

wahai jiwa jiwa yang tenang
jangan sekali kali kamu mencoba jadi tuhan
dengan mengadili dan menghakimi


لِلَّهِ مُلْكُ السَّمَاوَاتِ وَالأرْضِ وَمَا فِيهِنَّ وَهُوَ عَلَى كُلِّ شَيْءٍ قَدِيرٌ
 "Kepunyaan Allah-lah kerajaan langit dan bumi dan apa yang ada di dalamnya; dan Dia Maha Kuasa atas segala sesuatu.” (QS: Al-Ma’idah Ayat: 120)

bahwasanya kamu memang tak punya daya dan upaya
serta kekuatan untuk menentukan kebenaran yg sejati


 
"Hai manusia, sesungguhnya Kami menciptakan kamu dari seorang laki-laki dan seorang perempuan dan menjadikan kamu berbangsa-bangsa dan bersuku-suku supaya kamu saling kenal-mengenal. Sesungguhnya orang yang paling mulia diantara kamu disisi Allah ialah orang yang paling takwa di antara kamu. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Maha Mengenal." (QS: Al-Hujurat Ayat: 13)

bukankah kita memang tercipta laki laki dan wanita
dan menjadi suku-suku dan bangsa-bangsa yang pasti berbeda
bukankah kita memang harus saling mengenal dan menghormati

bukan untuk saling bercerai-berai dan berperang angkat senjata


PETIKAN SURAH AL-HUJURAT AYAT 9

Selain itu saya selitkan sedikit petikan surah al-Hujurat ayat 9 yang bermaksud :

وَإِن طَآٮِٕفَتَانِ مِنَ ٱلۡمُؤۡمِنِينَ ٱقۡتَتَلُواْ فَأَصۡلِحُواْ بَيۡنَہُمَا‌ۖ فَإِنۢ بَغَتۡ إِحۡدَٮٰهُمَا عَلَى ٱلۡأُخۡرَىٰ فَقَـٰتِلُواْ ٱلَّتِى تَبۡغِى حَتَّىٰ تَفِىٓءَ إِلَىٰٓ أَمۡرِ ٱللَّهِ‌ۚ فَإِن فَآءَتۡ فَأَصۡلِحُواْ بَيۡنَہُمَا بِٱلۡعَدۡلِ وَأَقۡسِطُوٓاْ‌ۖ إِنَّ ٱللَّهَ يُحِبُّ ٱلۡمُقۡسِطِينَ

"Dan kalau ada dua golongan dari mereka yang beriman itu berperang hendaklah kamu damaikan antara keduanya! Tapi kalau yang satu melanggar perjanjian terhadap yang lain, hendaklah yang melanggar perjanjian itu kamu perangi sampai surut kembali pada perintah Allah. Kalau dia telah surut, damaikanlah antara keduanya menurut keadilan, dan hendaklah kamu berlaku adil; sesungguhnya Allah mencintai orang-orang yang berlaku adil."

Ayat 'berperang' bukan sahaja merujuk kepada peperangan tetapi kepada bermusuhan, memaki, berkelahi, bertikam-lidah atau apa sahaja yang boleh membawa kepada perbalahan. Jadi jika ada 2 kumpulan berselisih faham, berkelahi, mengutuk atau saling memaki hendaklah orang ketiga yang mempunyai kuasa / mendapat kepercayaan umum mencari jalan untuk mendamaikan 2 kumpulan tersebut bukan terus 'mencucuk', melaga-laga atau menyebelahi mana-mana pihak seperti yang berlaku kebelakangan ini. 

Malulah! Buruk orang tengok jika 'orang tua' mengherdik, memaki, menyindir dan apa sahaja yang seangkatan dengannya. Ianya bukan sikap yang baik dan boleh jadi contoh ikutan kepada belia, remaja dan anak kecil. Oleh itu, berubahlah kerana membenci bukan cara untuk mendapatkan sokongan dan kepercayaan..

Ingatlah : "jika kebencian meracunimu kepada manusia lainnya, maka sesungguhnya iblis sudah berkuasa atas dirimu.."

Begitulah perkongsian yang ingin disampaikan. Semoga jadi ikhtibar kepada pembaca.


Sehingga kita bertemu lagi di lain entri..
Sekian, wasalam..


Regards,


Follow Us @ladyinredplanner