Thursday, January 18, 2018

,
Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera kepada semua pembaca blog Lady in Red Planner.. Blog post kali ini ada kaitan tentang hutang. Sebelum bercerita lebih panjang lebar, saya nak tanya.. pernahkah ada antara pembaca berdepan dengan situasi manusia yang susah bayar hutang? Bila nak pinjam bukan main lembut gigi dari lidah, janji bulan dan bintang untuk bayar balik. Bila sampai masa kita nak duit kita semula, macam-macam alasan diberi sampai kita malu minta duit sendiri. Iskh..iskh..iskh ada kaa patut? Kalau bawah RM50.00 mungkin boleh anggap sedekah tapi bila beratus hingga beribu apa yang boleh kita buat? Ada caranya..

Okay, entri hari ini saya diberi ilham untuk berkongsi ilmu mengenai cara membuat tuntutan terhadap orang yang suka buat hutang dengan menfailkan tuntutan di Mahkamah selaras dengan Aturan 93 Kaedah-Kaedah Mahkamah 2012. Tuntutan yang saya maksudkan di sini ialah prosedur menfailkan tuntutan kecil di Mahkamah. Tak perlu lantik peguam, kita sendiri tampil di hadapan Majistret. Namun perlu diingat bahawa had tuntutan hendaklah tidak melebihi RM5,000.00.

Cara tuntut hutang di Mahkamah
TATACARA TUNTUTAN KECIL

Prosiding tuntutan ini akan dijalankan dalam Mahkamah Majistret antara seorang individu (Plaintif - orang yang membuat tuntutan) dan seorang individu lain (Defendan - orang yang buat hutang). Perlu diingat bahawa Plaintif bukan wakil atau pihak ketiga dalam prosiding ini.



Dapatkan borang (Borang 198) di kaunter pendaftaran Mahkamah. Baca arahan yang dilampirkan sebelum mengisi borang tersebut. Plaintif hendaklah mengisi jumlah dan butir-butir tuntutan seperti di bawah ini:

Writ Summons and Statement of Claim
Borang 198
PENFAILAN
 
Sediakan 4 salinan Borang 198 tersebut yang telah lengkap diisi dan ditandatangani. Seterusnya serahkan borang di Pejabat Pendaftaran Mahkamah dan bayar yuran penfailan sebanyak RM20.00.

Penyataan Tuntutan
Arahan Borang 198
PENYAMPAIAN

Setelah borang tersebut difailkan dan dimeterai (sealed copy), Plaintif mesti menyerahkan 1 salinan borang tersebut kepada Defendan melalui serahan sendiri (secara kediri) atau melalui pos berdaftar prabayar (AR Berdaftar - ada kad kuning dilampirkan pada sampul surat berdaftar tersebut) yang dialamatkan ke alamat terakhir Defendan yang diketahui. Untuk serahan kediri jangan lupa dapatkan tandatangan Defendan di bahagian belakang borang salinan Plaintif sebagai bukti penerimaan.

Apabila Borang 198 telah diserahkan dengan sempurna kepada Defendan, Plaintif tunggu maklumbalas Defendan. Defedan perlu menfailkan pembelaan dan serah kepada Plaintif. Saya akan terangkan dalam post akan datang peranan Defendan setelah menerima Borang 198 daripada Plaintif.


PENGHAKIMAN TANPA KEHADIRAN ATAU PENANGGUHAN KES

Sekiranya Defendan tidak membalas tuntutan Plaintif dengan menfailkan pembelaannya, Mahkamah boleh merekodkan penghakiman bagi pihak Plaintif pada tarikh penengaran kes atau menangguhkan kes ke tarikh akan datang mengikut budibicara Mahkamah.

PENYELESAIAN

Semasa perbicaraan kes, Mahkamah akan membantu Plaintif dan Defendan untuk satu penyelesaian melalui persetujuan kedua-dua pihak.

Jika kes ini tidak berjaya diselesaikan, Mahkamah akan meneruskan pendengaran kes sehingga mencapai satu penyelesaian mengikut kuasa dan budibicara Majistret berdasarkan keterangan dan dokumen-dokumen yang dikemukakan semasa perbicaraan. Keputusan yang dibuat oleh Mahkamah direkodkan dalam penghakiman. 

PELAKSANAAN PENGHAKIMAN ATAU PERINTAH

Apa tindakan yang akan diambil jika Defendan tidak mematuhi Penghakiman yang direkodkan? Jika suatu Penghakiman atau Perintah Mahkamah telah diserahkan kepada Defendan dengan sempurna tetapi Defendan buat tak peduli seterusnya gagal untuk membuat bayaran, maka Plaintif boleh menfailkan notis tunjuk sebab (Borang 208) dan sampaikan satu salinan kepada Defendan (Penghutang Penghakiman).

ARAHAN MAHKAMAH
Seterusnya Mahkamah boleh mengeluarkan arahan berikut:

(a) sita dan jual barang-barang Defendan untuk dapatkan semula jumlah wang yang terhutang,
(b) beri peluang kepada Defendan untuk bayar hutang Plaintif secara ansuran, atau
(c) penghutang penghakiman (Defendan) dimasukkan penjara.

Defendan boleh pilih mana-mana satu dari (a) hingga (c) di atas.. Itulah akibat orang yang tak mahu bayar hutang.. Semoga kita dijauhkan dari perkara begini.

KESIMPULAN

Masalah yang sering kita hadapi ialah tak sampai hati nak tuntut dari orang yang berhutang, betul tak? Ini bukan masalah tak sampai hati tapi lebih kepada menuntut hak kita. Mungkin sebagai pengajaran kepada orang yang pandai buat hutang tapi tak mahu bayar atau kalau kita tak mahu rasa serba-salah untuk menuntut hak kita (jika peminjam itu dari kalangan ahli keluarga), belajarlah katakan "TIADA WANG UNTUK DIPINJAM" untuk elak perselisihan faham antara keluarga, itu lebih baik daripada bergaduh dan berpatah arang berkerat rotan.

Antara alternatif lain sebelum memberi pinjam duit kepada orang perlu buat satu surat akuan atau Statutory Declaration di bawah Akta Akuan Berkanun 1960. Dalam surat akuan itu jelaskan segala 'janji-janji manis peminjam' secara bertulis. Surat akuan ini boleh dilampirkan semasa kita menfailkan tuntutan di Mahkamah sebagai salah satu bukti. Saya akan share cara sediakan surat akuan ini dalam entri akan datang.. 

So far boleh tak faham apa yang telah saya sampaikan di sini? Andai ada antara pembaca yang tak berapa faham boleh tanya di ruangan komen.. Siapa nak share pengalaman orang pinjam duit boleh juga, komen pembaca sangat dialu-alukan.. 

 Akhir kata Sabda Rasulullah s.a.w : 

"Sesungguhnya roh orang mukmin itu tergantung dengan sebab hutangnya sehinggalah hutangnya dijelaskan." - Hadith riwayat Bukhari adn At-Tirmizi

Begitulah perkongsian yang ingin disampaikan.. 
Semoga ianya memberi manfaat kepada pembaca sekalian.
Sehingga kita bertemu lagi di lain entri..
Sekian, wasalam..

Regards,
I am LZ

Tuesday, January 16, 2018

,
Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera kepada pembaca blog ini.. Hari ini tiada cerita menarik untuk dikongsi bersama.. Sekadar perkongsian ringkas tentang Kisah Pesakit dan Doktor.

practitioner
Doctor
Seorang pesakit telah menemui doktor untuk mendapatkan rawatan.. Setelah pemeriksaan dilakukan, doktor mengarahkan pesakit tersebut mengambil ubat serta membuat bayaran. Sebelum pergi, pesakit sempat merungut :

Pesakit : Untung betul kerja doktor ni.
Doktor: Kenapa Encik ?
Pesakit : Kita jumpa doktor kena bayar. Padahal tuhan yang bagi sembuh.
Doktor : Kalau Encik nak terus jumpa tuhan pun saya boleh uruskan.

Pesakit terus terdiam dan berlalu pergi tanpa banyak soal.. hihihi

Morale of the story
Setiap pekerjaan ada tanggungjawab dan risiko tersendiri.. Jadi jangan pertikaikan tugas orang lain berdasarkan jawatan.. Setiap jawatan yang disandang mempunyai tanggungjawab besar yang harus digalas.


Begitulah cerita yang ingin disampaikan.. 
Sehingga kita bertemu lagi di lain entry..
Sekian, wasalam..

Regards,
I am LZ

Monday, January 15, 2018

,
Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera kepada semua pembaca blog Lady In Red Planner.. Hari ini di Negeri Sembilan cuti ganti sebab semalam adalah sambutan Hari Keputeraan Duli Yang Maha Mulia Yang Di-Pertuan Besar Negeri Sembilan Darul Khusus Tuanku Muhriz Ibni Almarhum Tuanku Munawir Yang ke-70.. Daulat Tuanku Merafak Sembah Setinggi-tinggi ucapan Tahniah..

Okay, entri kali ini saya share tentang tempat makan #ganglunch pada Jumaat lalu.. Hari Jumaat merupakan hari yang ditunggu-tunggu kerana waktu lunch yang panjang iaitu dari pukul 12.30 hingga 2.30 petang.. Cuaca hari Jumaat lepas, mendung disusuli dengan hujan renyai-renyai.. Bila cuaca sejuk faham-fahamlah, perut pun mudah lapar. Jadi tekak pun mengada minta makanan best.

Jadi kami ke The Windmills Restaurant ("TWS").. Saya yakin para pembaca tentu familiar dengan restaurant ini kerana ianya merupakan salah satu Western Food Restaurant yang agak terkenal.. Pernah disiarkan dalam rancangan Jalan-Jalan Cari Makan di TV3.. Kalau masih belum familiar, it's okay saya kongsi sedikit di sini..

Al-kisah, kelmarin merupakan kunjungan pertama kali ke TWS cawangan Seremban Gateway. Sebelum ni biasa pergi di cawangan Seremban 2 berdekatan City Park.


Seremban Gateway Complex
The Windmills Restaurant (TWS) cawangan Seremban Gateway

Untuk pengetahuan pembaca, cawangan pertama TWS di Melaka dibuka sekitar tahun 2000 oleh founder TWS yang berasal dari Netherlands dengan menggunakan tagline "Great Western Food Since 2000". No wonder ada perkataan "windmills" iaitu kincir angin yang terkenal di Belanda.. Begitulah sejarahnya..

Saya suka persekitaran restaurant TWS yang terletak di Tingkat 1, Seremban Gateway Complex sebab bersih dan cozy.. Kawasan luas dan selesa to enjoy our food.

Cawangan Seremban Gateway Complex
Ruang dalam TWS Restaurant

Ruang makan dalam restaurant juga luas.. Sesuai untuk sambutan birthday atau keramaian.. Sekarang masa untuk saya kongsi apakah menu yang kami pesan?

The Windmills Restaurant
Lamb Chop - RM22.90

Ini hidangan saya, Lamb Chop (grilled lamb chop with fine herbs, served with fries, coleslaw and sweet corn).. Gravy diletakkan berasingan..

Sudah banjir with gravy..

Berikut pula hidangan yang telah dipesan oleh Mrs. A iaitu Sirloin Steak (grilled sirloin steak served with fries, coleslaw and sweet corn)..

The Windmills Restaurant
Sirloin Steak - RM25.90

Fakta tentang sirloin : Sirloin ialah daging bahagian otot yang membolehkan haiwan bergerak. Daging bahagian ini sedikit berlemak. Sirloin steak perlu dimasak dengan sempurna supaya menghasilkan daging yang juicy dan lembut.


Ini pula menu yang dipesan oleh Pn. Naddy iaitu Fried Chicken Burger.

The Windmills Restaurant
Fried Chicken Burger - RM13.90

Presentation membuatkan burger ayam ini agak menarik tetapi rasa seperti burger ayam biasa. Seterusnya hidangan set yang diberi nama Hot & Spicy Fish (with mushroom soup, ice lemon tea and dessert).

Hot & Spicy Fish - RM19.90

Hidangan ini disertakan sekali dengan air berbeza dengan yang lain.. So far kami kenyang sampai malas masuk office semula, hehehe.. Service pun okay.. In terms of makanan okay sahaja boleh layan.. Sedap adalah subjective.. Bergantung kepada citarasa individu..  Apa pun you all kena cuba sendiri baru tahu..

Lepas makan kami menghabiskan masa bersembang 'isu semasa' hingga lunch hour hampir tamat.. Tak sempat cuci mata terus menuju ke office..

Okay, kepada sesiapa ingin merasai sendiri makan di TWS atau mengadakan majlis keramaian boleh cari lokasi terdekat atau hubungi manager in charge seperti yang dinyatakan di bawah ini:

Cawangan The Windmills Restaurant
Contact The Windmill Restaurant

Sekian sahaja perkongsian saya kali ini..
Sehingga kita berjumpa lagi di lain entri..
Wasalam, byeeee...

Regards,
I am LZ



Friday, January 12, 2018

,
Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera kepada pembaca blog ini.. It is really confusing. Baca tajuk macam serius. Apa yang mengelirukan sangat? Okay, cuba perhatikan gambar di bawah. Apa yang anda nampak?




Sekadar gambar yang mengelirukan atau ada maksud di sebalik gambar di atas? Mungkin ada pembaca nampak kayu ada 3 batang, ada pembaca kata 4 batang.. Let me tell you.. 

Kayu dalam gambar ada 3 atau 4 batang semua bergantung kepada pendapat atau pandangan masing-masing, mungkin juga saya boleh kata takde 3 atau takde 4 batang kayu but drawing is wrong.. 

Apa yang dapat saya kongsi di sini, it just tells us one thing that is people have different perspectives, different opinions and point of views. We shouldn't argue over. We just need to respect each other. 

Penting ada sikap hormat antara satu dengan lain.. Jangan berbalah sekadar berlainan pandangan seperti apa yang berlaku sejak kebelakangan ini sehingga melupakan bahawa kita satu rumpun, satu bangsa dan satu agama.. Really sad :'(


So apa pendapat pembaca pula? Jangan lupa tinggalkan pendapat anda di ruangan komen.. I love to read it and thank you in advance.

Begitulah perkongsian saya kali ini.. 
Sehingga kita berjumpa lagi di lain entri..
Sekian, wasalam..
Byeeee...

Regards,
I am LZ


Follow Us @ladyinredplanner