Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera kepada semua pembaca blog ini..
Hari Ahad lalu ada appointment dengan pihak TM untuk tukar plan internet dari Streamyx ke unifi plan fibre broadband.. Sebenarnya dah berbulan pihak TM 'memujuk' untuk tukar plan tapi belum berkesempatan sebab saya belum study kelebihan plan unifi ni.. Saya perlu pastikan tiada penambahan dalam bil bulanan.. Perkara yang melibatkan perbelanjaan bulanan perlu diberi perhatian jangan main subscribe nanti dalam jangkamasa panjang akan effect our monthly expenses.. Bukan berkira tetapi saya mengamalkan perbelanjaan berhemah, nak tahu baca DI SINI, hehehehe..
Dijadikan cerita, apabila terus didesak akhirnya saya akur bila dengar plan unifi baru nanti beza RM20.00 dari plan sebelum ni.. Huh ada penjimatan di situ..
unifi Home Fibre |
Mungkin ramai antara pembaca terkejut mengapa baru sekarang saya tukar ke unifi sedangkan plan ni dah lama wujud.. Begini kisahnya, taman perumahan tempat saya tinggal adalah taman perumahan baru jadi pemasangan fibre optic masih belum menyeluruh di setiap kawasan.. Baru sekarang berjaya dipasang sebab itu mereka bersungguh-sungguh mempromosi pakej unifi ini..
unifi plan 100Mbps |
Okay, bila temujanji sudah diatur bersama installer TM maka hari Ahad lepas merupakan hari pertama saya menggunakan pakej unifi fibre broadband plan 100Mbps dengan bayaran RM129 sebulan.. Apa kelebihan pakej unifi plan 100Mbps ini?
Berikut KELEBIHAN PAKEJ unifi 100Mbps :
unifi plan Home Fibre 100Mbps |
Bila tak semena-mena installer TM minta saya create usename dan password terus saya create username guna nama sendiri (masa ni betul-betul skema) dan create password seperti biasa.. Bila semua dah set up masa untuk test kelajuan network, tiba-tiba alamak nama penuhku terpapar dalam search network dengan terang tanpa bersuluh, habis terpampang seolah-olah mempromosi nama sendiri ke seluruh penghuni taman.. Nama penuh okay.. huhuhu..
Mulalah mengelabah hati tak tentu arah, puas tanya pakcik Google cara tukar username unifi tapi takde kaedah yang tepat boleh apply dalam kes saya.. Maka saya pun cuba sendiri guna konsep trial and error ikut kombinasi kaedah yang digunakan. Alhamdulillah saya berjaya!
Saya kongsi di sini bagaimana caranya...
CARA TUKAR USERNAME ATAU PASSWORD unifi :
1. Taip dalam column browser address ini : http://192.168.0.1 maka terpapar screen berikut :
Cara tukar username unifi |
2. Masukkan Admin Password yang terdapat di bawah router.
3. Kemudian click menu "Setting" dan tukar username atau password you all..
4. Click "SAVE"
Gembira sungguh bilaku dapat solution ini.. Itu sebab saya terus buat blog post ini semata-mata untuk share info andai ada yang memerlukan di kemudian hari.. Kepada yang sudah tahu jangan gelak post saya ini okay... >_~
TM modem router |
Inilah rupa barang yang baru dipasang semalam.. Masih berselirat di lantai..
Ada juga beza guna plan unifi dengan streamyx, so far memuaskan laju seperti turbo hehehe
Okay setakat ini sahaja perkongsian saya..
4 Comments:
sy x guna unifi tp dgn entry ni sy dpt tau serba sedikit ;-)
Thank you dear anies 😍
Modem,box, wifi router yg lama tm ambil balik ke?
Ops dari streamyx ye.. ingtkan unifi
Post a Comment
Leave your friendly messages here ^_~
Feel free to visit my blog again..
Thank you very much!