HAMPIR DITIPU : SHOPPE DISPUTE RESOLUTION TEAM PENYELAMAT! | Al-kisah, tak semua peniaga di alam maya itu benar-benar peniaga ada yang mengambil kesempatan dengan membuat 'shopping mall' bertopengkan scammer. Apa itu scammer? Scammer dalam bahasa mudah faham seseorang yang menipu dalam transaksi online.

Scam


Minggu lalu, saya mencari perabot jenis Nordic dan Scandinavian dari Shopee. Al-maklum semangat menghias rumah baru sedang berkobar-kobar... Hasil perbandingan harga, saya dapat harga paling rendah untuk perabot tersebut dalam satu mall ini..

Scammer's profile

Hati berbelah bahagi sama ada saya perlu membeli barang ini dalam talian atau sebaliknya.. Untuk makluman pembaca saya tak pernah 'melebur' duit sebanyak itu beli barang online.. Tapi bila saya consider dari segi  masa untuk keluar survey di kedai (kerana saya sangat sibuk sejak kebelakangan ni) di samping memerlukan tenaga (sebenarnya tak sabar dapat barang tapi malas keluar survey), jadi saya nekad meneruskan transaksi pembelian dan membuat bayaran. Pembelian saya bernilai hampir RM1,000.00. Sejurus sahaja bayaran dibuat, saya terima mesej berikut daripada Seller melalui chat di Shopee..

Scammer chat

Penjual menghantar mesej menyatakan bahawa tracking number akan diberi 5 hari kemudian iaitu sama tarikh dengan barang dijangka saya terima sepertimana yang telah ditetapkan oleh pihak Shopee. Saya rasa mustahil dan tak sama seperti yang dimaklumkan oleh Seller. Saya tak sedap hati..

Saya teragak untuk review Seller ini.. Ternyata reviews yang diberikan begitu teruk sekali dan rata-rata pembeli tidak menerima barang mereka malah ada sebahagian dari mereka tidak mendapat pulangan wang. Saya rasa cuak.. Mengelabah laa jugak..

Kalau semua reviews begini, saya rasa anda sebagai pembeli juga akan mengalami perasaan yang sama seperti saya :

Reviews
Negative reviews


* abaikan 5 stars tapi statement tak terima barang - mungkin pembeli berkenaan tak familiar dengan maksud bintang tersebut

Saya ambil keputusan untuk membatalkan transaksi pembelian tersebut dengan memilih "Buyer Returns/Refunds" dan pada masa yang sama saya terus hantar mesej ke Shopee Customer Service Team. Saya terima maklumbalas dari Shoppe melalui email yang dihantar dalam hari yang sama. Mereka menyatakan bahawa saya perlu tunggu dalam tempoh 3 hari untuk Seller meluluskan permintaan pemulangan wang.


Dalam tempoh saya menunggu dan sedang berurusan dengan Shopee Customer Service Team, Seller menghantar mesej berikut melalui Shoppe chat meminta saya membatalkan niat untuk mendapatkan pemulangan wang dengan alasan barang telah dihantar. Saya mengabaikan permintaan Seller tersebut. Sekiranya saya terima barang tersebut setelah mendapat pulangan wang, saya janji akan buat bayaran semula, itu niat saya.

Scammer's chat

Untuk pengetahuan pembaca, saya dapat track barang yang dipesan tetapi sampai satu tempoh website tracking number tersebut tidak dapat dijejaki.. Tempoh menunggu 3 hari telah pun tamat namun Seller masih belum meluluskan permohonan pemulangan wang saya. Di peringkat ini, Dispute Resolution Team menjadi orang tengah (mediator) untuk menyelesaikan perkara ini.

Alhamdulillah, setelah beberapa usaha, sabar, doa dan tawakkal ada rezeki saya, akhirnya saya dapat email berikut yang menyatakan bahawa pemulangan wang saya berjaya. Wang akan dimasukkan ke dalam akaun saya :

Shopee Dispute Resolution team superb!

Saya suka konsep Shopee di mana wang penjual tidak akan dibayar sehingga Pembeli sah menerima barangan yang dipesan. Jadi pembeli mendapat jaminan pemulangan wang jika bertindak segera.

Begitulah kesudahan pengalaman saya membeli-belah atas talian yang hampir ditipu oleh scammer. Bukan sahaja di Shopee malah pembeli terdedah dengan Scammer di mana-mana jua online apps.. 

Lesson learned! Jadi pembaca yang merangkap pembeli dinasihatkan supaya berhati-hati dan mengambil langkah-langkah berikut sebelum membuat bayaran :

1. Baca profile peniaga (biasa profile gambar amoi adalah scammer)
2. Semak review yang diberikan oleh pembeli sebelum ini 
3. Bila yakin baru boleh buat keputusan.

Sekian sahaja perkongsian saya kali ini.. Sehingga kita berjumpa lagi di lain entry..
Thank you for reading..
Byee... Wasalam..



Regards,


Loading...