Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera kepada semua pembaca blog ini.. Pagi hari cuti begini selalu fikir breakfast sedap... Hujung minggu biasa saya breakfast di luar. Antara restoran pilihan, saya akan breakfast di Station Food, Port Dickson kerana dekat dengan tempat tinggal saya.. Nama Station Food baru sahaja ditukar, sebelum ini Station Food dikenali sebagai Sukhand's Food Station. Pertama kali saya makan di sini pada 17 Oktober 2015 lalu. Alhamdulillah, restoran ini masih bertahan sehingga kini..
Walaupun restoran ini sudah bertukar nama namun menu yang disediakan masih sama..
Walaupun restoran ini sudah bertukar nama namun menu yang disediakan masih sama..
Perjalanan mengikut Jalan Mambau ke Port Dickson |
MENU MENARIK DI STATION FOOD
Restoran ini terkenal dengan hidangan Nasi Ayam Hainan..
Nasi ayam Hainan |
Selain nasi ayam Hainan berdasarkan review dari pengunjung mereka suka mee kari.. Saya akui mee kari juga sedap, kuah kari yang pekat ada udang, hirisan terung goreng di samping aksesori lain..
Mee kari |
Apa yang best, seawal pagi kita boleh menikmati heavy breakfast seperti nasi ayam, mee sup, nasi lemak, mee kari, laksa selain menu sarapan pagi yang lain.. Tak lupa juga set ubi rebus rare.. Susah jumpa ubi rebus dihidangkan di restoran dalam bandar sebab itu saya kata rare, hehehe..
Pada 10 February 2018 lalu saya berkesempatan menikmati breakfast di sini, saya ordered :
Mee sup |
Bubur claypot |
Menu sarapan lain seperti set American Breakfast :
American breakfast |
Set ubi rebus |
Minuman seperti biasa, saya order nescafe tarik dan milo tabur untuk Arief.. My husband minum teh tarik (minuman tiada dalam gambar)..
Nescafe tarik |
Milo tabur |
Walaupun restoran ini boleh dikatakan biasa-biasa sahaja tapi saya suka menu yang disediakan, semuanya memenuhi citarasa saya dan keluarga.. Harga juga berpatutan.. Bab service depends pada keadaan, so far saya masih tiada pengalaman mengecewakan di sini..
Andai ada antara pembaca bercuti di Port Dickson, boleh singgah di Station Food ini.. Lokasi kedai berada di tengah pekan Port Dickson berhampiran SBC Book & Stationery Sdn Bhd.
Sebelum restoran ini bertukar nama, saya pernah buat review di blog lama, Sukhand's Food Station, Port Dickson for the first time..
Sehingga kita bertemu lagi di lain entri..
Sekian, wasalam..
Byeee...
Regards,
I am LZ
Sedapnyaaa
ReplyDeleteAlhamdulillah sedap 😋
DeleteSedapnyaaa makanan legend. Ubi rebuss :p
ReplyDeleteTu yang rare Fatin, yummy 😊
Deletebubur claypot tu nampak sedap lah
ReplyDeleteTapi ada rasa hangus sikit Hans, hehehe 😊
Deleteowh yer ker
Deletehahaha
😁
DeleteSet ubi rebus tu kak....Ya Allah.....sedapnya laaa.
ReplyDeleteSerious sedap PC, ubi tu gebu dan lembut 😊..
DeleteHuhuu kenapa semuanya nampak sedap Tu.. lapar la pula
ReplyDeleteSaya tengok gambar ni semula pun rasa lapar Mamapp, hehehehe 😁
Deletefuhhhh tengok gambar terliur terus nak pulak mee kari dia tu. Nanti kalau ke sana insya-allah akan try
ReplyDeleteMee kari sedap juga farhanna, boleh cuba nanti okay 😊
DeleteMenariknya makanan tu...semua nampak sedap...
ReplyDeleteHehehehe betul Miss Tins, boleh layan juga makanan kat sini..
DeleteBaru baru ni ada jugak singgah makan tgh hari kat sini LZ. Teringin nak makan ubi, dah habis pulak masa tu...
ReplyDeleteUbi rebus laku keras Kak Nom, cepat abis especially weekend.. Next time pi lagi, hihihi 😉
Deletemenarik die punya menu..bole cuba klo singgah pd nnti
ReplyDeleteSilakan anak denesor, semoga kena dengan citarasa 😉
DeleteAda pelbagai pilihan dan nampak sedap belaka
ReplyDeleteBetul pakcik WP.. Pada LZ sedap juga makanan di sini 😊..
DeleteAda ubi kayu.. Menu yang paling win..
ReplyDeleteHehehe menu rare Sha 😊..
DeleteSedapnya...lapar lah pulak.
ReplyDeleteAla cian buat Rabiah lapar hehehe 😁
Deletexpenah lg breakfast mkn nasi ayam...nmpk nyer kena terjah PD ni nnt ;-)
ReplyDeleteSilakan anies, sesekali pekena breakfast nasi ayam di PD, tukar angin gitu hehehe 😁
Delete