CARA TUNTUT HUTANG DI MAHKAMAH

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera kepada semua pembaca blog Lady in Red Planner.. Blog post kali ini ada kaitan tentang hutang. Sebelum bercerita lebih panjang lebar, saya nak tanya.. pernahkah ada antara pembaca berdepan dengan situasi manusia yang susah bayar hutang? Bila nak pinjam bukan main lembut gigi dari lidah, janji bulan dan bintang untuk bayar balik. Bila sampai masa kita nak duit kita semula, macam-macam alasan diberi sampai kita malu minta duit sendiri. Iskh..iskh..iskh ada kaa patut? Kalau bawah RM50.00 mungkin boleh anggap sedekah tapi bila beratus hingga beribu apa yang boleh kita buat? Ada caranya..

Okay, entri hari ini saya diberi ilham untuk berkongsi ilmu mengenai cara membuat tuntutan terhadap orang yang suka buat hutang dengan menfailkan tuntutan di Mahkamah selaras dengan Aturan 93 Kaedah-Kaedah Mahkamah 2012. Tuntutan yang saya maksudkan di sini ialah prosedur menfailkan tuntutan kecil di Mahkamah. Tak perlu lantik peguam, kita sendiri tampil di hadapan Majistret. Namun perlu diingat bahawa had tuntutan hendaklah tidak melebihi RM5,000.00.

Cara tuntut hutang di Mahkamah
TATACARA TUNTUTAN KECIL

Prosiding tuntutan ini akan dijalankan dalam Mahkamah Majistret antara seorang individu (Plaintif - orang yang membuat tuntutan) dan seorang individu lain (Defendan - orang yang buat hutang). Perlu diingat bahawa Plaintif bukan wakil atau pihak ketiga dalam prosiding ini.



Dapatkan borang (Borang 198) di kaunter pendaftaran Mahkamah. Baca arahan yang dilampirkan sebelum mengisi borang tersebut. Plaintif hendaklah mengisi jumlah dan butir-butir tuntutan seperti di bawah ini:

Writ Summons and Statement of Claim
Borang 198
PENFAILAN
 
Sediakan 4 salinan Borang 198 tersebut yang telah lengkap diisi dan ditandatangani. Seterusnya serahkan borang di Pejabat Pendaftaran Mahkamah dan bayar yuran penfailan sebanyak RM20.00.

Penyataan Tuntutan
Arahan Borang 198
PENYAMPAIAN

Setelah borang tersebut difailkan dan dimeterai (sealed copy), Plaintif mesti menyerahkan 1 salinan borang tersebut kepada Defendan melalui serahan sendiri (secara kediri) atau melalui pos berdaftar prabayar (AR Berdaftar - ada kad kuning dilampirkan pada sampul surat berdaftar tersebut) yang dialamatkan ke alamat terakhir Defendan yang diketahui. Untuk serahan kediri jangan lupa dapatkan tandatangan Defendan di bahagian belakang borang salinan Plaintif sebagai bukti penerimaan.

Apabila Borang 198 telah diserahkan dengan sempurna kepada Defendan, Plaintif tunggu maklumbalas Defendan. Defedan perlu menfailkan pembelaan dan serah kepada Plaintif. Saya akan terangkan dalam post akan datang peranan Defendan setelah menerima Borang 198 daripada Plaintif.


PENGHAKIMAN TANPA KEHADIRAN ATAU PENANGGUHAN KES

Sekiranya Defendan tidak membalas tuntutan Plaintif dengan menfailkan pembelaannya, Mahkamah boleh merekodkan penghakiman bagi pihak Plaintif pada tarikh penengaran kes atau menangguhkan kes ke tarikh akan datang mengikut budibicara Mahkamah.

PENYELESAIAN

Semasa perbicaraan kes, Mahkamah akan membantu Plaintif dan Defendan untuk satu penyelesaian melalui persetujuan kedua-dua pihak.

Jika kes ini tidak berjaya diselesaikan, Mahkamah akan meneruskan pendengaran kes sehingga mencapai satu penyelesaian mengikut kuasa dan budibicara Majistret berdasarkan keterangan dan dokumen-dokumen yang dikemukakan semasa perbicaraan. Keputusan yang dibuat oleh Mahkamah direkodkan dalam penghakiman. 

PELAKSANAAN PENGHAKIMAN ATAU PERINTAH

Apa tindakan yang akan diambil jika Defendan tidak mematuhi Penghakiman yang direkodkan? Jika suatu Penghakiman atau Perintah Mahkamah telah diserahkan kepada Defendan dengan sempurna tetapi Defendan buat tak peduli seterusnya gagal untuk membuat bayaran, maka Plaintif boleh menfailkan notis tunjuk sebab (Borang 208) dan sampaikan satu salinan kepada Defendan (Penghutang Penghakiman).

ARAHAN MAHKAMAH
Seterusnya Mahkamah boleh mengeluarkan arahan berikut:

(a) sita dan jual barang-barang Defendan untuk dapatkan semula jumlah wang yang terhutang,
(b) beri peluang kepada Defendan untuk bayar hutang Plaintif secara ansuran, atau
(c) penghutang penghakiman (Defendan) dimasukkan penjara.

Defendan boleh pilih mana-mana satu dari (a) hingga (c) di atas.. Itulah akibat orang yang tak mahu bayar hutang.. Semoga kita dijauhkan dari perkara begini.

KESIMPULAN

Masalah yang sering kita hadapi ialah tak sampai hati nak tuntut dari orang yang berhutang, betul tak? Ini bukan masalah tak sampai hati tapi lebih kepada menuntut hak kita. Mungkin sebagai pengajaran kepada orang yang pandai buat hutang tapi tak mahu bayar atau kalau kita tak mahu rasa serba-salah untuk menuntut hak kita (jika peminjam itu dari kalangan ahli keluarga), belajarlah katakan "TIADA WANG UNTUK DIPINJAM" untuk elak perselisihan faham antara keluarga, itu lebih baik daripada bergaduh dan berpatah arang berkerat rotan.

Antara alternatif lain sebelum memberi pinjam duit kepada orang perlu buat satu surat akuan atau Statutory Declaration di bawah Akta Akuan Berkanun 1960. Dalam surat akuan itu jelaskan segala 'janji-janji manis peminjam' secara bertulis. Surat akuan ini boleh dilampirkan semasa kita menfailkan tuntutan di Mahkamah sebagai salah satu bukti. Saya akan share cara sediakan surat akuan ini dalam entri akan datang.. 

So far boleh tak faham apa yang telah saya sampaikan di sini? Andai ada antara pembaca yang tak berapa faham boleh tanya di ruangan komen.. Siapa nak share pengalaman orang pinjam duit boleh juga, komen pembaca sangat dialu-alukan.. 

 Akhir kata Sabda Rasulullah s.a.w : 

"Sesungguhnya roh orang mukmin itu tergantung dengan sebab hutangnya sehinggalah hutangnya dijelaskan." - Hadith riwayat Bukhari adn At-Tirmizi

Begitulah perkongsian yang ingin disampaikan.. 
Semoga ianya memberi manfaat kepada pembaca sekalian.
Sehingga kita bertemu lagi di lain entri..
Sekian, wasalam..

Regards,
I am LZ

37 Comments:

Ada orang pinjam duit dah berpuluh tahun tak bayar.
Pakcik halalkan ajelah.

allahu, baru tahu maklumat ni. terima kasih sharing :)

boleh eh...rasa macam nak tuntut jugak ni

nice information, thank u!

mudah-mudahan dijaohkan dr masalah hutang. ameen

Baru tahu kita boleh tuntut hutang melalui mahkamah. Sy dulu main kutu, mak kutu berhutang dgn saya sampai sekrang rm500..dh masuk 2 tahun dah..

This is a good sharing. Srsly I just know this.

good info! thank kak LZ bagi mklumat ni.

Sebut pasal hutang ni..ada yg masih belum byr padahal satu opis..tgk muka kita cam rasa x bersalah jek..bila minta ckp tggu gaji..dpt gaji senyap..adeh

So far rasanya belum perlu tapi saya akan simpan link ni. Might be useful one day. Thanks share LZ

Alhamdulillah, semoga Pakcik WP diluaskan lagi pintu rezeki, aminnn..

Semoga Nazrah dapat manfaat dari post ini.. Thanks sudi singgah 💕

You are most welcome Hana 💕

Boleh SR, pastikan kos tuntutan berbaloi dengan kos yang dibayar.. Semoga dapat dimanfaatkan. Thanks 💕

Thanks for visiting my blog Littlexme..

Harap begitu Raydah 💕..

Kalau ada bukti, saksi dan maklumat lengkap mak kutu, Mimi boleh failkan tuntutan.. 💕

My pleasure Fatin 💕

Biasa memang camtu JM.. terbalik pula, yang memberi hutang pula rasa serba salah berbanding yang
berhutang 😫..

My pleasure Sal 💕..

new knowledge thank you share.. mudah2an tak nak lah sampai kena ke mahkamah kan..
sikit2 mungkin boleh lupa. yang banyak tu.. ehem..

My pleasure SYM.. Semoga kita dijauhkan dari hutang, aminnn 💕..

Ilmu baru.. Thanks for sharing LZ

Sekiranya si pelaku telah dihukum (cth: pelaku masuk penjara), bolehkah mangsa menuntut ganti rugi daripada keluarga pelaku?

Terima Kasih kembali Sha sebab sudi singgah blog LZ 💕

Stevenson, mangsa tak boleh tuntut dari ahli keluarga kerana kontrak peminjam terikat kepada pemberi pinjam bukan pihak ketiga. Melainkan pihak ketiga (cth ahli keluarga) secara sukarela membayar bagi pihak pelaku..

camana nak tuntut hutang pada boss kalau melebihi rm5000.. akta apa yang boleh dipakai.. terima kasih

Jika jumlah tuntutan RM5,001.00 - RM100,000.00 Cek Mek boleh failkan tuntutan sivil di Mahkamah Majistret di daerah Cek Mek. Jika lebih dari RM100,000.00 failkan tuntutan di Mahkamah Sesyen.. Kaedah-Kaedah Mahkamah 2012 digunapakai.

Terima kasih kembali Cek Mek..

jika jumlah tuntutan melebihi RM 5000,adakah perlu buat laporan polis dulu baru failkan tuntutan sivil di mahkamah majistret. dan jika tiada alamat tetap/ alamat penuh defendan, mcmane pulak ye?

Jika jumlah tuntutan lebih RM5,000.00 kita (penuntut / Plaintif) perlu lantik peguam untuk failkan Writ Saman & Penyata Tuntutan. Laporan polis seelok-eloknya dibuat sejurus sahaja kita rasa ditipu manakalan tindakan undang-undang setelah beberapa usaha sendiri dilakukan untuk mendapatkan semula wang kita menemui kegagalan.

Untuk mendapatkan alamat tetap / alamat penuh boleh suruh peguam yang dilantik membuat carian rasmi melalui nombor IC orang yang berhutang di Jabatan Pendaftaran Negara.

Harap penerangan ini membantu ?utr!3, terima kasih.

Salam pain... Kalo Hutang melebihi 20k macamana pula? Dah lebih 5 tahun tunggu Hutang tak bayar... Lari dok kuching pula!

W'salam.

Kalau hutang melebihi RM20k perlu lantik peguam dan failkan Tuntutan melalui Writ Saman di Mahkamah Majistret berdekatan alamat terakhir orang yang berhutang (Defendan). Peguam akan buat carian rasmi alamat melalui nombor kad pengenalan orang yang berhutang di Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) dan Notis Tuntutan akan dihantar ke alamat seperti dalam rekod JPN sebelum sebarang tindakan sivil difailkan di Mahkamah terhadap orang yang berhutang.

Post a Comment

Leave your friendly messages here ^_~
Feel free to visit my blog again..
Thank you very much!

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More