CARA LANGSAI HUTANG MENGIKUT PENGALAMAN SENDIRI | Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera to all my lovely readers.. Hari ni saya nak kongsi cerita tentang hutang memandangkan kita sudah berada di bulan terakhir tahun 2019.. Matlamat saya setiap tahun selain impian yang indah-indah saya selitkan impian untuk habiskan hutang jahat.. Hutang jahat tu hutang yang membebankan diri kita manakala hutang baik pula hutang yang memberi manfaat kepada diri kita. Tapi lebih baik hidup tanpa hutang walau amat mustahil pada zaman ini..
Setiap dari kita pasti pernah berhutang dan ianya dah jadi sebahagian daripada cara untuk kelangsungan hidup di zaman ini.. Perkataan hutang dilihat seperti negatif tetapi andai bijak mengurus ianya banyak membantu kita mencapai impian yang diingini seperti melanjutkan pelajaran, membeli rumah, kenderaan dan pelaburan ASB sebagai contoh. Ini antara hutang baik..
Walau bagaimanapun, kedua-dua jenis hutang tadi boleh diuruskan dengan teliti supaya kita dapat mengawalnya dengan baik demi mencapai kedudukan kewangan positif. Hutang yang dapat diurus dengan baik juga akan mencerminkan sikap positif pada diri kita demi mencapai aliran wang yang baik dalam jangka panjang.
CERITA TENTANG PENGALAMAN SENDIRI
Untuk pengetahuan pembaca, seawal 20 tahun saya telah memiliki kad kredit dari Citibank jenis Clear Credit Card for student berjumlah RM1,500.00. Ketika itu saya belajar di kolej tahun 90-an layak dapat kad kredit RM1,500.00 kira mewah. Penggunaan kad credit pada masa itu memang di luar kawalan, al-maklum zaman remaja masih banyak lagi keinginan dari segi material yang masih belum dipenuhi. Tinggal pula di Kuala Lumpur memang pantang sahaja belanja di shopping mall pasti swap credit card.
Bermula dari kad credit pertama terus membiak ke kad kredit kedua dari AmBank, seterusnya kad kredit ketiga dari RHB Bank. Saya pernah disaman kerana gagal membayar tunggakan kad kredit AmBank berjumlah RM5,000.00. Alhamdulillah tunggakan tersebut berjaya saya jelaskan tapi bodohlah sebab unnecessary cost kannn. Dah laaa kena bayar hutang tambah lagi kos sebab kena lantik lawyer.
Dari situ timbul kesedaran untuk menimba ilmu mengurus kewangan apabila umur mencecah 30 tahun. Ketika itu mula timbul kesedaran untuk memiliki aset tetapi satu persatu permohonan pinjaman ke bank gagal diluluskan akibat sikap boros masa lalu di samping rekod credit yang tak cantik di mata CTOS. Perasaan kecewa tak dapat digambarkan bila terima berita dari bank permohonan ditolak.
Bermula dari pengalaman itu, saya nekad untuk mengamalkan kaedah pengurusan wang yang berkesan. Terapkan dalam diri untuk terus consistent walau apa yang berlaku. Alhamdulillah, cara ini berjaya. Hasilnya saya telah selesaikan 2 tunggakan kad kredit saya yang kesemuanya berjumlah RM7,500.00, pinjaman koperasi berjumlah RM12,000.00, pinjaman kereta berbaki RM24,000.00 dan paling membanggakan pada tahun lalu saya berjaya tutup kad kredit RHB Bank saya berjumlah RM20,000.00.
Namun ianya bukan semudah yang disangka.. Sepanjang tempoh itu saya terpaksa kawal nafsu membeli handbags baru, baju, kasut dan sebagainya.. Jika sebelum ni gila LV terpaksa hapuskan niat sama sekali untuk tambah koleksi, no more tidur hotel 4 atau 5 bintang at least 2 kali setiap bulan, no more membeli-belah ikut suka dan makan mewah setiap hari tanpa dirancang.. Itulah harga yang perlu dibayar.. Saya terpaksa singkirkan gaya hidup membazir seperti sebelum ini..
So saya kongsi di sini cara saya mengurus kewangan untuk rujukan bersama :
(1) Senarai dan catat segala perbelanjaan anda
Mula-mula buat senarai semua hutang-hutang besar yang wajib dibayar mengikut kadar faedah, dari tertinggi ke terendah. Bila kita buat cara ni, lebih mudah kita lihat apa liabiliti terbesar dan di mana kita boleh mengurangkan perbelanjaan kita.
Asingkan jumlah perbelanjaan tetap seperti bil internet, sewa, pinjaman rumah, kereta manakala pembayaran bil dengan jumlah yang tak dijangka dan bergantung kepada penggunaan seperti bil elektrik, air, atau telefon.
Kemudian pada setiap hari dan bulan, rekod setiap sen yang kita belanjakan, termasuk setiap perbelanjaan kecil (seperti tiket wayang atau makanan). Dengan cara ini, kita akan dapat melihat dengan jelas berapa banyak perbelanjaan yang telah ditetapkan (budgeted) vs perbelanjaan (expenses) tak dirancang.
Cara terbaik untuk mengawal hutang dengan melihat semula cara kita berbelanja setiap bulan. Terpulang pada anda sama ada untuk menggunakan apps atau secara manual. Saya prefer rekod dalam planner secara manual. Dari situ kita dapat mengenal pasti semua perbelanjaan yang tidak perlu.
(2) Tetapkan bayaran hutang dengan bunga tertinggi terlebih dahulu
Selepas kita kenalpasti hutang dengan bayaran jumlah maksimum setiap bulan, kita perlu fikirkan pula cara dan tempoh hutang dengan kadar faedah tertinggi tersebut akan selesai. Pengalaman saya menyelesaikan hutang kad kredit. Saya berhenti menggunakan kad kredit tersebut serta merta. Saya tetapkan sasaran untuk bayar RM500.00 setiap bulan tanpa gagal walaupun bayaran minimum hanya RM200.00. Dengan cara ini saya dapati hutang kad kredit saya cepat selesai. Hanya tinggal 1 sahaja kad kredit Maybank dengan kredit RM5,000.00 untuk kegunaan kecemasan.
(3) Potong Perbelanjaan Tak Perlu
Dari senarai hutang bulanan yang mesti dibayar termasuk bil-bil setiap bulan, bandingkan dengan jumlah pendapatan bulanan kita. Sekiranya hutang melebihi pendapatan maka kita perlu kurangkan perbelanjaan yang tak perlu seperti membeli majalah, makan luar, fast food, Starbucks dan sebagainya.
(4) Kurangkan Penggunaan Bayaran Bil Tak Tetap
Bila kita tahu hutang melebihi pendapatan, maka dalam senarai tadi kita perlu potong perbelanjaan yang tak dirancang misal kata kurangkan makan di luar. Mula mengamalkan kempen jimatkan air dan elektrik. Subscribe talian telefon sekali dengan internet dengan pakej lebih murah tetapi tidak menjejaskan mutu perkhidmatan.
Jika kita mempunyai sejarah pembayaran yang baik, kita boleh minta bank supaya recommend pinjaman dengan kadar faedah lebih rendah yang dikenakan mereka. Cari cara untuk turunkan bil isi rumah - contoh : pindah ke kawasan dengan sewa yang murah.
(5) Buat Side Income
Pertimbangkan untuk membuat side income untuk bantu aliran tunai kita atau kalau majikan boleh bayar kerja lebih masa (overtime), grab peluang tersebut untuk tingkatkan pendapatan bulanan anda. Tapi janganlah sampai menipu atau desperate, kalau gaji tak berkat akan menjejaskan hidup kita secara keseluruhannya, percayalah.
Selain itu, fikirkan cara untuk menjana pendapatan tambahan seperti blogging, menjalankan perniagaan dalam talian dan sebagainya yang bersesuaian dengan minat kita.
Dari pengalaman saya sendiri, sekitar tahun 2003 hingga 2010 saya gigih jalankan perniagaan atas talian iaitu jual baju kanak-kanak berjenama diimport dari US. Kebetulan suami bekerja di sana jadi saya ambil peluang kirim baju kanak-kanak dari sana sebab harga lebih murah dari butik di Malaysia. Bila anak dah besar saya tak mengikuti perkembangan baju kanak-kanak jadi saya perlu beralih bidang untuk jana pendapatan.
Sekarang saya beralih arah dengan menjadi Unit Trust Consultant untuk menjana pendapatan sampingan di samping to educate orang lain tentang pelaburan yang memberi manfaat kepada diri mereka dalam jangkamasa panjang.
Bukan kata nak kaya cepat atau gaji sekarang tak mampu hidup senang tapi lebih kepada matlamat saya untuk selesaikan semua hutang sebelum pencen jika dipanjangkan usia. Saya tidak boleh bergantung hanya kepada pendapatan tetap.
Begitulah cara saya menyelesaikan hutang yang menimbun hingga sampai satu tahap tak mahu buat hutang baru dan berharap agar hutang sedia ada dapat dijelaskan dengan cepat. Setakat ini hanya tinggal hutang 2 buah rumah dan 1 kredit card sahaja di samping bil-bil bulanan yang lain.. Baki pendapatan boleh saya laburkan..
Semoga perkongsian ini memberi ilham kepada pembaca untuk cepat melangsaikan hutang. Sebagai Muslim kita juga dituntut untuk bayar hutang sebelum meninggal dunia supaya tenang di sana.
Okay, sekiranya ada komen, cadangan dan pendapat boleh kongsi di sini..
Sehingga kita bertemu lagi di lain entry..
Thank you for reading..
Setiap dari kita pasti pernah berhutang dan ianya dah jadi sebahagian daripada cara untuk kelangsungan hidup di zaman ini.. Perkataan hutang dilihat seperti negatif tetapi andai bijak mengurus ianya banyak membantu kita mencapai impian yang diingini seperti melanjutkan pelajaran, membeli rumah, kenderaan dan pelaburan ASB sebagai contoh. Ini antara hutang baik..
Walau bagaimanapun, kedua-dua jenis hutang tadi boleh diuruskan dengan teliti supaya kita dapat mengawalnya dengan baik demi mencapai kedudukan kewangan positif. Hutang yang dapat diurus dengan baik juga akan mencerminkan sikap positif pada diri kita demi mencapai aliran wang yang baik dalam jangka panjang.
CERITA TENTANG PENGALAMAN SENDIRI
Untuk pengetahuan pembaca, seawal 20 tahun saya telah memiliki kad kredit dari Citibank jenis Clear Credit Card for student berjumlah RM1,500.00. Ketika itu saya belajar di kolej tahun 90-an layak dapat kad kredit RM1,500.00 kira mewah. Penggunaan kad credit pada masa itu memang di luar kawalan, al-maklum zaman remaja masih banyak lagi keinginan dari segi material yang masih belum dipenuhi. Tinggal pula di Kuala Lumpur memang pantang sahaja belanja di shopping mall pasti swap credit card.
Photo by Pixabay |
Bermula dari kad credit pertama terus membiak ke kad kredit kedua dari AmBank, seterusnya kad kredit ketiga dari RHB Bank. Saya pernah disaman kerana gagal membayar tunggakan kad kredit AmBank berjumlah RM5,000.00. Alhamdulillah tunggakan tersebut berjaya saya jelaskan tapi bodohlah sebab unnecessary cost kannn. Dah laaa kena bayar hutang tambah lagi kos sebab kena lantik lawyer.
Dari situ timbul kesedaran untuk menimba ilmu mengurus kewangan apabila umur mencecah 30 tahun. Ketika itu mula timbul kesedaran untuk memiliki aset tetapi satu persatu permohonan pinjaman ke bank gagal diluluskan akibat sikap boros masa lalu di samping rekod credit yang tak cantik di mata CTOS. Perasaan kecewa tak dapat digambarkan bila terima berita dari bank permohonan ditolak.
Bermula dari pengalaman itu, saya nekad untuk mengamalkan kaedah pengurusan wang yang berkesan. Terapkan dalam diri untuk terus consistent walau apa yang berlaku. Alhamdulillah, cara ini berjaya. Hasilnya saya telah selesaikan 2 tunggakan kad kredit saya yang kesemuanya berjumlah RM7,500.00, pinjaman koperasi berjumlah RM12,000.00, pinjaman kereta berbaki RM24,000.00 dan paling membanggakan pada tahun lalu saya berjaya tutup kad kredit RHB Bank saya berjumlah RM20,000.00.
Namun ianya bukan semudah yang disangka.. Sepanjang tempoh itu saya terpaksa kawal nafsu membeli handbags baru, baju, kasut dan sebagainya.. Jika sebelum ni gila LV terpaksa hapuskan niat sama sekali untuk tambah koleksi, no more tidur hotel 4 atau 5 bintang at least 2 kali setiap bulan, no more membeli-belah ikut suka dan makan mewah setiap hari tanpa dirancang.. Itulah harga yang perlu dibayar.. Saya terpaksa singkirkan gaya hidup membazir seperti sebelum ini..
SETTLED - Credit card RHB |
So saya kongsi di sini cara saya mengurus kewangan untuk rujukan bersama :
(1) Senarai dan catat segala perbelanjaan anda
Mula-mula buat senarai semua hutang-hutang besar yang wajib dibayar mengikut kadar faedah, dari tertinggi ke terendah. Bila kita buat cara ni, lebih mudah kita lihat apa liabiliti terbesar dan di mana kita boleh mengurangkan perbelanjaan kita.
Add all of your debt up |
Asingkan jumlah perbelanjaan tetap seperti bil internet, sewa, pinjaman rumah, kereta manakala pembayaran bil dengan jumlah yang tak dijangka dan bergantung kepada penggunaan seperti bil elektrik, air, atau telefon.
Kemudian pada setiap hari dan bulan, rekod setiap sen yang kita belanjakan, termasuk setiap perbelanjaan kecil (seperti tiket wayang atau makanan). Dengan cara ini, kita akan dapat melihat dengan jelas berapa banyak perbelanjaan yang telah ditetapkan (budgeted) vs perbelanjaan (expenses) tak dirancang.
Cara terbaik untuk mengawal hutang dengan melihat semula cara kita berbelanja setiap bulan. Terpulang pada anda sama ada untuk menggunakan apps atau secara manual. Saya prefer rekod dalam planner secara manual. Dari situ kita dapat mengenal pasti semua perbelanjaan yang tidak perlu.
Contoh Budget worksheet |
(2) Tetapkan bayaran hutang dengan bunga tertinggi terlebih dahulu
Selepas kita kenalpasti hutang dengan bayaran jumlah maksimum setiap bulan, kita perlu fikirkan pula cara dan tempoh hutang dengan kadar faedah tertinggi tersebut akan selesai. Pengalaman saya menyelesaikan hutang kad kredit. Saya berhenti menggunakan kad kredit tersebut serta merta. Saya tetapkan sasaran untuk bayar RM500.00 setiap bulan tanpa gagal walaupun bayaran minimum hanya RM200.00. Dengan cara ini saya dapati hutang kad kredit saya cepat selesai. Hanya tinggal 1 sahaja kad kredit Maybank dengan kredit RM5,000.00 untuk kegunaan kecemasan.
(3) Potong Perbelanjaan Tak Perlu
Dari senarai hutang bulanan yang mesti dibayar termasuk bil-bil setiap bulan, bandingkan dengan jumlah pendapatan bulanan kita. Sekiranya hutang melebihi pendapatan maka kita perlu kurangkan perbelanjaan yang tak perlu seperti membeli majalah, makan luar, fast food, Starbucks dan sebagainya.
Senarai bayaran bil-bil bulanan |
(4) Kurangkan Penggunaan Bayaran Bil Tak Tetap
Bila kita tahu hutang melebihi pendapatan, maka dalam senarai tadi kita perlu potong perbelanjaan yang tak dirancang misal kata kurangkan makan di luar. Mula mengamalkan kempen jimatkan air dan elektrik. Subscribe talian telefon sekali dengan internet dengan pakej lebih murah tetapi tidak menjejaskan mutu perkhidmatan.
Jika kita mempunyai sejarah pembayaran yang baik, kita boleh minta bank supaya recommend pinjaman dengan kadar faedah lebih rendah yang dikenakan mereka. Cari cara untuk turunkan bil isi rumah - contoh : pindah ke kawasan dengan sewa yang murah.
(5) Buat Side Income
Pertimbangkan untuk membuat side income untuk bantu aliran tunai kita atau kalau majikan boleh bayar kerja lebih masa (overtime), grab peluang tersebut untuk tingkatkan pendapatan bulanan anda. Tapi janganlah sampai menipu atau desperate, kalau gaji tak berkat akan menjejaskan hidup kita secara keseluruhannya, percayalah.
Selain itu, fikirkan cara untuk menjana pendapatan tambahan seperti blogging, menjalankan perniagaan dalam talian dan sebagainya yang bersesuaian dengan minat kita.
Dari pengalaman saya sendiri, sekitar tahun 2003 hingga 2010 saya gigih jalankan perniagaan atas talian iaitu jual baju kanak-kanak berjenama diimport dari US. Kebetulan suami bekerja di sana jadi saya ambil peluang kirim baju kanak-kanak dari sana sebab harga lebih murah dari butik di Malaysia. Bila anak dah besar saya tak mengikuti perkembangan baju kanak-kanak jadi saya perlu beralih bidang untuk jana pendapatan.
Sekarang saya beralih arah dengan menjadi Unit Trust Consultant untuk menjana pendapatan sampingan di samping to educate orang lain tentang pelaburan yang memberi manfaat kepada diri mereka dalam jangkamasa panjang.
Bukan kata nak kaya cepat atau gaji sekarang tak mampu hidup senang tapi lebih kepada matlamat saya untuk selesaikan semua hutang sebelum pencen jika dipanjangkan usia. Saya tidak boleh bergantung hanya kepada pendapatan tetap.
Semoga perkongsian ini memberi ilham kepada pembaca untuk cepat melangsaikan hutang. Sebagai Muslim kita juga dituntut untuk bayar hutang sebelum meninggal dunia supaya tenang di sana.
Okay, sekiranya ada komen, cadangan dan pendapat boleh kongsi di sini..
Sehingga kita bertemu lagi di lain entry..
Thank you for reading..
Loading...
8 Comments:
tq untuk share yang sangat berguna tuh kak, alhamdulillah semua kat atas tu dana amalkan kecuali yang kene ada side income, itu tengah di usahakan
setiap kali gaji memang kene setelkan hutang dulu, baru lah duit lebih kira-kira lain untuk belanja dan sebagainya.
kad kredit buat masa ni cuma dana je yang ada suami dah setel hutang kad kredit dia utk 2 kad kedit lama dah rasanya dekat 10 tahun dulu dan sekarang cuma ada 1 kad utk kecemasan
Sama-sama kasih Dana..
Tentang side income mungkin Dana boleh fikir mengikut minat / hobi Dana yang boleh mendatangkan pendapatan sampingan.
fikir pasal hutang mmg bikin sakit kepala sbenarnya..
sy hutang PTPTN pun rasa tak sedap hati juga kalau x bayar..
apapun nice sharing..
Salah satu impiam besar saya nak hapus hutang jahat. Sedang buat perubahan besar dalam hidup.. MOga impian saya nak pencen buat hutang sebelum umur 45 tahun..
perkongsian yang bagus...terima kasih
waalaikumussalam. terima kasih atas perkongsian. sungguh benar bagai dikata
gud tips..
Bila nak settlekan hutang memang struggle.. Tapi macam kata sis LZ.. zaman sekarang tak boleh lari dari berhutang.. huhuhu
Post a Comment
Leave your friendly messages here ^_~
Feel free to visit my blog again..
Thank you very much!