Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera kepada semua pembaca blog ini..
Hari ini hari terakhir kita dalam tahun 2018.. Terasa baru beberapa hari buat entry Tahun Baru 2018.. Selak semula helaian planner bulan Disember 2018 sudah tiba masanya to wrap-up.. Semua hari-hari yang dilalui sepanjang bulan Disember 2018 ini indah-indah belaka, alhamdulillah syukur atas nikmat dari-Nya..
Wrap Up 2018 |
Berbanding tahun lepas, kami sekeluarga diuji dengan ujian yang berat apabila ayah saya dimasukkan ke hospital akibat diabetis..
Related post : Emosi Terganggu Hilang Focus
TUGASAN HAKIKI
Awal bulan Disember 2018 lalu, saya mengendalikan satu kes tuntutan di Mahkamah Majistret Sivil Seremban bagi pihak majikan... Majikan saya dinamakan sebagai Defendan dalam kes ini. Persiapan telah dibuat dengan rapi dan setelah 2 kali tarikh sebutan diberikan akhirnya tarikh perbicaraan telah ditetapkan pada 4 Mac 2019 nanti..
Court Room |
Selain itu, satu kes besar dalam bulan Disember 2018 lalu ialah perbicaraan kes tuntutan yang difailkan bagi pihak majikan. Kes perbicaraan ditangguhkan ke mediasi. Beberapa isu perlu dijelaskan semasa proses mediasi ini dengan harapan menemui titik penyelesaian dalam kes ini.. Malangnya masih belum berjaya diselesaikan.. Kes ditangguhkan ke bulan Januari 2019 nanti..
Mediation |
Saya harap kedua-dua kes ini berjaya diselesaikan.. Sebelum Mahkamah bersidang kenalah #ootd untuk lebih bersemangat, hehehe..
#ootd |
HOBI
Setiap bulan saya ada target membaca, sekurang-kurangnya sebuah buku bergantung kepada tebal nipis sesebuah buku itu.. Dalam bulan Disember 2018 hanya 2 buku sahaja berjaya habis dibaca disebabkan tugasan hakiki yang perlu diberi perhatian..
The Money Book - A CAP Guide to Managing Your Money & More |
Buku pertama mengenai pengurusan kewangan..
Josephine COX, The Broken Man |
Buku kedua novel yang ditulis oleh Josephine COX, The Broken Man.. Novel ini baru sahaja habis dibaca malam tadi sampai mengalir airmata menghayati jalan cerita kehidupan Adam, anak mangsa dera ayah sendiri tambah sadis apabila ibunya meninggal dunia. Adam hilang tempat bergantung.. namun hidup Adam akhirnya terbela.. happy ending, yeayyy..
Selain dapat menghabiskan 2 buah buku, saya juga dapat mengemaskini blog postcard yang sudah lama terabai.. Berikut blog postcard saya, feel free to follow jika berminat..
My postcard blog |
Kebetulan bulan ini banyak juga postcard saya terima.. Jadi ini masa yang sesuai untuk update semua postcard yang ada.. Tak boleh tangguh lagi...
Postcards |
MAKANAN
Sepanjang bulan Disember 2018 dapat makan apa sahaja yang terlintas di fikiran, syukur tak terhingga dengan nikmat dariNya.. Pizza Hut buat promosi pizza cheese terus order during lunch hour..
Pizza Hut |
Teringin makan Nando's Peri-Peri Chicken, terus ke IKANO Damansara..
Nando's Peri-Peri Chicken |
Bila teringin makan meatball dan soto pergi ke Joint Kitchen di Centrio Seremban 2. Dapatlah makan meatball, fries dan soto kegemaran..
Meatball dari Joint Kitchen, Centrio Seremban 2 |
Soto, Joint Kitchen Centrio Seremban 2 |
Bila belek-belek Facebook, sana-sini cerita tentang Oden.. Hati berdetik untuk rasa sendiri Oden yang famous di Family Mart.. Bila ke IKANO Damansara berpeluang makan Oden buat pertama kali..
Oden |
Ya Allah betapa nikmatnya bila semua yang kita nak kita boleh dapat..
"Maka Nikmat Tuhan-mu yang manakah yang Kamu Dustakan?"
Oden from Family Mart |
MOVIE : BUMBLEBEE
Lama sungguh saya tak menonton movie.. Last movie was Transformers 5 : The Last Knight on 30 Jun 2017.. Kalau sebut Transformers dan movie berkaitan dengannya memang saya tak akan lepaskan peluang.. Frankly speaking saya mengikuti semua movie Transformers, tak pernah miss..
Bumblebee |
Jadi bila filem Bumblebee ditayangkan di pawagam pada 20 Disember 2018 lalu, saya ambil peluang tengok filem ini.. Memang tak menghampakan..
Bumblebee |
Kisah Bumblebee kali ini penuh emosi.. Seminggu tak move on lagi I tell you..
Kalah budak kecil hahahaha
Bumbblebee |
Review Movie - Transformers 5 : The Last Knight
REZEKI
Bukan itu sahaja, dikurniakan rezeki untuk shopping walaupun hanya sekadar window shopping.. Window shopping pun tak pernah keluar mall tanpa empty handed.. Sekurang-kurangnya sebatang pen atau sehelai baju baru..
H&M, Paradigm Mall Kelana Jaya |
Selain itu, dipermudahkan urusan apabila anak selamat berkhatan dan persediaan anak ke sekolah juga tidak dilupakan.. Buku-buku sekolah juga sudah dibeli seawal 10 Disember 2018 lalu.. Persiapan lain seperti pakaian sudah siap hanya tunggu sesi persekolahan dibuka 2 Januari 2019 nanti.
Koperasi sekolah |
Jumlah keseluruhan pembiayaan sekolah rendah tak termasuk yuran juga terasa berat, terlintas di fikiran saya bagaimana mereka yang kurang berkemampuan menanggung bebanan ini.. Overall syukur yang tidak terhingga..
Bagaimana pula dengan rakan-rakan blogger yang lain? Sudi-sudilah kongsi penutup bulan akhir tahun 2018 anda.. Jangan lupa tinggalkan komen di bawah ini.. Thank you in advance..
Related post : AZAM TAHUN BARU WAJAR AMBIL TAHU