Tuesday, March 18, 2025

,
BILA SHOPPING RAYA DI MALL KIAN SENDU | Salam Ramadan dan Selamat Sejahtera kepada semua pembaca blog ini.. Pertanyaan saya sebagai mukadimah post kali ini - Baju raya dah beli? Apa warna tema kali ini? Berapa pasang? Ehh macam makcik bawang, sibuk tanya hal orang.. hehehehe 

Menjawab kepada persoalan di atas, saya dah beli baju raya. Tema raya tahun ini dark blue, warna pilihan anak so kita layan saja.. Bercerita tentang persiapan baju raya, minggu lepas saya ke AEON Seremban 2 dan hujung minggu ke Paradigm Mall di Kelana Jaya. 

Terdapat beberapa baris booth menjual baju raya tapi ternyata tak meriah seperti tahun-tahun sebelum ini, sendu gais!

AEON Seremban 2

Al-kisah kita sedia makluman, bila minggu akhir Ramadan menjelang, pusat membeli-belah biasanya akan dipenuhi dengan pelbagai jenama fesyen yang menawarkan koleksi baju raya pelbagai jenis dan warna. 

Sebut sahaja warna apa, fesyen macam mana? Dari baju kurung moden hingga baju Melayu teluk belanga, cekak musang dan sebagainya, suasana di mall biasanya meriah dengan promosi, bunting warna-warni dengan orang ramai yang sibuk memilih pakaian untuk Syawal. Tapi tahun ni, saya perasan kemeriahan tu macam kurang sikit. Ada sesuatu yang berbeza - baju raya masih ada dijual tapi tak semeriah dulu..

AEON Seremban 2

Kalau dulu orang sanggup bersesak-sesak di shopping mall untuk mencari baju raya tapi sekarang saya rasa ramai yang lebih selesa beli secara online. Hanya klik, bayar dan tunggu barang sampai. Jadi tak perlulah bersesak-sesak, berebut saiz dan beratur di fitting room.

Paradigm Mall, Kelana Jaya

Saya rasa ekonomi yang mencabar juga memainkan peranan dalam hal ni.. Harga barang naik, kos sara hidup semakin tinggi, jadi ramai yang berhati-hati semasa berbelanja.. Ramai yang mengutamakan perbelanjaan keperluan seperti makanan dan keperluan rumah daripada membeli baju raya berpasang-pasang dengan harga yang keras..

Lagi satu, mall bukanlah satu-satunya tempat yang membeli baju raya. Banyak lagi tempat, bazaar menjual baju raya sekarang pun banyak dengan tawaran harga lebih rendah dan paling penting harga masih boleh tawar-menawar berbanding di shopping mall.

Agak-agak apa masa depan baju raya di mall akan datang? Mungkin shopping mall begini perlu ikut trend semasa dengan membuat kolaborasi dengan jenama terkenal, lebih banyak pengalaman membeli-belah secara interaktif atau lebih banyak diskaun harga menarik? 

Apa pun, budaya membeli-belah di shopping mall masih ada peminatnya tapi takde crowd yang besar berbanding dulu. Keadaan sudah berubah mengikut peredaran zaman. Kalau shopping mall di Jalan TAR, SOGO etc lain cerita.. Setiap tahun memang jadi tumpuan orang ramai.. Ni kita cerita shopping mall di luar Kuala Lumpur..

My lovely readers pula macam mana? Tahun ni beli baju raya di mana? Shopping mall, online, butik, bazaar.. Jom share..

Begitulah kisahnya cerita bila shopping mall jual baju raya kian sendu.. Okay itu saja.. Sehingga kita berjumpa lagi di post akan datang. Thank you for reading & have a great day everyone!


Regards,


Wednesday, March 12, 2025

,
Salam Ramadan dan Selamat Sejahtera kepada pembaca blog ini.. Alhamdulillah dengan rezeki dan nikmat dariNya. It has been a long time since my last post. Ada tapi sibuk dengan tugasan hakiki. Life has been quite hectic lately..

Susah untuk diluahkan hanya dapat dirasakan.. Dalam usia yang semakin meningkat saya ditemukan dengan pelbagai karenah manusia yang mencabar kesabaran, apa pun saya anggap ianya satu ujian dan tetap bersyukur kerana banyak lagi nikmat lain yang harus disyukuri.

Mentally exhausted

Frankly speaking bila berdepan dengan masalah fitnah dan terjebak dengan tuduhan tak berasas bukan situasi mudah, mentally exhausted. Mengeluh bukan jalan penyelesaiannya. Kadang-kadang saya ingin menyerah kalah tapi banyak perkara perlu dipertimbangkan. Apa saya boleh lakukan adalah terpaksa berdamai dengan takdir. 

Apabila berada dalam situasi ini hati memujuk diri, sesungguhnya ujian mengangkat darjat seseorang di mata penciptanya. Sabar dan istighfar.. Allah is the best planner.. Doa adalah senjata orang mukmin - doa yang baik-baik semoga ada cahaya di hujung tunnel. Sounds like a plot from a TV drama, right? Unfortunately, this was my daily reality. Saya yakin setiap dugaan pasti ada hikmahnya. Doakan saya kuat menghadapi semua ini.

Okay let’s move forward, bagaimana perjalanan Ramadan setakat ini? Pasti sibuk terutama to all mommies out there, bermula persiapan juadah sahur hingga berbuka di samping menjalani ibadah sepanjang bulan Ramadan. Walaupun sibuk tapi seronok hingga menjadi moment indah setiap tahun. Betul tak? Hoperfully everything goes well. 

Sekejap masa berlalu, sekarang kita sudah memasuki minggu kedua berpuasa.. Semoga kita dapat menghayati bulan Ramadan dengan seimbang, memenuhi tanggungjawab duniawi dan ukhrawi dengan penuh keikhlasan dan keberkatan, in shaa Allah.

Sebelum terlupa, maaf sangat-sangat kepada rakan-rakan yang meninggalkan komen dalam blog post sebelum ini. Saya sedar masih belum sempat saya membalas komen-komen tersebut dan belum sempat berkunjung balas. In shaa Allah saya akan meluangkan masa untuk berbuat demikian suatu hari nanti. Terima kasih kerana memahami dan tetap setia hadir di blog ini. Thank you so much for your endless support, really appreciate it.

Okay setakat ini sahaja perkongsian saya kali ini. Sehingga kita berjumpa lagi di post akan datang. Thank you for reading & have a great day everyone!



Regards,


Saturday, March 01, 2025

,
BULAN RAMADAN KEMBALI LAGI, SELAMAT BERPUASA! | Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera diucapkan kepada pembaca blog ini.. Alhamdulillah esok kita bertemu lagi dengan bulan yang penuh keberkatan iaitu Ramadan. Bulan yang bukan sekadar tentang menahan lapar dan dahaga, tetapi juga masa untuk memperbaiki diri, memperbanyakkan amal ibadah dan menguatkan hubungan dengan Allah swt serta sesama manusia.

Ramadan al-Mubarak

Bermulanya Ramadan, suasana mula berubah. Masjid bertambah meriah dengan solat tarawih, bazaar Ramadan mula menggoda dengan pelbagai juadah dan yang paling indah, kita mula berlumba-lumba mencari pahala. Tak kira di mana kita berada, Ramadan sentiasa membawa satu perasaan yang sukar digambarkan - ketenangan, keinsafan dan kegembiraan untuk berkongsi rezeki. Sayu pun ada bila teringat kepada ahli keluarga yang telah meninggal dunia.

Kepada semua yang berpuasa tahun ini, Selamat Menjalani Ibadah Puasa! Semoga Ramadan kali ini lebih bermakna, penuh keberkatan dan mendekatkan kita kepada nilai-nilai kesabaran, kesyukuran dan keikhlasan. Mari kita manfaatkan setiap detik dengan sebaiknya - lebihkan ibadah, perbanyakkan doa dan paling penting, hayati bulan ini dengan hati yang penuh keinsafan dan keilhlasan.

Akhir kata, Salam Ramadan kepada semua..

Regards,


Tuesday, February 25, 2025

,
BIRTHDAY CELEBRATION DI TAMARIND SQUARE, CYBERJAYA | Happy Belated Birthday to me pada Sabtu, 22 February 2025 lalu.. Alhamdulillah masih diberi peluang untuk terus hidup dan menjalani aktiviti seharian.. Bila semakin berumur ni, suka mencari ketenangan dengan small circle pergaulan, buat perkara yang kita suka bersama keluarga sendiri.. Antara perkara saya suka ialah pergi ke tempat yang belum pernah dikunjungi sambil mencari tempat makan best but not viral! That's my version of birthday celebration tahun ini.. So enjoy the pictures.

Tamarind Square Cyberjaya

Kali ini demi mencipa satu kenangan, saya ke Tamarind Square di Cyberjaya.. Saya suka dengan keunikan tempat ini.. Kebetulan di situ terletak bookxcess..

menuju bookxcess

Tempat ini agak unik untuk pengunjung pertama kali datang seperti saya.. so saya terpaksa berpandukan signboard untuk ke bookxcess... Saya letak kereta di Tingkat 3, ambil lif naik ke Tingkat 4.. Kemudian ikut signboard menuju ke bookxcess..

bookxcess Tamarind Square Cyberjaya

Cantik tempat ini.. Luas dan deretan buku-buku di kiri dan kanan and not to forget ada cafe juga.. 

The 92's cafe
bookxcess Tamarind Square Cyberjaya
bookxcess Tamarind Square Cyberjaya
Reality Date with a book
Blind Date With A Book
Me tengah fikir beli tak beli.. beli tak beli.. 

Ralit ketika berada di sini, tak sedar sudah hampir 3 jam berada di sini baru terasa lapar.. Makan time! Kita rujuk di food directory..

Food directory, Tamarind Square Cyberjaya

Pilihan pertama tentulah cafe yang menyediakan menu kampung, Western, cake dan coffee iaitu Pastribella Bakeshop.. Hurrmmm seperti ku duga, telalu ramai pengunjung.. takde tempat kosong dan masih ada lagi pengunjung menunggu di barisan.. Don't waste time kita pergi tempat lain..

Pastribella Bakeshop

Di tingkat yang sama saya terpandang kedai Pekan Ipoh Kopitiam..

Pekan Ipoh Kopitiam Cyberjaya
Pekan Ipoh Kopitiam

Melihat kepada Menu Kome tidak memenuhi citarasa saya ketika itu.. I want cake, tempat ini ada coffee but no cake.. May be next time saya singgah Pekan Ipoh Kopitiam.. 

Menu Pekan Ipoh Kopitiam 

Untuk pengetahuan pembaca, terlalu banyak cafe dan tempat makan menarik di sini dari citarasa kampung hingga ke Western.. Rambang mata dibuatnya, macam-macam ada..
Finally, bila kaki penat meronda, perut semakin lapar jadi saya singgah di Barba Bros & Cuz yang kebetulan ada di depan mata.. Restoran berkonsep filem P. Ramlee dan klasik.. Saya terpaksa melupakan cake hunting, terus pesan nasi putih dan daging goreng sebab lapar teruk.. 

Overall makanan semua sedap, tak mengecewakan.. Restaurant review nanti saya suruh anak saya Arief share di blog theredzachannelz.blogspot.com..

Barba Bros & Cuz

Selesai makan dan meluruskan kaki, saya sambung perjalanan bersiar-siar di sekitar Tamarind Square, Cyberjaya sambil #ootd.

Tamarind Square, Cyberjaya
Rumah di Tamarind Square, Cyberjaya
Tamarind Square, Cyberjaya
Tamarind Square, Cyberjaya

Terdapat juga beberapa butik menjual baju tradisional dan moden, jadi sesuailah kepada sesiapa yang ingin survey baju Raya nanti..

Butik pakaian wanita

Kaki sudah penat, hari pun sudah petang tiba masa untuk pulang ke rumah.. 

Block E, Tamarind Square, Cyberjaya

 Alhamdulillah, so called birthday celebration just 3 of us simple but memorable. We had wonderful time here..

Setakat ini sahaja perkongsian saya kali ini. Sehingga kita berjumpa lagi di post akan datang. Thank you for reading & have a great day everyone!



Regards,


Follow Us @ladyinredplanner