Lady In Red Planner

Beauty | Lifestyle | Fashion | Hobbies & everything that make me happy and inspire others..

POSTCARD BLOG TERABAI

POSTCARD BLOG TERABAI | Assalamualaikum dan Happy Weekend everyone... Alhamdulillah for another new day.. Hujung minggu ini agak panjang sebab majoriti antara kita sudah mula bercuti sejak Jumaat lalu sempena sambutan Maal Hijrah.. Cuti sepanjang 3 hari ini saya penuhkan dengan membuat segala kerja yang terbengkalai selain kerja-kerja hakiki yang tak pernah habis.. Kerja-kerja terbengkalai I mean kerja yang telah lama dirancang tapi masih belum berkesempatan untuk dilaksanakan..

Salah satu kerja atau tugasan dalam To Do lists saya ialah to update postcard blog : Love My Happy Mail.. Lama dah blog ini terabai..

 

Untuk pengetahuan pembaca, sebanyak 11 postcards masih belum dimasukkan ke dalam blog.. Jadi saya rekod semua postcard yang diterima sejak bulan Ogos lalu dan uploaded ke dalam blog.. Sambil itu saya touch up sikit blog tersebut untuk diberi nafas baharu.. Barulah semangat sikit.. hehehe

Love My Happy Mail 
Jom singgah : Love My Happy Mail

Kewujudan blog ini adalah untuk memudahkan kenalan saya atau pembaca lain yang berminat 'mencuci mata' dengan koleksi postcard dan surat-surat yang saya terima sepanjang penglibatan saya dalam dunia Postcrossing dan Pen-pal.. Oh ya, cerita tentang Postcrossing pernah saya abadikan di entri ini -> Kembali Aktif Bersama Postcrossing.


Ianya bukan sekadar hobi, tetapi saya juga dapat kenalan baharu. Selepas bertukar-tukar postcard atau surat, kami akan keep in touch melalui Facebook Messenger sementara menunggu surat masing-masing diterima.. Seperti contoh semalam, saya ber-messenger dengan kenalan di Russia iaitu Irina. Persahabatan kami bermula dari postcard swap. Kini sudah 2 tahun kami mengenali antara satu sama lain. Kami bertukar-tukar cerita tentang aktiviti seharian dan kebetulan dia juga mempunyai seorang anak sebaya dengan anak saya.. Kami bercerita tentang sistem pendidikan anak, keadaan ekonomi, makanan popular di negara masing-masing.. Kebetulan dia baru balik bercuti di Greece, jadi dia bercerita tentang percutian di sana dan saya seronok mengetahui pengalamannya bercuti di Crete Greece yang entah bila saya dapat rasai sendiri.

Okay itu sahaja cerita yang ingin saya kongsi bersama pembaca kali ini.. Jika sudi jemput singgah ke blog postcard saya yang sudah dikemaskini : Love My Happy Mail.. Sokongan pembaca amat saya harapkan and thank you in advance.. Selain saya, ada tak antara pembaca suka berutus surat / postcard dengan pen-pals? Kalau ada pengalaman boleh juga share di sini..

Sehingga kita bertemu lagi di lain entri..
Sekian, wasalam..


Regards,


Comments

Post a Comment

  1. Wah menarik concept penpal ni. Boleh dpt ramai kwn

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang hobi LZ sejak di bangku sekolah MamaPP.. 😄

      Delete
  2. Best sgt ada penpal ni. Lama tak dengar citer sal ni kan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Seronok sangat CR..
      Sis mmg suka penpal sejak dulu kini dan selamanya 😊

      Delete
  3. Singgah baca entri
    http://cikcappuccinolatte.blogspot.my/2017/09/mimpi-salah-seorang-anak-tahfiz.html

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sis akan menyusul ke blog Cik CL..
      Tungguuuuu.. 😄

      Delete
  4. Inshaallah nanti saya g melawat blog postcard LZ ye

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thanks Sal for support 💕
      Really appreciate it..

      Delete
  5. wahh friends forever bukan setakat diatas kertas postcard., hebatt .. keep it up

    Kem salam kat Irina tu, ckp 'Spasibo'., hehe2

    ReplyDelete
    Replies
    1. Seronok Wak bila dapat contact each other..
      In shaa Allah, saya sampaikan pesanan Wak, hihihihi 😁

      Delete
  6. Wah banyaknya postcard kat sana...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itu setakat koleksi 2 tahun kebelakangan Tn. NA.. Sebenarnya ada lagi tapi tak sempat keluarkan yg lama2..

      Thanks coz follow blog Love My Happy Mail 😊

      Delete
  7. Ohhh....bagus ye LZ. Ingat Pen Pal ni zaman sekolah je.Yelah seronok jugakkan bertukar tukar fikiran dan pengalaman
    Bila cerita pasal postcard teringat blogger 3 lalat. Dia pun rasanya suka jugak hobi ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul Mak Nom.. LZ tak mampu travel around the world tapi dengan cara hantar postcard dan dapat kenalan, at least terbuka minda kenal negara luar.. 😄

      Delete

Leave your friendly messages here ^_~
Feel free to visit my blog again..
Thank you very much!

Form for Contact Page (Do not remove it)

Name

Email *

Message *

Latest on Instagram

Latest on Pinterest