SHOPPING HAUL : JALAN JALAN JAPAN @ CENTERPOINT SEREMBAN
Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera kepada semua pembaca blog ini.. Minggu lalu bila tiba di Seremban selesai beraya di kampung cuti masih berbaki 2 hari.. Jadi saya mengambil kesempatan itu untuk berjalan-jalan di sekitar Seremban.. Saje berjalan-jalan untuk memecah kesayuan, al-maklum bila tinggalkan kampung ketika orang lain sibuk beraya, lain macam perasaan dia, sayu semacam huhuhu.. So saya ke Jalan Jalan Japan (JJJ) tanpa naik kapal terbang, hehehe.. Outlet Jalan Jalan Japan sekarang ada di Centerpoint Seremban.. Oh ya, post ini bukan ditaja tetapi pandangan peribadi saya setelah meninjau sendiri outlet Jalan Jalan Japan Seremban...
Untuk pengetahuan konsep Jalan Jalan Japan ialah menjual barangan terpakai diimport dari Jepun, dimiliki oleh BOK Marketing Sdn Bhd melalui syarikat cawangan BOOKOFF Corporation Ltd.. JJJ pertama dibuka di One City Subang Jaya, cawangan kedua di 1 Shamelin Mall dan cawangan ketiga di Seremban.
Untuk pengetahuan konsep Jalan Jalan Japan ialah menjual barangan terpakai diimport dari Jepun, dimiliki oleh BOK Marketing Sdn Bhd melalui syarikat cawangan BOOKOFF Corporation Ltd.. JJJ pertama dibuka di One City Subang Jaya, cawangan kedua di 1 Shamelin Mall dan cawangan ketiga di Seremban.
Jalan Jalan Japan Centerpoint Seremban |
Saya ada terbaca tentang review Jalan Jalan Japan dari blog Suria Amanda (SA).. Bila baca review SA, terasa ingin sangat ke sana untuk tengok
sendiri outlet ke-3 Jalan Jalan Japan di Centerpoint Seremban. Kata
orang selagi tak sampai, rasa tak puas hati, hehehe
Untuk pengetahuan Jalan Jalan Japan di Centerpoint Seremban terletak di Tingkat 3.. Ikut saja arrow dan banner yang disediakan mesti jumpa..
Jalan Jalan Japan Level 3, Centerpoint Seremban |
Bila masuk sahaja outlet Jalan Jalan Japan, teruja sebab banyak sangat barang-barang yang menarik perhatian untuk kita terus explore.. Barangan yang dijual terdiri daripada pelbagai kategori seperti pakaian, beg, kasut, beraneka barangan hiasan rumah, barangan bayi, alat permainan, hobi, peralatan sukan, instrumen,
perabot, aksesori dan lain-lain.
Small Bags |
Pelbagai jenis bags |
Baby gear and activities |
Baby and toddler car seats etc |
Bumbo seats and other baby booster seats |
Bila tengok baby equipment ni teringat masa Arief kecil, banyak barang-barang seperti ini telah di let-go.. Maklumlah anak pertama excited membeli sedangkan tempoh penggunaan tak lama.. Jadi kepada ibubapa yang mempunyai anak kecil, cara berjimat dengan beli secondhand baby equipment.. Guna pun tak lama..
Walaupun secondhand tapi masih elok dan langsung tak menjejaskan fungsinya.. Contoh Bumbo seat ni, beza sangat harga baru dengan secondhand, jauh lebih murah..
Kasut kanak-kanak |
Bahagian seterusnya kasut terpakai.. Kasut lelaki, wanita dan kanak-kanak.. Pilih sahaja mana yang sesuai dan berkenan di hati..
Kasut wanita |
Golf equipment |
Pakaian terpakai |
Selain dari barang-barang di atas, bahagian paling luas ialah pakaian terpakai.. Macam-macam jenis pakaian dijual di sini.. Pilih..pilih.. dan pilih jika berkenan.. Harga tak perlu risau, sangat murah serendah RM1.00 okay..
Pakaian terpakai |
Pakaian Terpakai |
Di hujung bahagian pakaian adalah tempat kesukaan kanak-kanak dan anime figures collector.. Memang heaven dan rambang mata.. Banyak koleksi figura dipamerkan di sana..
Soft dolls |
Key chains and small toys |
Koleksi kereta mainan |
JALAN JALAN JAPAN SHOPPING HAUL
Apa saya beli? Tak banyak sebab rambang mata, beli mana yang perlu sahaja, mostly planner accessories..
Shopping haul Jalan Jalan Japan |
Ring binding pocket planner : RM1
Plastic card holder and zipper pouch : RM3
Planner stencil : RM1
Hasil shopping haul di Jalan Jalan Japan hanya : RM5.00..
Apa yang saya kongsi di sini hanya sebahagian sahaja.. Overall pada saya Jalan Jalan Japan best sebab barang-barang yang dijual rare, ada yang unik di mana semua dari Jepun.. Harga pun sangat murah dan affordable.. Al-maklum tak semua barang secondhand ni takde quality, apa yang penting kita perlu bijak memilih sesuai dengan konsep JJJ iaitu 'Barangan Terpakai di Jepun' (bermaksud kualiti baik), Harga giler (bermaksud harga yang sangat rendah) dan Kuantiti yang besar (bermaksud pelbagai barang dan kategori).. All items sold AS-IS and Pre-Loved. Tips membeli barang terpakai adalah sangat penting untuk check quality barang sebelum membuat bayaran.
Sesiapa yang dah pergi JJJ boleh kongsi pengalaman di ruangan komen dan pembaca boleh juga berkongsi pendapat mengenai membeli barangan preloved atau terpakai..
Sesiapa yang belum pergi Jalan Jalan Japan boleh kunjungi di mana-mana outlet terdekat seperti berikut:
JALAN JALAN JAPAN KUALA LUMPUR
Unit L3, Level 1 Shamelin
56100 Jalan Wangsa Perdana 1, AU 3
53300 Kuala Lumpur
JALAN JALAN JAPAN SUBANG JAYA
Level 1A (Block A), Sky Park @ One City
Jalan USJ 25/1A
47650 Subang Jaya, Selangor
JALAN JALAN JAPAN SEREMBAN
3rd Floor, Centerpoint Seremban
Jalan Dato Siamang Gagap
70100 Seremban, Negeri Sembilan
Operation Hours : 10.00 am - 10.00 pm
Facebook page : www.facebook.com/JalanJalanJapan.Malaysia
Okay setakat ini sahaja perkongsian saya kali ini..
Sehingga kita bertemu lagi di lain entri..
Sekian, wasalam..
Byee
Byee
Regards,
I am LZ
30 Comments
Jalan Jalan Japan memang best. Ika kalau pergi mmg rambang mata sgt hee.
ReplyDeleteIka pernah buat entry psl JJJ. http://ikashoid.blogspot.com/2017/09/jalan-jalan-japan-one-city.html
Betul Ika, Jalan Jalan Japan best terapi minda, hihihi..
DeleteSis suka tengok barang-barang rare dan unik tambahan pula barang import..
Sis nak baca review Ika pula.. Thanks dear..
Stuff semua tu memang dari Japan or ada juga yang dari China ..? hahaha..
ReplyDeleteSo far LZ belek banyak dari Jepun, tak sure ada product China atau tidak Zhi.. Baru first time pergi, x sempat belek habis 😁..
Deletewahhh dekat subang pun ada lah! :D
ReplyDeleteAda peluang nanti Farhanna boleh pergi Jalan Jalan Japan Sky Park @ One City 😉..
Deletebestnya shopping
ReplyDeleteShopping best Rabia terapi minda, hehehe 😊
Deleteada tgk juga tmpt ni blogegr update...sure rambang mata nk tgk brg2 sini kn
ReplyDeleteJalan Jalan Japan boleh cuci mata Mama Tisya.. LZ suka tengok sebab sesetengah barang rare. Barang masih berkualiti.. Kalau beli pun ikut keperluan 😊..
DeleteMemang murah, kalau dekat insyaallah akan berkunjung juga
ReplyDeleteExactly saudara aRzMoHa berbaloi-baloi.. Ada rezeki nnti boleh pergi JJJ 😊..
DeleteSelamat Hari Raya Aildilfitri Sis LZ
ReplyDeleteTerima Kasih saudara aRzMoHa..
DeleteSelamat Hari Raya juga diucapkan kepada saudara aRzMoHa sekeluarga 😊
Wah! LZ dah terjah.
ReplyDeleteMrs. A belum lagi hahahaha... cakap yo lobih
Terjah JJJ Mrs A, jangan tunggu lagi, hehehe. Kalau pi lunch hour rasa tak sempat.. Banyak barang kita kena belek 😉
Deletewah menariknya.. kat selangor ada x
ReplyDeleteOutlet JJJ di Selangor mamapp boleh pergi di Sky Park @ One City Subang Jaya. Terjah jangan tak terjah, hehehe 😁
DeleteBestnya byk pilihan baby gear ...
ReplyDeleteExactly Mrs Pip.. Harga pun murah 😊..
DeleteBestnya. Balik kampung hari tu tak sempat nak pergi pula. Hihihi. Ramai juga yg review kata best. Tapi selagi tak gi, tak boleh komen dulu la. 😆
ReplyDeleteIn shaa Allah ada peluang nanti sheayang dapat juga ke JJJ.. Pergi baru puas hati, hehehe
Deletemenarik nyaaaaaa tapi jauh sangat nak pergi. tapi mana tahu one day terlajak kesana. barang2 masih lagi kemas cantik n gojes jadi berbaloi orang beli =)
ReplyDeleteKalau ada antara barang kita perlu memang berbaloi2 Siti. Janji condition masih elok.. Ada rezeki nnti Siti sampai juga, in shaa Allah.
Deleteterbaek tempat ni :)
ReplyDeleteSetuju ejulz 👍
DeleteBanyak pilihan..
ReplyDeletePerlu bijak mencari tempat yg jual barang berkualiti dan harga berpatutan.
Itulah keisitmewaan JJJ WB..
DeleteHarga pun murah, hehehe
Seronoknya kalau ada kedai macamni kat Terengganu, best cuci mata..harga pun best
ReplyDeleteHarap2 outlet JJJ akan ke Terengganu suatu hari nnti 😉..
DeleteLeave your friendly messages here ^_~
Feel free to visit my blog again..
Thank you very much!