Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera kepada pembaca blog ini.. Hari ini hari pertama bulan Oktober 2018.. Semoga setiap hari yang kita lalui akan diberkatiNya selalu, aminnn.. Hari ini juga saya sibuk menghadiri kursus selama 2 hari.. Faham-fahamlah bila masuk kursus, ada sesi brainstorming, I've been physically exhausted. Just plain tired I tell you.. Walaupun penat ada sesuatu yang ingin saya sampaikan hari ini..

Al-kisah, tadi break for lunch, saya lalu lobi office. Kemudian receptionist di kaunter panggil saya.. "Ada barang dari Pos Malaysia" katanya. Huh??? I have received a parcel that I was not expecting.. Seingat saya lately takde beli apa-apa..

Surprise parcel
Maka terpandang beg ini.. Bukan main besar saiz parcel kali ini.. Bila belek ada bahagian terkoyak, nampak tangan teddy bear.. Oh baru ingat saya ada menang giveaway yang dianjurkan oleh rakan blogger cantik manis, Cikgu Diyana dalam Giveaway Pertama by diyanatjuman.blogspot.com pada 3 Ogos lalu.

Pemenang Giveaway
 "Yeayyy my giant teddy bear has arrived!!!!" Saya sorak gembira dalam hati.. Tak boleh tunjuk sangat gembira tu nanti orang nampak over.. hehehehe

Giant teddy bear from Cikgu Diyana
Tak sangka dapat teddy bear yang sangat besar.. Giant teddy bear ini buat semua orang di office cemburu okay... Mereka kata : "Siapalah bertuah dapat giant teddy bear ini.."

Giant teddy bear from Cikgu Diyana
Oleh kerana tak sabar sangat, saya sempat keluarkan kepala teddy bear ini.. 
So smooth.. Memang syok peluk!

Giant teddy bear
Sampai sahaja di rumah tanpa berlengah lagi saya terus buka dan keluarkan teddy bear dari beg.. Lihatlah betapa besar teddy bear itu.. Terkejut dan terharu saya sebab usaha Cikgu Diyana mengirimkan hadiah teddy bear sebesar ini all the way from Sabah.. Teruja ada juga sebab selalu tengok dalam IG orang jual.. Tak sangka pula saya dapat hadiah ini..


Okay, saya ambil kesempatan ini untuk ucap terima kasih banyak kepada Cikgu Diyana atas kiriman hadiah ini.. I really appreciate it. You really made my day! Alhamdulillah.. 
Doa saya semoga Cikgu Diyana terus berjaya, sentiasa dipermudahkan urusan dan diluaskan pintu rezeki. Keep blogging coz I love to read your story..

Kepada pembaca yang ingin mengenali Cikgu Diyana boleh kunjungi blog beliau : 

Blog Cikgu Diyana
Follow social media Cikgu Diyana :

Facebook , Instagram , Twitter


Sehingga kita bertemu lagi di lain entri..
Sekian, wasalam..
Byeee..


Regards,