Showing posts with label Jokes. Show all posts
Showing posts with label Jokes. Show all posts

Monday, February 13, 2023

,
NIAT PANCING IKAN TAPI DAPAT AYAM | Article ini saya baca di Facebook, secara  tak langsung tergerak hati untuk kongsi di sini kerana joke ini memang tak tercapai dek akal saya.. 

Ceritanya begini..

Ada satu kolam pancing ikan kutip RM30.00 untuk sekali masuk memancing. Siapa tak dapat ikan, diberi seekor ayam. Dalam seminggu, pemancing jadi ramai dan semua happy bawa balik seekor ayam.

Kolam memancing ikan
 

Satu hari ada orang tanya owner kolam tempat memancing ikan tersebut.

"You tak rugi ke buat mcm tu?" Owner jawab untung gila.

Mengapa owner kata demikian? 
Sebenarnya dia ada ladang ayam tapi ayam tak laku. Kolam tu memang tak ada ikan pun..
Tak pasal-pasal sekor ayam harga RM30.00...
Bijak sungguh owner tempat memancing ni dengan tipu muslihat..
Ayooo macam ni pun ada???

Post ini just for fun, joke di pagi Isnin..
Thank you for reading & have a great day everyone!



Regards,

Thursday, December 16, 2021

,
Artikel ini perkongsian dari Facebook.. Saya terhibur apabila membaca post ini sambil dalam hati berkata sungguh creative si penulis tersebut..

Jom baca:


Dari KEINGINAN hingga KEMATIAN


Ketika anda dah mempunyai isteri, tapi masih membayangkan wanita lain untuk nikah lagi. Itulah yang dinamakan KEINGINAN.

Ketika anda bertemu wanita cantik dan solehah dan.. anda ingin menikahinya tetapi, wajah isteri anda selalu terbayang-bayang. Itulah yang dinamakan KETAKUTAN tapi anda tetap nekad menikahinya. Itulah yg dinamakan KEBERANIAN.

Ketika anda sedang mengadakan akad nikah, tiba-tiba isteri anda datang, itulah yang dinamakan KETAHUAN.

Tetapi isteri anda tak marah dan tak melempang madunya, malah turut hadir dalam acara tersebut. Akan tetapi dia membawa anak-anak anda demi menjaga kehormatan anda.. Itulah yang dinamakan KEAJAIBAN.

Ketika Anda pulang ke rumah isteri pertama anda, lalu dia menyambut anda dengan senyuman, malah dia membawa secawan kopi panas kesukaan anda, sambil berbisik : "Abang lepas nikah bini nombor 2 ni makin macho la.."  Itulah yang dinamakan KEANEHAN.

Setelah minum kopi.  Tiba-tiba seluruh otot anda kekejangan dan mulut anda berbuih.. Itulah yang dinamakan KERACUNAN...!! Tak lama selepas itu anda menemui ajal, itulah KEMATIAN.
Begitulah pengakhiran jalan cerita di atas..
Sekadar jenaka hari ini, just chill and don't take it serious okay.. 


Regards,

Sunday, May 12, 2019

,
Al-kisah, anak saya tiada gadget atau phone sendiri.. Frankly speaking, saya memang tak beri anak saya phone memandangkan belum ada keperluan mendesak.. Jadi bulan lalu, dia request untuk guna phone saya bagi membolehkannya sertai WhatsApp rakan sedarjah. Saya kata okay, memandangkan setiap perbualan di bawah pemantauan saya..

Mana conversation penting melibatkan aktiviti sekolah, saya akan beri dia baca dan dalam sehari dia akan berbalas-balas mesej dengan rakan sekelas untuk tempoh-tempoh tertentu.. Biarlah apa orang kata yang penting saya selesa dengan cara ini..


WhatsApp Group
Nak dijadikan cerita, minggu lalu saya baca perkongsian salah seorang rakannya di WhatsApp group tersebut.. Berikut perkongsian mereka, anda boleh baca dan nilai sendiri..

"ALAHAI BOY...

Di sebuah kelab malam, Boy duduk seorang diri. Ramai gadis cantik di situ. Boy try tackle, tapi langsung tak dilayan.


Boy nampak seorang lelaki masuk ke kelab itu. Selepas lelaki itu duduk, ramai awek cantik seksi datang ke meja lelaki itu.


“Ceh, nak kata hensem, aku lagi hensem. Apasal semua awek pergi kat dia?” keluh Boy hairan.


Masa Boy pergi ke toilet, dia terserempak dengan lelaki tu. Sempatlah mereka berkenalan. Nama lelaki tu Zack.


“Bro, macam mana kau boleh duduk kat meja lepas tu ramai awek cun datang macam tu je kerumun kat lu? Share tips dengan gua sikit,” kata si Boy.


“Senang je. Esok lu masuk kelab ni, masa nak duduk tu lu campak kunci kereta lu atas meja. Gerenti awek cun datang dekat dengan lu,” jawab Zack.


“Tapi bro, gua takde kunci kereta. Kunci motor adalah!” balas Boy.


"Ko belilah kunci kereta. Bukan aku suruh beli kereta. Tengok macam aku ni, kunci kereta Ferrari ni je modal aku,” balas Zack sambil menunjukkan kunci kereta Ferrari di tangannya.


Ooo.. kunci kereta je taktiknya. Oklah. Esoknya Boy terus beli segugus kunci kereta, jenama Jaguar lagi. Perghh! Ni gerenti ramai awek cun dekat nanti. Senyum kambing Boy bila terbayang dirinya dikelilingi gadis-gadis cantik.


Malam tu, dengan bersemangat Boy pun datang ke kelab semalam.  Dengan confident giler, Boy duduk sambil mencampakkan kunci Jaguarnya ke atas meja di depannya.


Aikk.. takde respons pun? Boy tengok, gadis-gadis cantik seksi yang jalan di depannya hanya memandangnya sinis, lepas tu ketawa geli hati. Ada yang ketawa terbahak-bahak pulak tu.


Hishh… Kenapa pulak ni? Takkan tak menjadi taktik yang diajar Zack semalam?


“Aku guna kunci Jaguar kot, sorang awek pun tak sangkut. Penipu punya Zack!” bebel Boy.


Tiba-tiba seorang awek cun yang seksi dengan senyuman menggoda berjalan ke arah Boy. Haa… dah mengena dah umpan aku ni, bisik Boy. Perghh! Awek ni memang meletop.


Dengan lirikan manja, awek tu pun berkata : “Hai cik abang… kalau nak campak kunci kereta tu pun, pastikan buka helmet tu dulu ye!”


Sekian..


Yer memang lawak dan kelakar bagi kita orang dewasa tapi apa pula penerimaan kanak-kanak seusia 11 tahun? Di sebalik lawak ada unsur-unsur kurang baik di situ. Bagi saya perkataan bold di atas tak sepatutnya  didedahkan kepada anak-anak seawal 11 tahun. Itu pendapat saya.. or mungkin saya terlalu typical atau kolot dalam mendidik anak?

For me, biarlah mereka faham dan tahu bila sudah sampai masa.. Senang kata - spender pun masih mak bapak beli ada hati bercerita tentang gadis-gadis seksi di kelab malam?.. Seperti saya kata tadi,  mungkin saya ni mama yang kolot atau tak sporting.. hurrrmmmm entahlah..

Bagaimana pula pembaca yang bergelar ibu? Apa pula pendapat anda?
Pembaca yang masih belum bergelar ibu juga bebas untuk memberikan pandangan anda..



Regards,


Loading...

Tuesday, January 16, 2018

,
Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera kepada pembaca blog ini.. Hari ini tiada cerita menarik untuk dikongsi bersama.. Sekadar perkongsian ringkas tentang Kisah Pesakit dan Doktor.

practitioner
Doctor
Seorang pesakit telah menemui doktor untuk mendapatkan rawatan.. Setelah pemeriksaan dilakukan, doktor mengarahkan pesakit tersebut mengambil ubat serta membuat bayaran. Sebelum pergi, pesakit sempat merungut :

Pesakit : Untung betul kerja doktor ni.
Doktor: Kenapa Encik ?
Pesakit : Kita jumpa doktor kena bayar. Padahal tuhan yang bagi sembuh.
Doktor : Kalau Encik nak terus jumpa tuhan pun saya boleh uruskan.

Pesakit terus terdiam dan berlalu pergi tanpa banyak soal.. hihihi

Morale of the story
Setiap pekerjaan ada tanggungjawab dan risiko tersendiri.. Jadi jangan pertikaikan tugas orang lain berdasarkan jawatan.. Setiap jawatan yang disandang mempunyai tanggungjawab besar yang harus digalas.


Begitulah cerita yang ingin disampaikan.. 
Sehingga kita bertemu lagi di lain entry..
Sekian, wasalam..

Regards,
I am LZ

Thursday, August 24, 2017

,
PERINGATAN KEPADA ISTERI | Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera kepada pembaca blog ini.. Entri ini diterima dari group WhatsApp office-mate dan sesuai dijadikan panduan kepada pembaca yang bergelar isteri termasuk diri saya sendiri..

Pesanan diterima buat pengajaran wahai isteri.. Hati-hati jangan sampai terjadi walaupun dah berumur lebih dari 5 series macam Makcik Timah ni...



Al-kisah begini :

Timah tiap hari pergi kerja suami hantar. Semalam suami out station beberapa hari so dia naik teksi. Bila sampai office dia terus cium tangan dan berlalu pergi. Pada hal yang dicium tu tangan taxi driver sebab dah terbiasa cium tangan suami....

Si taxi driver pun tergamam.. Bukan hanya tergamam tangan dicium tapi lebih tergamam sebab Timah berlalu pergi tanpa membayar tambang. Dia ingat taxi ni bapak dia ke yang punya... Si driver menyumpah..

Maafkanlah Timah, dia tak sengaja...

Cerita ini sebagai gurauan sahaja... 


Sehingga kita bertemu lagi di lain entri..
Sekian, wasalam..


Regards,


Wednesday, July 26, 2017

,
KISAH NUR DI WHATSAPP GROUP | Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera kepada semua pembaca blog ini.. Kali ini saya ingin kongsikan kisah Nur yang saya terima dari WhatsApp Group.. Admin telah add Nur sebagai ahli baharu dalam WhatsApp Group tersebut dan inilah yang berlaku.. 

Photo credit to Google


"Admin added Nur to your group
Admin added Nur..

Usin : hi Nur welcome to the group.
Nur : hi guys i'm new to the city
Usin : hi Nur dont worry , my dear...any problems i will be the solution
Rahman : hi Nur tell me if you have any problem, i will arrange it for u
Aman : hi Nur if you need anything tell me, it will be arranged.
Attan : hi Nur, u can always depend on me for assistance, I will manage it for u
Nur : thanx guys for your support
Attan : Nur whats your full name
Nur : Nur Azman bin Nur Diman
Usin left
Rahman left
Aman left
Atan left
Admin left.
.
Nur.....you are the Admin now."

Begitulah kisah lelaki bernama Nur Azman bin Nur Diman yang telah dijemput masuk ke WhatsApp Group setelah berpindah ke kawasan baharu.. Semua ahli group menyangka Nur itu seorang wanita.. Bukan main masing-masing tunjuk caring kannnn. Mengayat tak menahan.. Bila tahu Nur itu nama seorang lelaki terus left group.. hehehe




Sehingga kita bertemu lagi di lain entri..
Sekian, wasalam..


Regards,


Thursday, July 20, 2017

,
KISAH BULAN PUASA LALU | Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera kepada pembaca blog ini.. Sementara takde entri serious, kali ini saya ingin kongsi entri kategori santai. Saya suka abadikan kisah-kisah lawak yang berjaya mencuit hati dari WhatsApp group rakan-rakan.. Kepada pembaca yang sudah tahu tentang lawak ini, tumpang senyum pun okay.. hehehe

Credit to Google
Al-kisah bulan puasa lalu..

"Ada jiran... lepas berbuka puasa dia terus mandi maksudnya lepas tu bersiap untuk pergi tarawih dalam bulan puasa lalu. Sebelum tu dia minum kopi terus makan tembikai sejuk yang disimpan dalam peti ais. Bila dia jalan ke motor... elok, tidak ada perasaan aneh atau apa-apa petanda pun.

Dalam keadaan sihat walafiat, tiba-tiba dia tidak boleh melihat apa-apa dan dia kata gelap betul di sekelilingnya. Berpeluh-peluh dia dan sesak nafas. Dalam keadaan panik dia teriak sambil baca istighfar dengan menjerit-jerit minta tolong. 

Alhamdulillah... Allah masih melindungiNya..
Tengok..tengok.. eh rupa-rupanya dia pakai helmet terbalik! Astagfirullahalazim... Allahu akbar! Patutlah mengelabah gelap!"

Harap perkara ini tak terjadi sama kepada kita. Bukan apa-apa, takut korang malu, hehehehe. Itu saja.
Alah gurau-gurau sikit je.. Jangan marah huh..


Sehingga kita bertemu lagi di lain entri..
Sekian, wasalam..


Regards,


Saturday, July 08, 2017

,
BANYAK MINUM AIR KOSONG LEBIH BAHAYA BERBANDING MAKAN DAGING KAMBING | Panjang benar tajuk entri kali ini.. Entri kali ini kategori entry WhatsApp copy paste. Perkongsian unik, jadi saya berminat untuk abadikan di sini sebagai hiburan kepada pembaca sekalian. 

Kepada pembaca yang sudah tahu cerita ini, anggaplah ia sebagai siaran ulangan..

Photo credit to Google - lamb chop
 Gambar sekadar hiasan..

TAHUKAH ANDA?

"Menurut kajian terbaru, banyak meminum air kosong boleh menyebabkan darah tinggi jika di bandingkan dengan makan daging kambing.  Air kosong atau air suam yang selama ini dikatakan sebagai minuman sihat mula dipertikaikan.

Photo credit to Google - plain water
Ujikaji telah dilakukan selama 3 màlam terhadap 2 orang peserta yang dipilih secara rambang.

Malam 1:
Peserta A diberi makan sup kambing manakala peserta B diberi 2 botol air mineral 500ml.
Hasil ujian : Reaksi kedua-dua peserta  - Normal.

Malam ke-2 :
Peserta A diberi kari kambing dan peserta B diberi 3 botol 500ml air mineral.
Hasil ujian : Reaksi Peserta A - Normal manakala Peserta B - sedikit tidak selesa.

Malam terakhir :
Peserta A diberi kambing bakar dan peserta B diberi 2 botol air mineral 1 liter.
Hasil ujian : Reaksi Peserta A masih Normal manakàla Peserta B - emotional. 
Tiba-tiba Peserta B mengamuk dengan membaling botol air mineralnya dan terus merampas baki kambing bakar Peserta A sambil berkata : "Kalau setiap hari air kosong, mati la aku!!"

Kesimpulan ujikaji :

"Dengan hanya meminum air kosong sahaja boleh menyebabkn tekanan darah menjadi tinggi dan emosi juga tidak dapat dikawal jika dibandingkan dengan memakan daging kambing.."

Begitulah lawak hambar yang ingin dikongsi. Ianya direka sebagai hiburan semata-mata dan bukan hasil kajian yang sebenar. Harap maklum.


Sehingga kita bertemu lagi di lain entri..
Sekian, wasalam..


Regards,

Tuesday, June 20, 2017

,
JUMPA DOKTOR | Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera kepada semua pembaca blog ini.. Semalam saya pergi jumpa doktor. Bila dia periksa tapak tangan saya dia tanya, saya kerja apa? Saya jawab tak kerja.. Doktor cakap, you tak boleh makan lobster, ketam, udang, tiram dan tak boleh minum air bergas serta jangan makan anggur, apple, kiwi dan jangan makan ikan salmon.. daging kambing.. ikan terubok... goreng cempedak bla..bla..bla....




Saya tanya, kenapa? Sakit apa saya ni? Doktor jawab selamba.. "You kerja pun takde, lagi mau makan sedap-sedap"..

Hehehehe just joking huh sementara takde idea entry baharu.. Gurauan ini tiada kaitan langsung dengan yang hidup atau yang telah meninggal dunia.. 




Sehingga kita bertemu lagi di lain entry..
Sekian, wasalam..


Regards,

Thursday, June 08, 2017

,
PENGGANTI SUAMI | Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera kepada semua pembaca blog ini.. Semoga kalian dilindungiNya selalu.. Pssstt apa menu untuk berbuka nanti? Hurrrmm saya nak bagitau, hari ini saya order ikan talapia 3 rasa manakala sayur dan lauk masak sendiri di rumah... simple saja. Okay, kita tinggal menu berbuka..

Entry saya kali ini berunsur santai dan relax.. Tak mahu stress sangat fikir menu berbuka. Now lunch break so curi masa sikit blogging sementara tunggu pukul 2.00 petang..

Okay, I hope you will enjoy reading this entry as much as I did..

Photo credit to Google

Kisah bermula :

Di tanah perkuburan, seorang ustaz yang alim lagi warak mendekati seorang wanita jelita yang baru kematian suaminya...

Ustaz: (berbisik) "Saya turut berdukacita atas pemergian suami kamu. Semoga suami kamu ditempatkan dalam kalangan orang beriman.."

Wanita: "Mudah-mudahan. Terima kasih ustaz". (Sambil teresak-esak menangis)

Ustaz: "Kamu tak boleh lama-lama hidup dalam kesedihan begini. Bolehkah saya menggantikan tempat suami kamu???"

Wanita: "Ustaz serius??!!!"

Ustaz: "Ya betul, saya serius ingin menggantikan tempat suami kamu!!"

Tiba-tiba wanita itu berkata kepada si penggali kubur..

Wanita : "Pak cik!! Tolong korek semula kubur suami saya kerana ustaz ini ingin menggantikan suami saya!!!

Ustaz: "Allah..."

Adoiiii... Tak tau apa nak kataaa.. hehehe

Begitulah cerita yang ingin disampaikan.. Just joking huh.. don't take it too seriously okay.


Sehingga kita bertemu lagi di lain entry..
Sekian, wasalam..


Regards,

Wednesday, May 24, 2017

,
KISAH DIAM YANG BOLEH MEMBATALKAN PUASA | Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera to all my lovely readers.. Terima kasih atas kesudian blogger friends untuk meluangkan masa membaca entry ini.. Saya ambil dari perkongsian WhatsApp dari ex-colleague yang diterima hari ini.. Entry ringkas sekadar menceriakan hari anda, jangan ambil serious atau salah sangka okay.. Pesanan saya bacalah hingga habis dengan berlapang dada..

Benarkah diam boleh membatalkan puasa?
.
Photo credit to Giphy

Baca kisah ini selanjutnya sebelum membuat kesimpulan :

"Dalam sebuah ceramah seorang ustaz berkata :

Ternyata diam boleh membatalkan puasa..
Lalu para jemaah serentak terkejut kehairanan..

"Bagaimana boleh batal puasanya ustaz???" tanya salah seorang jemaah.

Lalu secara santai ustaz berkata,
"Hal yang membatalkan puasa kerana diam, misalnya:

Diam, diam sarapan pagi..
Diam, diam minum cendol..
Diam, diam makan maggi..
Diam, diam merokok..
Diam, diam makan dalam kereta.    

Itu contoh diam yang membatalkan puasa.."

Begitulah entry saya, ianya sekadar lawak hambar..




  Sehingga kita bertemu lagi di lain entry.
Sekian, wasalam..


Regards,

Saturday, May 06, 2017

,
BUDAK ZAMAN SEKARANG | Al-kisah gurauan ini lalu di news feed Facebook saya dan berjaya membuatkan saya tersenyum. Justeru, saya kongsikan di sini sekadar menceriakan hari kita, just for fun..

 Photo credit to Google

Kisah tentang Tok yang menceritakan semula apa yang didengarnya:

"Tadi Tok dengar perbualan seorang kanak-kanak berusia 7 tahun dengan ayahnya semasa di kedai makan..

"Ayah, kenapa rambut ayah ada warna putih?" soal kanak-kanak itu. 
Ayah dia jawab secara psycho : "Bila ayah sedih tengok anak ayah nakal degil, rambut ayah akan jadi putih."

Anak dia jawab balik dengan selamba : "Patutlah rambut atuk semua putih.." 😒😒.." 

Hurrrmmm ayah terkena balik.. Bingo! 

Kesimpulannya Tok rasa, raya tahun ni tak payah bagi duit raya kepada budak-budak cukuplah bagi nasihat.. Budak zaman sekarang dah terlebih cerdik sampai bijak psycho orang dewasa."

Begitulah kisahnya. Anak-anak zaman sekarang cerdik, jadi ambil pendekatan nasihat secara berhemah dan realistik. Mereka mampu berfikir seperti orang dewasa.


Sehingga kita bertemu lagi di lain post..
Sekian, wasalam..


Regards,

Thursday, April 06, 2017

,
BERTERUS TERANGLAH SEBELUM NIKAH | Assalamualaikum & Selamat Sejahtera to all readers.. Sikap suka berterus-terang memang perlu ada pada setiap orang lebih-lebih lagi kepada setiap pasangan.. Entry kali ini kategori just for fun sekadar joking di petang hari. Saya copy paste dari news feed Facebook kerana ianya mencuit hati dan tiada kena mengena dengan mereka yang masih hidup atau yang telah meninggal dunia.. 


"Sayang.... sebelum kita nikah esok, biarlah abang berterus terang."
"Kenapa bang?"
"Lihat gambar ni.."
"Siapa wanita ni bang?"
"Wanita ni sebenarnya ... isteri abang. Bila kita nikah esok, sayang akan jadi isteri kedua abang".
"Sayang marah tak?"
"Abang.... demi cinta, sayang turutkan. Kalau itu dah suratan takdir dan jodoh sayang, sayang terima abang seadanya.."
"Sungguh murni kata-kata mu, terharu abang.."

"Tapi bang... sayang pun nak tunjuk gambar jugak"
"Erkkk... gambar apa pulak ni? Siapa lelaki ni?"
"Abang teka lah... sayang pun macam abang jugak"
"Apaa... ni gambar bekas suami sayang ke?"
"Tak lahhh kan sayang belum pernah kahwin lagi"
"Habis tu? Gambar boyfriend lama sayang?"
"Hihihihihi... Tidakkkkk... sayang cinta abang soranngggg je tau!!"
"Habis tu gambar sapa ni?"
"Tu gambar saya sebelum operate!"
"Nama saya dulu Zubir bukan Zubaidah!"
"Abang..... abanggggg!!... alaahh pengsan pulak dia!!"
😂😂😂

Hehehehehe...
Itu sahaja..


Regards,

Follow Us @ladyinredplanner