Tuesday, June 26, 2018

SEDIH

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera kepada semua pembaca blog ini.. Alhamdulillah hari ini kita masih diberi peluang untuk meneruskan ibadah dan melaksanakan aktiviti harian. Belek-belek Facebook, I came across this picture today in my news feed..
Old man and his children
Sedih itulah perasaan yang ingin diungkapkan. Touching sungguh bila baca harapan orang tua ini terhadap anak-anak mereka. Terus ingat ayah di kampung. Orang yang telah ketiadaan ayah mengharapkan ayah mereka di sisi tapi janganlah pula anak yang masih mempunyai ayah mensia-siakan ayah mereka. Sangat beruntung anak-anak yang masih mendapat kasih sayang dari seorang ayah. Walaupun sibuk, cuba luangkan sedikit masa bertanya khabar mereka.


Saya masih ingat bagaimana saya menerima tamparan hebat apabila diuji dengan kesihatan ayah tahun lalu. Saya terduduk dan berdukacita seolah-olah saya akan kehilangannya dalam masa terdekat. Hilang semangat diri ketika menempuh hari-hari yang suram. Hanya pasrah dan terima saja ketentuanNya . Tak dapat digambarkan perasaan sedih ketika itu. Namun syukur alhamdulillah, saya masih berpeluang bersama ayah pada Hari Raya tahun ini. Itulah nikmat yang paling indah.. Saya hargai peluang ini sepenuhnya.

Ingatlah ayah pun berkorban untuk kita dengan cara mereka.
Jangan sesekali kita mempertikaikan pengorbanan seorang ayah.
Ingatlah mereka, balaslah jasa mereka mengikut kemampuan kita.
Mereka hanya pinjaman kepada kita jadi hargailah mereka selagi masih ada.. Al-fatihah dikirimkan kepada mereka yang telah kembali ke rahmatullah. 

Sebelum mengakhiri entri ini, saya kongsi tentang peranan kita sebagai anak apabila kita diberi rezeki masih lagi ada ayah dan ibu yang telah berusia:

1) Kita tidak boleh lagi mengharapkan masakan ibu tapi kita kena usaha untuk memasak, menyediakan apa saja kegemaran mereka. 

2) Bukan lagi mengharap jasa mereka tapi kita kena berjasa kepada mereka. 

3) Bukan masa untuk kita menunggu pemberian mereka tapi kita kena banyak memberi kepada mereka. 

4) Bukan lagi mengharapkan pengorbanan mereka tapi kita kena berkorban untuk mereka. 

5) Bukan lagi mengharapkan bukti kasih sayang mereka pada kita tapi kita kena buktikan betapa sayangnya kita pada mereka. 

6) Bukan lagi tunggu khabar berita dari mereka tapi sentiasa bertanya khabar mereka. 

7) Bukan tunggu mereka datang ziarah kita tapi kita kena usaha ziarahi mereka. 

Bukankah mereka orang yang wajib kita taat selepas Allah dan Rasul?

Untuk pengetahuan pembaca, perkongsian ini saya terima dari group WhatsAppp sebagai peringatan untuk diri sendiri dan perkongsian kita bersama..

Sehingga kita bertemu lagi di lain entri..
Sekian, wasalam..
Byeee


Regards,


26 Comments:

  1. tahun ni pertama kali meraikan raya aidil fitri tanpa ayah..mmg sedih..
    gembirakan ibubapa selagi mereka masih hidup..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Takziah diucapkan, al-fatihah LZ kirimkan..
      LZ harap dapat berbakti kepada ibuayah sehingga nafas terakhir, in shaa Allah..

      Delete
  2. Doakan ibu bapa kita diberi kesihatan yang baik. Kerana mereka, kita ada di dunia ini. Mencari rezeki demi membesarkan kita.
    Tiba2 sebak pula baca ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. آمِÙŠْÙ† ÙŠَا رَبَّ العَالَÙ…ِÙŠْÙ†َ
      Exactly Sheayang, LZ percaya setiap anak pasti ingin melihat ibubapa mereka gembira.. Semoga kita sama-sama berpeluang membalas jasa mereka..

      Delete
  3. Rindu dengan kasih syg seorang ayah
    Alfatihah untuk arwah abah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Al-Fatihah untuk arwah abah CR. LZ doakan semoga rohnya dirahmatiNya selalu dan diletakkan bersama-sama orang-orang beriman, آمِÙŠْÙ† ÙŠَا رَبَّ العَالَÙ…ِÙŠْÙ†َ

      Delete
  4. dah 6 tahun dah dia pergi. Jealous dengan siapa yang masih ada ayah lagi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Al-Fatihah juga untuk arwah ayah Farhanna.
      LZ doakan semoga rohnya dirahmatiNya selalu dan diletakkan bersama-sama orang-orang beriman, آمِÙŠْÙ† ÙŠَا رَبَّ العَالَÙ…ِÙŠْÙ†َ

      Delete
  5. Sampai bila-bila pun PC takkan dapat balas jasa dan budi baba mama..tapi sebagai anak PC cuba sedaya upaya buat yang termampu dan terbaik walau ada kurang di mana-mana.Bila tengok baba mama senyum itu buat PC bahagia..sangat2.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah impian LZ juga PC nak buat yang terbaik untuk mereka..
      Semoga kita sama-sama berpeluang membalas jasa mereka, in shaa Allah..

      Delete
  6. Jangan la bersedih. Sedih saya membacanya.
    Saya mahu entry yg gembira. =)
    Tapi terima kasih untuk peringatan ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Okay Zhi, tak mau sedih-sedih..
      We must endure and keep strong, this life must go on.
      Kita ambil ikhtibar atas setiap yang berlaku.

      Delete
  7. anak2 semua yang masih ada ibu bapa telefon la diorang tanya khabar kalau dah sebuk sangat. coz one day when they r no longer around.. kau pula ternanti2 nak tengok nama diorang kat screen phone. alhamdulillah.. dulu hari2 akan telepon mak ayah. skrng dok ngn mak xyah tpon ehhe..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tepat sekali apa yang SYM nyatakan.. Beruntung Siti dapat tinggal bersama mak ayah, buat yang terbaik okay 😊

      Delete
  8. Pengorbanan ibu dan ayah tiada nilainya.. Terima kasih diatas peringatan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sama2 ejulz..
      Semoga menjadi ikhtibar kepada kita..

      Delete
  9. follow sini.. harap sudi follow blog ejulz jugak k.. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. No problem, sis akan follow blog ejulz.. Thank you sudi singgah 😊

      Delete
  10. bila parents sakit rasa mcm tak sanggup hilang salah sorang.. sayu baca kisah mcm ni..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Exactly Nina Mads, kalau ikutkan hati tak mahu kehilangan mereka tapi apa kan daya kuasa Allah mengatasi segala-galanya.. 😢

      Delete
  11. Sedihnya..tak dapat bayangkan kalau abah takde, panjangkanlah umur ayahku..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aminnn..
      Samalah kita Auni Sofea, sis selalu juga fikir begitu 😢

      Delete
  12. selalulah kita sedekahkan doa buat mereka. sama ada yg telah pergi ataupun mereka yg masih ada. Smoga kita smua sntiasa dlm lindunganNYA. amin <3

    ReplyDelete
    Replies
    1. ...اَÙ…ِين ÙŠَا رَبَّ الْعَالَÙ…ِÙŠْÙ†
      Itulah yang sebaiknya Busyra..

      Delete

Leave your friendly messages here ^_~
Feel free to visit my blog again..
Thank you very much!