Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera to all my lovely readers.. Didoakan semoga kalian dirahmatiNya selalu..
Pernah tak jumpa orang hebat, berpangkat tinggi tapi tak sombong? Yer, betul-betul tak sombong dengan erti kata lain rendah diri yang bukan dibuat-buat tanpa mengharapkan sesuatu.. Bertuah siapa yang mengenali golongan ini, wajar anda jadikan mereka idola.
Surah Luqman : 18 |
Mengapa saya tanya begitu?
Tidak lain dan tidak bukan kerana kecewa dengan sikap segelintir orang berpangkat. Lately kebanyakkan mereka lupa asal usul, lupa diri, tamak, perbuatan haram diambil mudah dan paling teruk tak berperikemanusiaan, menindas orang bawahan dengan kuasa veto mereka. Itu belum lagi menggunakan gelaran Haji untuk mengaburi mata.
Saya bukan menuding jari kepada sesiapa atau membuat tuduhan sesuka hati tetapi ianya disuarakan secara umum dan berdasarkan pengalaman sendiri.
Janganlah seperti ketam mengajar anaknya berjalan lurus sedangkan diri sendiri pun tak mampu berbuat demikian.
Paling tidak pun sedarlah jenazah kita tak akan berguling masuk sendiri ke liang lahat.
Semoga kita jadikan ikhtibar..
Sehingga kita bertemu lagi di lain entri.
Sekian, wasalam..
Regards,
I am LZ
12 Comments:
susah nak jumpa lagi setakat ni. Kalau ada pun sorang dua je
Betul Farhanna, masih boleh dikira dengan jari kann..
Ada yg x berpangkat pun sombong 😑😑😑 setakat ni, alhamdulillah org bpangkat yg sy jumpa x sombong
Pernah jumpa juga jenis tu NA.. Tapi kalau boleh x nak jumpa orang sombong..
suka dengan org berpangkat dan tak sombong.air muka pun jernih sahaja..tapi susah nak jumpa.mungkin kena mulakan dengan diri sendiri utk tidam sombong..kdg2 terasa diri irda ni pun kdg2 manusia alpa..jd apa yg Allah paparkan depan kita munkin cerminan peribadi kita juga..Allahmoga urusan seharian kita dipermudahkan dengan bertemu org yg berpangkat betul niat nak menolong
pernah jumpa dua jenis yang hebat dan tak sombong dan yang hebat dan sombong. hehe.. sbenarnya semuanya pilihan dari lubuk hati. nak pilih jadi yang sombong atau x..
Sis setuju, kalau hati kita bersih ianya terpancar ke airmuka.. Sedap mata memandang. Jauhi sifat sombong itu yang terbaik 😊..
Itulah manusia kann SYM, mungkin pangkat dan jawatan sekadar ujian kepada mereka.. Semoga kita jadikan ikhtibar 💕..
betul tu LZ. menyampah dgn org yg lupa diri. mungkin sbb circle dia dah besor, so lupa yg kita kita ni. hukhuk
It's okay Mek, hidup ni umpama roda so kita perati jer perangai mereka, perangai camtu memang tak ke mana..
Semoga kita dijauhkan dengan mereka & jadikan ikhtibar..
susah nk jumpa sekarang..
Exactly, ada pun boleh dikira dengan jari..
Post a Comment
Leave your friendly messages here ^_~
Feel free to visit my blog again..
Thank you very much!